Pages

20 February 2011

serangan HISTERIA !

ha??!! siapa yang histeria?? kenapa histera?? kat mana histeria?? hahaha.. entah apa lah kata kata aluan aku tu kan. sebenarnya bukan apa. saja nak buat gempak je. tadi satu UiTM Melaka ni kabut sebab nak menyambut Dato' Naib Canselor. semangat lah semua bangun awal. tapi tak ada lah awal sangat pun. hehe..

pukul 11 kumpul, ambil makanan. bayangkan pukul 11 dapat makanan untuk tengahari. tapi sangat menyelerakan so aku tibai aje lah. macam mana rupa nya?? jeng jeng jeng...

hehe.. makan punya makan, kitorang pun gerak ke ba lama. cari la mana tau ada kelas kosong kan. tengok level 1, semua ada orang. yang tak ada orang tu sebab bilik kunci. lepas tu check pula level lagi 1, semua kosong. tapi pintu kunci. try check tingkap. ada 1 tingkap boleh buka. faziana pun masuk ikut tingkap then buka pintu. tapi yang kelakarnya ada makcik cleaner tu buka pintu belakang yang kitorang ingat berkunci tu. haha.. buat penat je kena masuk ikut tingkap segala. oh, buat apa dalam kelas? mula mula tangkap tangkap gambar (macam biasa), then aku start sambung novel aku, and ada juga yang sampai tidur.
hmm.. dalam pukul 2 macam tu, kitorang kumpul dekat dengan HEA. dugaan betul lah. tunggu punya tunggu, sekali dorang dah menjerit cakap dah sampai. seperti biasa, budak budak sini memang kuat menjerit jerit kan. memang histeria habis lah. macam ada konsert pula. yang best nya, setiap kali ada orang cakap Dato' dah sampai, masa tu lah nak hujan. 3 kali macam tu. hujan lepas tu berhenti. memang hujan rahmat. yang kitorang ni pula dah pening dengan hujan main main tu kan. bila Dato' datang, ni lah antara sambutannya...
excited kan..?? hahahahha.. sebelum Dato' masuk dewan, kitorang ada tengok war dance daripada budak budak ROTU. SANGAT GEMPAK!!! selepas Dato' masuk dewan, aku bersama kawan kawan ku memulakan langkah kami untuk balik ke kolej. haha..

rasa baru beberapa minit lepak kat bilik, mereka ajak tengok hakka. mula mula macam malas tapi bila semua nak pergi, aku pun ikutlah sekali. hakka macam biasa lah. mula mula untuk Dato' tengok. last last jadi pertandingan sesama sendiri. hmm.. lantak korang lah. then, masa untuk ambil makanan!! haha.. dapat kuih popia, onde onde n agar agar. sedap lah untuk menjimatkan duit. hee..

oh, keseluruhannya UiTM Melaka memang di hatiku sebab sangat happening walaupun kadang kadang pening kepala aku dengan sikap diorang yang kadang kadang menyakitkan hati. tapi kalau bab bab macam ni, KORANG MEMANG TERBAEKK!!!

<3

No comments:

Post a Comment