Pages

27 May 2011

semua nya sebab KAU.

ingat lagi pertama kali jumpa balik ? pagi pagi buta kat kedai mamak ? balik daripada tu , mula lah sesuatu yang tak pernah aku bayangkan. serius aku tak pernah bayangkan akan get together dengan kau walaupun aku pernah dengar ada orang kutuk aku pasal tu. tahu tak , sepanjang setahun ni kau buat aku rasa macam macam. nak tahu apa ?


KAU BUAT AKU SUKA KAT KAU BILA… kau berjaya tarik perhatian adik adik aku. Ingat lagi tak masa first time aku teman kau breakfast? Aku angkut adik adik aku sekali kan sebab malam sebelum tu kau cakap kau nak culik aku. Bukan lah aku percaya sangat dengan cakap kau tu tapi kebetulan pagi tu aku janji nak jogging dengan diorang so aku angkut lah sekali. Tahu tak, sepanjang balik lepas breakfast tu, adik adik aku asyik bercerita pasal kau je. Dan dan pula sampai rumah, kau ajak aku couple kan. So berbekalkan apa yang kau dah buat kat adik adik aku, aku pun dengan senang hatinya terima kau walaupun aku tak ada perasaan kat kau (masa tu).



KAU BUAT AKU MARAH BILA… tiba tiba kau tak jadi temankan aku pergi ampang point masa minggu minggu awal relationship kita. Last minute kot. Aku macam bengang gila lah kat kau. Rasa macam nak cekik cekik je. Padahal aku bukan tak boleh pergi sendiri cuma kau dah janji kan. So tu buat aku geram nak mampus.

KAU BUAT AKU NAK NANGIS BILA… aku dengar suara kau lepas operation. First, aku terharu sebab lepas operation kau terus call aku. Second, aku nak nangis dengar suara kau lemah sangat. Macam tak sampai hati. Kau tak pernah macam tu kan. Tu yang buat aku sedih sangat. Terus aku suruh kau pergi rest.

KAU BUAT AKU KETAWA BILA… dengar cerita cerita kau yang tak pernah habis tu. Setiap kali call, mesti ada je cerita kau. Walaupun kadang kadang benda tu kau dah cerita, aku diamkan aje sebab kau excited sangat bercerita. Aku tak kesah sebab kau pandai buat aku ketawa.

KAU BUAT JANTUNG AKU DEGUP KENCANG BILA… aku dengar bunyi call dari kau. Sebab kau sorang je aku assign tone. Yang lain bunyi sama je. Setiap kali kau call, serius jantung aku degup gila. Kalau aku tidur pun boleh terjaga dan taknak tidur dah lepas tu. Aku pernah cakap kan, kalau kau call konfem lepas tu aku tak tidur dah kan? Aku cakap betul tau. Tak tipu…




KAU BUAT AKU SEDIH BILA… kau cakap “sayang tak pernah tengok be fight”. Nak buat macam mana, kau punya game semua malam. Ada masa kau buat kat Dataran Pahlawan tu, betul mula mula kau cakap hari sabtu. Tapi lepas tu kau ada call aku cakap tukar ahad tapi ahad tu aku tanya, kau cakap sabtu. Aku agak bengang dengan kau masa tu tapi aku sabar je lah sebab kau tengah sakit sakit masa tu kan. Tak apalah tak ada rezeki nak tengok. Lain kali, aku usahakan ok?

KAU BUAT AKU PERCAYA KAU BILA… semua benda kau cerita kat aku. Walaupun benda tu salah dan kau tahu aku tak suka, kau tetap akan cerita. Semua benda tu buat kita tak pernah gaduh. Perasan tak? Aku tak syak apa apa kat kau sebab aku tahu apa apa hal kau akan cerita kat aku termasuk lah yang kau pergi keluar dengan STEWARDESS tu kan. Aku tak kisah sebab kau cerita. Dan aku pun terpengaruh untuk cerita benda benda yang aku buat kat kau.

KAU BUAT AKU NANGIS BILA… kau marah aku sebab sampai rumah pukul 7 malam lepas aku balik raya rumah kawan aku. Serius air mata aku dah bergenang masa tu. Aku tak sangka kau akan marah macam tu sekali. Tapi aku faham, kau nak jaga aku. Lepas dari tu, aku dah janji dengan kau yang aku takkan balik lambat kan? Kalau aku balik lambat pun, aku akan bagitahu kau.

KAU BUAT AKU SENYUM BILA… setiap kali dengar kau sebut “I Love You”. Sebab kita jarang sebut benda tu kan. First time kau sebut, memang aku tergelak sebab tak sangka. Tu pun selepas beberapa bulan kita couple kan? Tapi aku tak kesah pasal perkatan tu semua. Aku tau kau sayang aku dan kau pun tahu aku sayang kau kan?
 

ada banyak lagi yang aku rasa bila dengan kau. dan sekarang aku tahu aku mula sayang kat kau bila aku dah pandai nak cemburu dan banyak kali juga aku mimpi pasal kau. aku takkan mimpi orang banyak kali kalau tak ada apa apa. aku selalu doa untuk aku, kau, kita, setiap kali aku solat. aku cuma harap satu je. bila aku dah betul betul sayang kat kau nanti, kau jangan hampakan aku. aku benci benda macam tu. thanx for everything in this whole year.

p/s; aku cuma nak share apa yang aku rasa. maaf kalau terasa menyampah. =)

<3 ,

2 comments:

  1. jantung aku pon boleh bdegup kencang klau dye kol , lagu bole bwat org skit jntung .. tkejot taw x !!

    ReplyDelete
  2. hahahhaa.. kau terkejut lain , aku terkejut lain.. =P

    ReplyDelete