Pages

04 February 2011

3 februari 2011~

lambat sikit update benda ni. maaf lah semalam sibuk sangat. =P

pagi pagi lagi aku dah bangun tau. pukul7.45! haha.. siap siap nak keluar dengan member member sekolah dulu. kami berkumpul di LRT AMPANG lebih kurang pukul9.30. dan kami menjejakkan kaki di TIMES SQUARE pada pukul10. haha.. bayangkan kedai baru nak buka. memang kami lah yang tolong buka kan. pusing pusing sikit, bosan. kami pun meneruskan perjalanan ke SUNGEI WANG. pusing punya pusing, maklumlah semua pergi raya kan, at last kami bergerak pula ke LOW YATT. haha..

buat apa kat LOW YATT? cucuk duit and masuk toilet! hahahha... then, patah balik ke TIMES SQUARE. dah tak tahu sangat nak buat apa, mereka tanya nak tengok wayang ke? semua tak kesah tapi tak tahu nak tengok cerita apa. aku pun mencadangkan lah tengok YOGI BEAR memandangkan aku buka website GSC pada hari sebelumnya. selepas membeli tiket kami bergerak untuk ke McD. tengah tengah jalan, OH, KACAK JUGA MAMAT BERDUA NI! (dalam hati jela). sekali tengok bawah sikit, mereka berpegangan tangan! T__T sungguh tidak ku sangka. hmm...

habis makan McD, bergerak la ke GSC. seat kami belakang sekali. memang sengaja encik BFFku pilih tempat tu. lepas aku balik dari toilet bersama sahabatku sorang tu, encik BFFku bisik kat aku. "depan ni 'tutt'." and aku macam, AGAIN?! dan kadang kadang aku macam jeling jeling juga kan kat mereka. haha..

habis wayang, pusing pusing and jejak ke LOW YATT sebentar. then patah balik ke TIMES SQUARE pusing pusing lagi. haha.. balik dari situ pukul3.30 dan bercadang nak teman sahabatku lagi sorang tu karaoke. malangnya tempat tu tutup, jadi kami pulang ke rumahnya dan dia membawa aku ke CARREFOUR AMPANG. pusing pusing kejap then dia hantar aku balik. bila dia sampai rumah, excited je mesej aku sebab berjaya hantar aku balik kan. haha..

malam pula, aku keluar bersama familyku. sekali lagi ke CARREFOUR AMPANG. yang best nya, aku dapat beli baju baru, seluar tidur baru and jubah baru! haha.. thanx mummyku. balik tu, pergi makan pula di DAPUR KITA@ WATERFRONT AMPANG

overall, it was an interesting day. thanx you alls. LOVE YOU lah! hehe.. oh, untuk encik BFFku, maaf lah menyusahkan. =P

p/s: gambar nanti aku upload ye. memandangkan bateri phone low, terpaksa pakai phone member. so, lambat lah sikit.

<3

No comments:

Post a Comment