Pages

12 July 2011

GILA TALAK ?!

okay , apa first impression korang bila baca tajuk entry aku ni ? jangan fikir bukan bukan . aku bukan cakap pasal orang yang dah bercerai tapi aku nak cakap pasal seorang mamat yang aku pun tak tahu nak gelarkan dia macam mana . tapi menurut qila , dia boleh dikategorikan sebagai gila talak .

bukan apa , mamat ni secara jujurnya adalah ex-boyfriend aku . kitorang break masa form 3 iaitu umur 15 tahun . sekarang dah 18 19 tahun . lama kan ? but the problem is , aku tak boleh lari daripada mamat ni . nak tahu kenapa ?

1. rumah saudara dia belakang / sebelah rumah saudara aku .
2. walaupun dah banyak kali dia tukar nombor , nombor aku tetap tak tukar tukar .
3. aku pun tak tahu dah sebab apa .

aku tahu aku tak HOT tapi masalah sekarang aku tak tahu lah kenapa mamat ni suka sangat nak mengayat aku . apa aku dah buat dekat dia pun aku tak tahu lah . even dia ada girlfriend lain pun , dia boleh lagi mengayat aku ?! geram nya !! kesian kot dekat girlfriend dia tu (sekarang ex-girlfriend , dia kata lah) . aku dah tak tahu nak cakap apa . oh , aku kira bersyukur juga lah sebab sekarang aku ada ehem ehem . kalau aku cakap aku single , memang cari nahas lah aku . mesti pagi petang siang malam dia contact aku . dan masa favourite dia , pukul 12 tengah malam dan ke atas . 

11julai2011 , birthday dia yang ke 19 . to be truth , aku lupa tarikh tu birthday dia . (nampak tak yang aku memang tak hati kat dia) . HAHA ! dia boleh call aku pukul 12.40 pagi sebab nak tuntut wish birthday daripada aku . siap pakai suara jiwang bagai . tapi tak apalah . as a friend , aku wish lah juga . oh ya , dia pakai nombor baru okay untuk call aku . siap call qila sekali . tak tahu lah kalau dia nak try qila pula . (nasib kau lah qila oiii) . HAHA !

huh ! dah lama sebenarnya nak cerita pasal benda ni tapi baru sekarang tercapai . ada seorang lagi spesies macam ni tapi tak adalah teruk sangat kot walaupun cara dia macam lebih kurang . maaf , saya tak akan beri peluang ketiga untuk diri saya ya !

persoalan nya sekarang , ADAKAH MEREKA GILA TALAK ?!

*terima kasih kerana membaca . yang mana faham , faham lah . yang mana tak faham , nasib lah . mungkin ada yang alami apa yang aku alami ni . jadi , sama sama lah kita menguatkan semangat ya ! oh , ini blog aku dan suka hati aku lah nak cerita apa pun . 

<3 ,

No comments:

Post a Comment