Pages

31 January 2016

Penang 2016, Apa Yang Menarik?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Okay. Sebab ada orang request untuk siapkan entry ni dulu sebelum masuk kerja minggu depan, makanya aku hold dulu entry lain dan siapkan coretan Penang ni. Gituuuu~

Aku pun tak tahu macam mana boleh setuju nak ikut trip ni. Hahaha... Bila tanya Izzati, dia pun macam "Plan dia macam mana ya?". Haaa... Lagipun semua macam dah lama tak pergi bercuti bersama (4 bulan tu kira lama laa), jadi masing-masing setuju untuk trip ini. Okay. Tiket flight RM 142.00 pergi-balik. Naik Malindo untuk kali pertama!

23 Januari 2016

Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang

Flight pukul 6.45 pagi. Oh, pagi tu kelakar. Selalunya kalau ada benda penting, aku akan susah nak tidur. Mesti akan terjaga. Tapi pagi tu, tiba-tiba dengar suara umi kejut. Tengok jam, 3.15 pagi hoi! Terlompat sekejap. Hahaha... Nasib baik sempat siap semua, Fatin ambil pukul 4.00 pagi dan terus ke airport. Sampai airport dalam pukul 5.00 pagi, semua muka mengantuk.

Tapi tahan mata sebab nak tidur dalam flight. Hahaha...

Lama lagi kot nak tunggu. Masa perlepasan pukul 6.15 pagi. Nak jalan-jalan, kedai pun belum buka. Hahaha... Jadi, duduk laa menunggu. Selain Izzati & Fatin, ada seorang lagi ikut sekali. Nama dia Amad, Fatin punya 'kawan'. Aku dengan Izzati tak pernah jumpa pun Amad ni. Masa mula-mula dia datang pun kami tak tegur dia. Kami borak berdua je. Hehehe...

Okay. Subuh pukul 6.10 pagi, jadi lepas Subuh terus masuk dalam tunggu flight. Comel je flight dia. Duduk berdua-dua. Rupa dia macam bas tapi boleh terbang. Hehehe... Lepas masuk tu, aku tak terus tidur pun. Teruja tengok lampu-lampu dari atas. Lawa sungguh! Yelah. Sekarang Syuruk lambat, jadi lambatlah terang. Lepas dah habis feeling-feeling, terus tidur.

Lapangan Terbang Antarabangsa Penang

Sampai dalam pukul 7.45 pagi. Penerbangan tu lancar sahaja. Tak rasa apa-apa. Sedap untuk tidur. Heaaa...

Terima kasih Malindo!

Hello Penangggg~

Sebelum apa-apa, masa kau nak keluar dari Pintu Ketibaan tu akan ada banyak pamplet tau. Rajin-rajin lah ambil mana yang rasa berguna. Janganlah sombong sangat nak pakai Internet je memanjang. Kan?

Bila dah sampai tu, kami kena tunggu dekat sejam juga rasanya (aku lupa nak catit) untuk tunggu kereta sewa. Untuk memudahkan perjalanan, kami bersetuju untuk ambil kereta sewa. Gilir-gilir lah bawa. Masing-masing ada lesen. Korang yang nak sewa kereta juga boleh cuba tengok dekat Klezcar.com. Bukan setakat Penang, satu Malaysia dia tapau. Kami sewa Viva Auto. RM 140.00 (sehari) + RM 100.00 deposit. Deposit dikembalikan.

Pukul 8.30 pagi kereta sampai, dia bawa pergi isi borang semua, kami pun gerak pergi tempat lain.

Restoran Kapitan, Queensbay

Tujuan untuk ke Penang ni sebenarnya Fatin nak jumpa kawan dia yang baru nikah. Patut kendurinya seminggu selepas tarikh kami datang ni. Tapi sebab dia tak dapat pergi, masa ni je lapang, jadinya jumpalah sekejap. Kawan dia yang cadangkan tempat ni.

Sementara tunggu kawan Fatin datang, kami order sarapan dulu. Aku makan roti telur bawang dengan teh ais. Lupa nak ambil gambar roti tu. Bawang melimpah ruah. Sedap! Yang lain-lain pun makan roti je sebab simpan perut untuk kami punya makan-list. Hehehe...

Kawan Fatin bawa kami dekat satu tempat yang boleh nampak background Jambatan Pulau Pinang. Masa kami sampai tu ada dua keluarga kot. Tengah sibuk kutip-kutip tepi laut tu. Kawan Fatin cakap mungkin kutip siput.


Tu belakang tu jambatan. Nampak tak?

Bukit Bendera



Korang yang masih bergelar student tu, lain kali kalau bercuti mana-mana tak kira lah dalam atau luar negara, rajin-rajin bawa kad pelajar tu. Banyak faedahnya. Ni tiket untuk naik Bukit Bendera, dua hala boleh dapat RM 5.00 sahaja! Tapi kalau kalian beli tiket antara pukul 6.30-9.00 pagi dan 7.00-10.30 malam, boleh dapat harga RM3.00 sahaja untuk dua hala. Berbaloi kan?!! Kalau nak lagi info, sila ke laman web Bukit Bendera.

Kami naik atas tu pukul 12.00 tengahari dan sampai bawah pukul 2.00 petang. Panasssss. Tapi kalau ambil gambar lawa lah sebab matahari dah terpacak.



Penang from the top.

Izzati jadi aku punya model tak berbayar. Hahaha...


Ke mana lepas ni?


Macam-macam ada atas ni. Ada tempat makan, ada taman bunga, ada masjid, ada kuil, ada Muzium Burung Hantu dan yang paling popular? Tu haa tempat mangga korang punya relationship tu. Acah-acah sweet je kan? Hahaha... 



Tapi diingatkan, kalau kalian teringin nak lock relationship/friendship/enemy-ship (hahaha) dekat sini, kalau boleh belilah mangga tu siap-siap. Mangga bentul hati yang warna merah jambu tu, dijual dengan RM 42.00. Cantik tapi kalau rasa lari bajet, tak usahlah. Beli siap-siap, nak ukir nama terus ke dekat magga tu, lepas tu bawa naik atas ya. Kunci dia buang dalam tong sampah. Hahaha...

Di kawasan tu juga bolehlah ambil gambar. Kawasan dia kecil sahaja tapi sebab belakang tu dah banyak korang punya mangga, jadi lawalah latar belakangnya.











Pedulikan Amad di belakang.



Dah puas ambil gambar sampai melecet kaki, marilah kita turun.

Macam turun roller coaster. Syok!

Oh yaa. Bayaran tempat letak kereta kami di Bukit Bendera ni RM 5.00. Dia ada kadar masa dia. Kalian boleh tengok masa masuk tempat letak kereta tu nanti.

Koo Boo Cafe, Bayan Lepas

Hasil kajian di Instagram untuk tempat makan menarik di Penang, inilah hasilnya. Nasi 7 Benua di Koo Boo Cafe. Hipster ke tidak nama kedai dia? Hahaha... Apa yang ada dengan Nasi 7 Benua ni? Okay. Dia ada TUJUH jenis nasi yang disusun kecil comel. Apa tujuh jenis nasi tu?
1. Nasi hujan panas
2. Nasi kacang
3. Nasi lamuni
4. Nasi lemak
5. Nasi minyak
6. Nasi putih
7. Nasi tomato



Lauknya boleh pilih sendiri. Tapi masa aku dengan Izzati ambil, nasi tomato habis. Kami ambil lebih nasi hujan panas. Masa Fatin dengan Amad ambil, dah ada dah nasi tomato. Boleh lah rasa sikit nasi tomato tu. Pendapat aku? Sedap!! Kau boleh makan nasi tu macam tu je tanpa lauk. Rasa setiap nasi tu cukup. Harga sangat berpatutan. Macam aku ambil nasi tu dengan ayam goreng letak kuah sikit, RM 6.00 sahaja. Lagi menarik, kau boleh pesan teh o ais, sirap ais atau limau ais(kalau tak salah) dengan percuma!!

Ryokan Muntri Boutique Hotel, Jalan Muntri

Dah kenyang kan? Balik hostel check-in, rehatkan mata lah. Lagi-lagi Amad. Gigih bertoleransi dengan masa rehat yang aku, Fatin & Izzati dah bagi. Hahaha...


Kalian boleh book bilik dekat Agoda.com, Trivago, Booking.com atau nak senang terus sahaja ke laman web Ryokan Muntri. Bilik kami bertiga, ada dua katil double-decker dengan empat locker. Kalau satu bilik tu kawan-kawan punya, tak kisah. Tapi kalau takut kongsi dengan orang lain, sila bawa kunci mangga sendiri. Tandas dekat hujung jalan. Empat tandas, empat bilik air. Macam kau duduk kolej dulu. Tapi jangan risau. Walaupun campur lelaki perempuan, tak ada orang nak intai kau lah. Hostel ini juga ada mini perpustakaan dan tempat lepak. Tapi ingat, jangan buat bising! Consider penghuni lain.

Pukul 3.00 petang sampai hostel, solat semua, tidur. Tapi aku tak tidur pun. Sebab tinggal berapa minit sebelum dijanjikan, kalau tidur sah-sah sakit kepala. Tergoda juga tengok Fatin & Izzati tidur tapi ku tahankan sahaja. Pukul 4.00 petang, keluar balik.

Purrfect Cat Cafe, Jalan Muntri

Atau lebih dikenali sebagai Penang Cat Cafe. Seberang jalan hostel sahaja. Bak kata Faridah, golek-golek pun sampai. Hahaha...


Antara kucing yang mereka ada. Tapi tak semua ada dalam satu masa.

Ini pula jenis-jenis kek yang mereka ada.

Cafe ni tak ada dapur masak-masak tu. Dia jual kek dan air sahaja. Untuk kekalkan status Halal ke macam mana orang tu cakap. Syarat nak masuk dia, pelayan tu kata sebelum ni ada minimum harga. Tapi masa kami datang tu, at least seorang kena order satu menu. Tak kira lah air atau kek. Kami semua pilih air.

Rasa macam selfie zaman MySpace pula. Hehehe

Sementara tunggu air sampai, bolehlah nak main-main dengan kucing.

Ini mengingatkan aku pada kucing Awal & Scha dulu.

Yang ini, bulu dia serius macam karpet. Lembut sungguh!

Jangan garang sangat please~



Cappucino.

Affogato.

Batu Ferringhi

Okay. Dah habis membelai kucing, marilah ke destinasi seterusnya. Masa terhad. Jadi, haruslah mampatkan semua yang boleh.

Sebelum ni Fatin & Amad dah bawa, petang tukar shif pula.

Sampai Batu Ferringhi dalam pukul 7.00 malam. Sebenarnya untuk jalan-jalan dekat pasar malam dia. Tapi sebelum tu, kita lepak tepi pantai dululah.

Ada macam percutian keluarga? Hahaha




Dekat sini, banyak aktiviti kalian boleh buat. Macam gambar aku tunjuk dekat atas ni. Harga berpatutan. Untuk parasailing tu, seorang RM 80.00 sahaja kot. Tapi sebab tak plan untuk aktviti air, bajet pun tak ada, kami buat keputusan untuk datang lagi lain kali!

Kalau nak senang cari tempat ni, boleh cari Batu Ferringhi Wooden Chalet. Memang dekat situ je.


Jalan-jalan pasar malam sikit. Sempat terpaksa-rela beli beg kain saiz kecil berharga RM 20.00. Jalan-jalan sikit lagi, balik.

Padang Kota

Misi mencari mee sotong, pasembur dan char kuetiau. Sebelum itu, sepatutnya nak pergi Pasar Malam Pulau Tikus. Dah sampai dah pun. Tapi sebab terlampau yakin main pergi je situ tanpa Google lebih, tergamam masing-masing bila tengok tempat tu macam medan selera orang Cina. Bagi kalian yang bukan Islam, datanglah Pulau Tikus ni. Terkenal dengan cendol, ais kacang dan rojak. Kalau ikut pamplet yang kami belek lah.

Kami ada tanya pekerja hostel, dekat mana tempat best nak cari makanan tu semua. Dia cadangkan kami datang sini. Gigih juga lah pusing tiga kali untuk dapatkan parking strategik. Hahaha...

Tempat makan sini macam medan selera. Ada dua bahagian. Bahagian Halal dekat belah kiri. Bak kata pekerja hostel, kau duduk je, nanti ada lah orang datang offer nak ambil order. Kau siap sedia je.

Mee sotong special, RM 8.00.

Mee sotong ni yang special sebab udang kot. Rasa mee goreng dia sebiji macam dekat kedai mamak dekat rumah aku. Sotong tu aku tak makan. Ada sejarah lampau. Hahaha... Tapi mee tu sedap. Ini pilihan Izzati

Char kuetiau Gitu-Gitu, RM 8.00.

Selepas pusing satu round dengan Izzati, aku buat keputusan untuk order char kuetiau Gitu-Gitu ini. Dari Gitu-Gitu Production. Special request dari Izzati -- TAKNAK SAYUR. Suka hati lah. Hahaha... Mula-mula rasa macam masin tapi lama-lama sedap. Udang besar pula dua ekor. Nyaman sungguh rasanya. Licin terus.

Pasembur, RM 12.00.

Ini pasembur yang Fatin dengan Amad pilih. Dari awal cadang nak cari pasembur ni, soalan yang kami belum dapat jawapan sampai hari ini ialah -- Apa beza pasembur dengan rojak? Hmm... Bagi aku, rasa macam sama. Tapi entah. Sebab aku terlalu fokus dengan char kuetiau aku kot. Hehehe... Sorry.

Sotong kangkung, RM 12.00.

Ini pula menu tambahan oleh Izzati. Sebab aku tak makan sotong, dia cakap "Kau habiskan kangkung". Alamakkk. Kau ingat aku vegetarian ke apa?!! Hahaha... Oh. Rasa kuah sotong ni macam manis-manis gitu. Mereka kata macam rasa sos rojak buah. Aku pun tak tahu. Sebab aku dah lama tak makan buah letak sos.

Masa dekat sini juga ada drama sikit. Tapi kalau ikut hati, mungkin boleh jadi aksi baling meja atau kerusi. Hahaha... Aku terrrrbertekak dengan abang jual air tu. Niat murni nak pulang balik air mineral yang tak minum dibalas dengan maki. Ikut nafsu syaiton, aku akan terus balas apa abang tu cakap tapi akal yang waras suruh aku diam. Takpe lah abang. Saya faham abang penat. Abang lah jaga kedai, abang yang bancuh air, abang yang hantar air. Saya terima je bang walaupun masa tu dah lebih 12 jam saya celik mata. Semoga rezeki abang bertambah dan terus maju. (Oh. Walaupun kena maki, abang tu ambil je balik air mineral tu. So, okay lah.)

Okay. Dah habis makan, pusing-pusing sekejap lah. Lalu padang, nak pergi ada laluan pejalan kaki tu nampak cantik. Masa lalu dekat padang tu ada lah juga aku dengan Izzati nampak benda tak cantik. Tapi tak apalah. Doa yang baik-baik sahaja.



Ini sempena Penang Hot Air Balloon Fiesta 2016, 9 & 10 Februari 2016. Kalau berminat, boleh tengok semua informasi dekat laman web mereka.


Line Clear Nasi Kandar, Jalan Penang

Masa ni dah malam juga ni. Dekat pukul 11.00 malam kalau tak salah. Tapi sebab dalam makan-list ada nasi kandar, nak juga rasa walaupun baru lepas makan. Ada dua tempat yang popular. Line Clear Nasi Kandar dengan Nasi Kandar Beratur. Kalau Line Clear Nasi Kandar, dibuka 24 jam. Tapi Nasi Kandar Beratur buka pukul 10.00 malam sampai 9.00 pagi. Menarik kan masa dia? Khas untuk kalian yang suka lepak tengah malam.

Tapi mengikut nasihat pekerja hostel, dia nasihatkan kami pergi Line Clear Nasi Kandar. Maka, di sinilah kami...


Lauk ayam, kuah campur sekali teh o ais 2 gelas -- RM 9.50.

Mula-mula ragu-ragu juga nak datang sini sebab beberapa hari sebelum datang Penang, aku ada baca yang mereka kena kosongkan tempat ini. Tapi mungkin cerita lama atau aku salah baca, jadi abaikan. Pekerja yang jaga kaunter dengan yang isikan makanan ni baik.

Aku kongsi dengan Izzati. Sebab nak rasa sahaja. Itu pun tak habis. Aku tengok orang dekat situ makan selera sungguh. Tergoda tengok. Tapi bila sendiri makan, rasa lain. Kuah dia tak sama macam dekat Kuala Lumpur. Bak kata ayah, citarasa orang utara ni lain macam sikit. Tekak masing-masing. Aku tak kata tak sedap. Tapi kalau nak rasa pure nasi kandar, cubalah!

Line Clear Nasi Kandar akan buka cawangan dekat Kuala Lumpur. Dekat Kampung Baru, dekat-dekat Plaza RAH. Jaga-jaga semua!

Dah kenyang semua, pukul 12.00 tengah malam baru sampai hostel.

24 Januari 2016

Tidur dekat pukul 2.00 pagi, pukul 6.30 pagi bangun. Konon-konon semua nak bangun mandi semua pukul 6.00 pagi. Tapi bila aku terjaga 15 minit awal, bila alarm pukul 6.00 pagi tu aku mampu panggil nama Fatin & Izzati lepas tu terus tidur balik. Tak tahu mereka sedar ke tidak. Hahaha...

Okay. Sarapan pukul 8.00 pagi. Siap bawa barang semua turun. Nak check-out terus.

Amad, Fatin, Izzati, Faridah, Awatif.

Apa aktiviti hari ini? Mari sini nak tunjuk.

Penang Street Art

Ada 19 Street Art untuk dijejaki. Nak senang? Sewa basikal. Kau boleh pilih. Nak naik seorang ke berdua ke berempat pun boleh! Kalau ikutkan, kami nak sewa yang berempat tapi masa tu pagi sangat kot. Kedai sewa tu belum buka. Akhirnya kami sewa di sini...


Ini pun macam rumah tumpangan juga. Selang beberapa pintu dari hostel kami. Orang yang layan kami pun baik sangat. Harga sewa basikal ni RM 10.00 + RM 10.00 deposit. Boleh sewa sampai pukul 10.00 malam. Haa berbaloi ke tidak boleh pusing satu Georgetown naik basikal sewa murah begini? Dekat Tasik Titiwangsa dapat main sejam je. Hahaha...

Bayang-bayang teruk! Hahaha...

Dah dapat basikal, marilah jalan-jalan cuci mata. Oh ya. Kami mula pukul 9.00 pagi.


Street Art A: Lebuh Acheh

Street Art B: Lebuh Acheh

Street Art C: Lebuh Acheh

Belakang tempat payung ni, ada satu cafe -- Busy Bodhi Cafe. Aku tak pasti cafe ni ada apa tapi kalian boleh cuba tengok dekat Facebook mereka. Kami kejar masa hari tu. Fokus pada street art sahaja. Hehehe...

Street Art D: Lebuh Armenian

Haaa masa dekat Lebuh Armenian ni, tiba-tiba ramai pula orang. Sampai kena beratur. Bila dah nampak macam tu, silalah beratur elok-elok ya semua. Tak lama pun. Lagi satu, berdepan dengan street art yang ini, ada jual cenderamata Penang Street Art. Lawa. Aku tak tahu kenapa aku tak beli sedangkan sebelum tu dah terfikir nak beli fridge magnet.

Untuk Street Art E, kalau tak salah aku kami ada jumpa tapi cat dia dah terkopek-kopek. Jadinya, pandang sekali lalu sahaja.

Street Art F: Gat Lebuh Armenian ada tapi pemilik handphone lupa bagi kot. Hehehe...

Street Art G: Gat Lebuh Armenian

Street Art H: Gat Lebuh Armenian

Street Art I: Pangkalan Weld

Untuk Street Art I ni kalau nak, kalian kena gigih sikit lah. Sebab kena angkut basikal lintas jalan besar yang sibuk, dan kena masuk dalam kawasan tokong. Orang dekat dalam tu tak hairan pun kalau kalian masuk. Cuma kalau ikut logik akal, gigih sangat ni. Bendanya dekat bahagian atas. Boleh ambil gambar macam tu sahaja. Dan bila keluar, kena angkut basikal lintas jalan besar balik. Hahaha...

Street Art J: Gat Lebuh Chulia

Okay, Street Art J ni seronok. Sebab apa? Sebab dekat situ ada orang jual air. Panas kot! Percayalah cakap aku. Boleh kecil paha tahu. Untuk pastikan diri tak terhidrat, aku dengan Fatin belilah air mineral sejuk yang rasa nyaman dari tekak sampai perut. Perghhh sedap! Tapi kalau nak lagi hebat, jadi macam Izzati. Beli 100 Plus terus. Hehehe...

Street Art K: Gat Lebuh Chulia


Street Art K ini lorongnya berhadapan sahaja dengan Street Art J tadi. Tapi hati-hati. Jalan besar dia ada bas Rapid Penang lalu-lalang. Masa dekat Street Art K ini juga sempat lah jumpa abang-abang dengan seorang kakak yang sangat ceria. Sampai waze "buaian Penang" tak jumpa-jumpa! Heaaa gitu. Hahaha... Terima kasih ambilkan gambar kami!

Street Art L & Street Art M kami tak jumpa. Satu, sebab ada masalah dengan peta. Dapat kesan peta tu macam salah. Dua, sebab semua dah lapar. Dah tengahari, tak larat dah nak cari.

Street Art N: Lebuh Stewart

Street Art O: Lorong Stewart

Street Art N & Street Art O ini antara yang terawal kami jumpa sebab dekat dengan hostel.

Untuk Street Art P: Lebuh Muntri, tak salah aku dia terhalang dengan dinding construction yang warna biru tu. Kalau dah macam tu, macam mana nak ambil gambar kan?

Street Art Q: Lorong Love/Lebuh Muntri, rasa macam nampak. Tapi sebab aku kata bukan. Hahaha suka hati je kan. Maaflah. Masa tu bukan aku pegang peta, tak tahu apa gambar dia. Main cakap je.

Akhir sekali, Street Art R: Lebuh Muntri & Street Art S: Jalan Penang. Aku pun tak tahu kenapa kami boleh tak perasan gambar yang dekat-dekat. Fokus cari yang jauh-jauh kot? Hahaha... Takpelah. Jadilah tu jumpa 14 daripada 19. Kalian kalau rajin, carilah semua.


Aiii Amad, tengok dari jauh je?!

Okay, aku give up. Pass dekat Fatin pula tengok peta.

Apa-apa pun, Amad tiba-tiba jadi hero hari tu. Ada satu pasangan mat salleh macam baru lepas pencen ni tengah cari farmasi sebab kaki isterinya melecet, nak cari plaster. Amad dengan Izzati pergi cari plaster dekat kedai-kedai runcit. Aku dengan Fatin tinggal dengan pasangan tu sambil tersengih-sengih. Sebab macam lama sangat, Fatin pun Google Map farmasi terdekat. Lepas bagi arah, aku dengan Fatin pergi kejar Amad dengan Izzati, tiba-tiba ada plaster. Tapi bukan dari kedai runcit, dari dompet Izzati! Hahahahahaha... Pun boleh. Cepat-cepat Amad kejar pasangan tu. Bila jumpa mereka lagi sekali, mereka puji-puji Amad tu haa. Okay, tak boleh blah. Hehe...

Sementara bersesat-sesat tu, ada jumpa tempat-tempat menarik yang mungkin kalian boleh pertimbangkan untuk datang melawat.



Jangan risau. Bukan kalian sahaja yang tertipu. Ada makcik-makcik yang lalu depan tu dah semangat dah nak makan cendol sebesar besen tapi sila fokus, ini adalah sebuah muzium. Muzium makanan. Semua makanan dibesarkan. Nak tahu lebih lanjut, sila tengok di Wonderfood Museum Penang, okay?

Lapangan Terbang Antarabangsa Penang

Dah habis pusing, pulang basikal, pulang kereta sambil sorok resit saman dalam dashboard, kami pun sampai di airport untuk balik. Flight balik pukul 3.45 petang. Sebab lapar, lepas check-in flight, terus cari tempat makan. Sebelum tu, kena transfer duit saman kereta. Abang tu jumpa resit saman dalam dashboard. Hahahaha... Hebat sungguh!

Seterusnya tanpa bantahan, kami ke Pinang Kopitiam.

Nasi Goreng Bombay.

Aku tak tahu sebab aku terlampau lapar atau macam mana, nasi habis dengan licin. Hehehe... Nasi tu digoreng dengan rempah kari ke kunyit macam tu, ada daun kari sekali. Bila fikir balik, aku macam pernah rasa nasi goreng ini tapi di mana ya? Ohh macam rasa nasi goreng umi. Hahaha...

Habis makan, siap solat semua, terus tunggu depan pintu perlepasan. Balik ni berlima, sekali dengan Faridah. Tapi sebab kami sampai dekat 2 jam awal, sempatlah tidur dulu. Sedap sungguh dapat tidur.

Nasib tak menyesal tidur tadi sebab dalam flight, fokus tengok movie! Okay, aku mengaku aku agak teruja tengok ada skrin depan muka. Walaupun dah pernah tengok movie tu, tetap rasa teruja. Lagi teruja sebab demonstrasi kecemasan pun dia tunjuk dekat skrin. Penat je aku angkat-angkat kepala. (Hahaha...)

Orang belakang tu tengah selfie juga ke...?

Kami sampai KLIA 2 pukul 5 petang, ayah dengan mak Izzati ambil bawa balik rumah masing-masing. Penat sungguh rasanya. Malam tu lepas Isya' terus tidur. Anugerah Juara Lagu ke apa ke aku dah tak peduli. Hehehe...

Dah lah. Panjang sangat dah ni. Dua hari je pun. Sekian sahaja coretan panjang lebar dari aku. Panjang umur, aku tulis lagi. Semoga tak bosan.



Si kaki tak bedung,