. . BAB 101 . .
okay , hari ni dah mula belajar bahasa arab ya anak anak. hehe.. tahu tak , aku mula mula seram lah juga sebab ustaz tu kata nak cakap arab je tapi bila dia masuk , huh ! konfiden sikit. tahu tak , apa yang aku belajar tadi sama dengan apa yang aku belajar masa sekolah rendah dulu. dia kira macam refresh my memory lah. alang alang refresh pasal bahasa arab , aku pun terrefresh pasal zaman dulu dulu tu kan. alangkah bahagia nya belajar bahasa arab dulu. HAHA.. oh , aku sangat lah berharap kat subjek ni. mudah mudahan dapat A+ ! =)
. . BEL 311 . .
english ! sangat lah pening. nak kena cari tajuk pasal academic writing dan kalau boleh nak ada kaitan pasal business. macam mana tuh ?! akhirnya aku terfikir tajuk EFFECT OF TECHNOLOGY ON PRODUCTIVITY. tapi setelah dirujuk kepada lecturer , ianya ditukar kepada IMPACT OF TECHNOLOGY ON LOCAL FOOD PROCESSING. haha.. amacam ? tajuk je dah dasyat kan ? hehe.. tak tahu lah macam mana writing nya nanti. wish me luck !
. . HBU 134 . .
PBSM ?!!! sangat lah panas !! bayangkan panas panas kena kumpul kat padang kawad tu. aduh ! terbakar kulit weh !! dah lah memang malas nak pergi kokurikulum ni. dengan peluh membasahi baju , aku gagahkan juga sambil sambil doa supaya terik panas tu jadi sejuk. Alhamdulillah , lama lama mendung sikit. punya lah kelam kabut tadi sebab setiap kumpulan kena balance. bayangkan kitorang yang dah sama sampai 3 semester ni kena berpisah pula tiba tiba. aduh , buat susah orang betul lah. bayangkan sejam settlekan benda tu SAHAJA ! bosannn...
. . QMT 181 . .
it is INTRODUCTION TO STATISTIC by MISS FARAH YASMIN. aku pun pelik kenapa lain nama lecturer ni dengan yang tulis dalam jadual. rupa rupa nya , dia baru masuk hari isnin hari tu and terus dapat kelas aku. aku dah risau dah. macam mana dia nak mengajar ni ? effective ke tak ? aku boleh faham ke ? macam macam lah. and seriously , during her class my brain is everywhere. tolong lah ! aku memang tak faham. even the whole class can't understand it. maybe dia baru dan tak tahu cara nak mengajar. plus , dia campur nota dia and nota yang fakulti bagi. memang faham sangatlah kitorang yang tak tahu apa apa ni kan. aduhh.. sabar je lah. hope next class will be better.
okay , itu pasal hari ni. semalam pula nak tahu apa jadi ?
. . MGT 269 . .
bayangkan kitorang meet lecturer 15 minit sahaja ! haha.. best kan ? 1st , lecturer masuk lambat sebab pergi solat dulu sebab kelas tu 4.30 petang. so next time, the class will start at 4.45 something. then , sebab our entrance survey is not ready yet , we cannot start our lesson and we can go back early. 5.15 dah balik padahal dalam jadual habis pukul 6.30. =P
. . ECO 211 . .
elok je lepas aku solat maghrib , lecturer call cakap kelas mula pukul 9. oh , bagus nya ! kelas yang sepatutnya pukul 8 sampai 10 jadi pukul 9 sampai 10. huhu.. masuk je kelas , bila mula belajar , eh apa benda ni ? serius aku lost. lagi lagi bila lecturer tu tak pakai eye contact. aku tak boleh kalau lecturer mata melilau ni. aku susah nak faham. dengan semua buat muka bosan , terpaksa lah juga tahan dan cuba fahamkan. aduh ! jangan lah selamanya macam ni.
hmm.. macam tu lah keadaan aku selama ni. i lost my focus and i don't know why. oh , why it happened to me ? friends , help me and pray for my success cause i really need it. aku taknak pointer aku jatuh. aku taknak fail. aku nak berjaya macam orang lain dan aku nak buktikan aku boleh. please please please. NUR AWATIF FATIHAH ABDUL AZIZ , WHERE IS THE OLD YOU ? janganlah dah semester 3 ni nak buat hal pula. jangan jadi macam orang lain. YOU CAN DO IT !
<3 ,
No comments:
Post a Comment