Pages

21 May 2011

lu langsi , LU MATI !

aku bangun dengan senyuman pagi ini selepas bermimpi ehem ehem. haha.. saje nak cerita. oh , kalau tengok title je mesti dah tahu aku nak cerita pasal apa kan ? pasal cerita KONGSI tu lah. pukul 12 tadi aku bersama adikku berdua tu menuju ke KLCC. beli tiket dekat kaunter cik najwa lah pula. alah , dulu satu sekolah rendah. tiket pukul 1.50 ok. jam menunjukkan pukul 1.05 jadi kitorang pun pergi lah beli rotiboy dulu sebab cik aqilah kita lapar. pergilah lepak kat kerusi depan PARKSON. habis makan, masuk PARKSON jap. sekali jumpa encik roheim. nasib baik ingat member lama kan. borak sepatah dua , terus pergi TGV.

tengok KONGSI , dari awal sampai habis aku tergelak je. pertama , sebab cerita tu memang kelakar. kedua , ia mengingatkan aku pada ehem ehem. tak pasti kenapa , tapi itulah yang aku rasa. mungkin sebab ada pasal muay thai sikit tapi selebihnya aku tak pasti. oh , cerita tu pasal kongsi gelap sebagaimana semua orang tahu tapi dia banyak elemen kelakar. tapi yang kureng nya ialah , ending dia macam pelik dan korang takkan tahu kenapa tumulak tu dihantar dan apa jadi dengan dendam lama dia dan siapa bront tu sebenarnya. banyak persoalan sebenar nya. hehe.. tapi tak apalah mana tahu farid kamil nak sambung KONGSI 2 pula kan. asalkan cerita tu buat aku gelak dan terhibur , itu dah cukup. =D

enough bout that KONGSI , nak cerita sikit keadaan kat TGV tadi. as you know , NUR KASIH is now showing in the cinema. dan ramai menjangkakan makcik makcik semua akan turun padang untuk tengok. mungkin aku jarang keluar pada hari sabtu atau mungkin juga kerana penangan NUR KASIH tu , aku perhatikan ramai golongan berkeluarga yang datang dan agak ramai makcik makcik or nenek nenek yang datang. agak menarik kan ? penangan NUR KASIH !

next is , KL tak sesak ! today is saturday , besides my parents that have work on this day , takkan semua orang kerja sampai aku dapat tengok jalan tu kosong. first , masa nak keluar kat FLAMINGO tu. selalunya kalau sabtu ni , mak ai kemain sesak lagi. punya banyak kereta tapi hari ni tak pula. aku fikir mungkin sebab kitorang keluar awal sangat tapi macam tak juga. masa sampai kat KLCC pun tak ramai orang. tak rasa macam orang cuti. agak pelik lah juga kan. tapi tak kesah lah. bukan hal aku. lepas tengok wayang dan tengok orang tu , beli sundae chocolate , habiskan , lepas tu baru balik.

turun bas , hujan lebat gila weh ! naseb baik dah sampai. ingat nak beli kuih , tapi memandangkan mummyku dah balik , kitorang decide balik dulu lepas tu baru keluar naik kereta.

okay , itulah sahaja kisah aku pada kali ini. aku jarang update tapi kalau update panjang berjela kan ? hehe.. apa apa hal , aku cerita lagi ok.

p/s: to ehem ehem , goodluck for your game ! <3

3 comments:

  1. cik akak.. follow la aku..hampeh tul~ haha

    ReplyDelete
  2. cik ezaty; ade lahhh.. adoii..

    cik sarah sofiah; haha.. mne lah aku tau ko ade bnde ni.. =P

    ReplyDelete