Pages

21 March 2011

seremban AGAIN !


okay ! semalam tak jadi nak keluar, akhirnya hari ini berjaya keluar dari MELAKA. huhu.. seperti biasa aku bersama mereka tidak suka menghabiskan masa semata mata untuk duduk dalam bas untuk ke MELAKA sebaliknya kami lebih suka menghabiskan masa di SEREMBAN. SEREMBAN..?? yes, SEREMBAN baby !

apa lagi yang kami buat kat sana? cuci mata !! haha.. taklah. saja jalan jalan. mula mula sampai, terus ke SEREMBAN PARADE. first of all, TOILET !! hehe.. then, gerak menaiki eskalator ke tingkat atas sekali. nak tahu apa yang menarik nya? masa kat level karaoke tu, lagu yang dipasang ialah...BILA KITA DITAKDIRKAN JATUH CINTA !! macam tahu tahu je kan, mereka pun dah tahu dah lagu tu sebab pagi pagi lagi sementara menunggu mereka, aku pasang lagu tu je berulang kali. haha.. memang simbolik habis lah. ok kita ke AMPANG SUPERBOWL. bayar rm7.50, dapat lane 18. main satu game je pun. aku last kot !! haha.. tapi tak apa lah. suka suka je pun.

next? solat dulu. sebab gerak tadi pun dah pukul 12 kan. lepas solat, pergi semula ke TERMINAL 1. nak buat apa? mula mula tengok ada cerita best ke tak. oh, tak ada yang sesuai dengan masa. baru nak ajak cik aliah dan cik asilah tengok HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA. yelah, aku dan cik aini dah tengok. tak kesah tengok lagi sekali. hehe.. kami pun buat keputusan untuk jalan jalan sahaja. eh, aku dan asilah kongsi duit beli game SIMS 3. gila game lah kata kan. lepas tu pergi makan dulu. lepas makan, barulah kami pusing pusing bermula dari ground level. satu satu kedai kami masuk. nak tahu apa yang best? banyak kedai buat sale "buy 1 free 1". hoho.. best kan. aku ada beli 2 things but i'll keep that as my own secret. hehe.. pusing pusing pusing, dah pukul 6. bas balik pukul 6.30. kami pun pergi lah McD sebab cik aliah dan cik asilah nak beli burger walaupun pagi tadi dah sarapan burger. haha.. sementara menunggu, aku pun tengok lah sekeliling tempat tu. pandang punya pandang, tiba tiba aku macam kenal sorang mamat ni. nampak macam budak sekolah aku !! tapi aku tak sure so aku just senyum je lah. (gelak actually. =P) tapi yang kelakar nya, mamat berdua yang duduk meja sebelah dia pula yang perasan. aku buat tak tahu je lah. HAHA.. mereka pula dah fikir bukan bukan cakap aku main mata dengan orang lain. hehe.. nasib lah. keluar dari McD, terserempak pula dengan ex-UiTM Lendu. tegur jap. aku pun try la pusing balik nak tengok balik mamat tu kan, sekali dah hilang daaa. dengan pantas nya aku mesej encik BFFku untuk pengesahan. dia cakap, mungkin ya. aku pun macam, "oh, yeke..". hahahha.. biar lah.

okay, bas kami terlambat setengah jam !! naik pening kepala aku tunggu bas sampai. macam nak pengsan. bas sampai pukul 7. aku doa je ehem ehem tak call or mesej. Daddyku dan Mummyku?? awal awal lagi aku dah mesej cakap bas lambat. haha.. ehem ehem tu bahaya sikit. nanti dia bebel, susah aku. =P dalam perjalanan balik, ada excident dekat apa entah nama jalan tu tapi aku tahu la jalan dia sebab aku kan biasa dengan seremban. (poyo pula kan) dalam bas aku dah macam mabuk jalan dah. nak tidur, maghrib pula. tahan je la kan. sampai ALOR GAJAH pukul 8. tak pasti bas last dah jalan ke belum. agak agak macam tak ada harapan bas nak sampai, naik lah teksi sampai kampus. sampai je bilik, kebulur gila weh !! nasib naik cik sikin bawa makanan. merasa lah nasi beriyani dan roti telur. lama sikit, ada orang ketuk pintu. rupanya nak bagi dadih free sebab nak tutup bisnes. apa lagi, ambil lah kan. kami masa tu ada 3 orang dalam bilik. sorang ambil 2. plus 3 untuk mereka yang keluar. memang rezeki habis. itulah cerita aku untuk hari ini. panjang kan..?? haha.. nasib lah. aku dah ngantuk tapi tengah nak install THE SIMS ni macam apa je. esok nak bangun pagi, nak hantar assignment ACC116. sebelum 8.30 pagi ok !! wish me luck and thanx for reading.

<3

No comments:

Post a Comment