JUMAAT, 4 MAC 2011.
aku memulakan perjalanan pulang ke rumah pada pukul 3 petang menaiki kereta yang dipandu Daddyku. hehe.. actually dah beli tiket bas but since Daddyku ada kat MELAKA and he's willing to pick me up so naik je lah. tak ada lah aku susah susah nak naik LRT segala kan nanti. hmm.. sampai rumah dalam pukul 5.30 macam tu. ingat nak joging, tapi tiba tiba malas pula kan. malam nya aku bersama adik adikku (kecuali the biggest one) pergi pasar malam kat BUKIT INDAH. macam biasa lah kan. pergi sana bukan beli makanan, lebih kepada shopping. hehe.. jalan dari hujung sampai ke hujung sehinggalah bertemu dengan junior ku, OMAR. masa tu ada HARIS, SHAHIR and HASSAN sekali. tak pasal pasal kitorang buat mesyuarat pula kat situ. haha.. OMAR ajak pergi kenduri kahwin abang dia. kalau tak jumpa aku kat situ, memang tak ajak lah kan. haha.. then, aku bersama adik adikku meneruskan perjalanan pulang ke rumah.
SABTU, 5 MAC 2011.
hari ku bermula pada pukul 7.30 pagi apabila aku bangun untuk bersiap ke TAMAN TASIK AMPANG HILIR untuk berjoging bersama sama Daddyku, Mummyku dan danish. best la juga. sambil sambil tu pose la sikit sikit kan. tapi nanti lah aku upload memandangkan line tak berapa nak elok.
balik joging memang kepenatan gila. lepas mandi, aku tidur dulu. then dalam pukul 1.30 alarm bunyi. rasa macam malas nak bangun. umi tanya, pergi tak kenduri? aku cakap, macam malas je dan aku pun tutup mata. baru nak lelap, handphone bunyi daa. rupa nya encik tuan rumah call suruh datang. demi taknak tuan rumah kecil hati, aku pun menggagahkan diri untuk bangun dan solat sebelum pergi ke sana bersama adikku yang bongsu. rumah tak ada lah jauh sangat. tak sampai 5 minit pun. haha.. sampai sampai je tuan rumah jemput. malu pula kan. macam VVIP rasa nya. masuk lepak dengan HARIS dan REZZA. rezza bawa adik dia tu. aku pun makan la sekali dengan mereka. haris sempat lagi tanya hal personal. dah macam repoter pula. tapi sayang, semua soalan berjaya aku tepis dengan baik. hohoho.. sorry, it's not the time yet. masa haris tengok handphone pun aku bagi buka mp3 je. gambar CANNOT! haha..
ok, petang pula aku pergi ambil lesen aku kat SKEM. kan aku sekali kan B2 dengan D aku. walaupun hujan, tetap ku redah semata mata untuk lesenku. haha.. dah ambil, aku bersama sama Daddyku, Mummyku dan adik adikku (except qila) pergi minum minum dulu. balik tu, aku angkut kelisa dengan danish pergi ambil qila kat bus stop.
malam nya, kami beramai ramai pergi DANAU KOTA. tapi yang turun aku, qila dan danish je. pusing pusing pusing, sekali................... jeng jeng jeng. yang tu tak boleh cerita. haha.. yang penting, qila ada beli baju yang agak lawa. balik aku nak pinjam ek. haha..
AHAD, 6 MAC 2011.
malas je rasa nak bangun. lepas mandi, ikut umi pergi beli sarapan. mula mula pergi HIDAYAH. sekali jumpa auntie rogayah bersama anak anaknya. sarapan lah sekali dengan mereka.
pukul 10.30 macam tu memulakan perjalan pulang ke LENDU. oh, sangat berat hati tapi macam tak ada perasaan pun ada juga. jalan punya jalan, berhenti kat PETRONAS SEREMBAN kejap. lepas tu sambung sampai lah ke LENDU. yang penting, aku TAK TIDUR LANGSUNG! haha.. tak tahu lah sebab excited nak balik ke apa kan.
pukul 2.30 ada ceramah daripada DATUK AZLINA CHE ABDULLAH. best lah juga. yang penting, dapat salam and laga pipi lagi tau. hahaha.. faziana siap dapat rm50. semangat lah pula dia belanja kitorang makan kat BORHAN.
malam pula, pergi DEWAN BENDAHARA lagi sekali. sangat best memandangkan malam terakhir FPP from part 6, semua nak menjual barang diorang kan. sampai aku dengan budak budak ni kena beli jam POWER RANGERS. haha.. then aku beli novel dan ferrero rocher. mana nak dapat coklat tu 3 rm1 weh! nak beli cadbury sekali tapi macam tak menarik pula. dah habis pusing pusing, kami pun pulang.
begitulah kisah ku hujung minggu ini. esok dah start kelas dan yang penting, penyakit datang lagi. tak tahu lah badan aku ni, sejak masuk semester 2 ni, 1 isnin je yang tak sakit. yang lain semua sakit. demam lah, ulser lah, sakit tekak, batuk, selesema. macam macam. ni batuk and sakit tekak balik. hopefully everything's gonna be fine.
p/s: gambar nanti lah upload ya. =)
<3
No comments:
Post a Comment