Pages

16 July 2011

KEBAHAGIAAN dalam PENGORBANAN .

okay , di kala student lain sedap meronda ronda keliling kampung atau tengok wayang atau makan atau apa sahaja bersama keluarga , sahabat , juga teman istimewa , KAMI student BUSINESS STUDIES merangkumi MANAGEMENT , INSURANS , dan juga BANKING dikehendaki berkumpul seawal 7 pagi untuk mengikuti program KEMAHIRAN INSANIAH yang telah diwajibkan kepada kami pada setiap semester . dan untuk semester 3 , aktiviti nya adalah... GOTONG ROYONG BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG

kelas aku , DBS 3E (management) bergabung dengan kelas banking atau insurans (aku pun tak perasan) , telah ditugaskan ke kawasan JKKK PADANG KELADI iaitu di DURIAN TUNGGAL . sampai je sana dalam pukul 9 , terus dapat makan . NASI LEMAK okay ! oh , sangat sedap !! kemain lagi semua makan . selepas sesi ucapan semua , sesi pembahagian tugas . dengan confident nya , semasa ditanya siapa nak bersihkan WAKAF 2 , aku , aliah , shira , atiq , ima , paein , pika , mariam , farahain , dan juga fariza , volunteer untuk buat . aku rasa mesti ramai yang macam kami yang membayangkan wakaf adalah sebuah pondok . dan inilah "wakaf" kami...

HAHA ! style tak ?! betapa terkejutnya kitorang apabila mengetahui bahawasanya "wakaf" tersebut adalah KUBUR LAMA !! dengan penuh batu nisan , kubur tak tersusun , batu nisan pakai batu biasa je , semua ada lah . sampai kitorang tak perasan lah kalau terlangkah pun . sebab memang penuh . dengan sekuat semangat , kami masuk . semua muka macam tak ada darah dah . perlahan je buat kerja . sampai abang abang yang handle kami tu tersenyum senyum . tapi lama lama...






abang abang yang handle . mereka pemalu . HAHA !

cover album ; GALI BAND .
NAH !! dah tak ada takut takut dah . siap buat group sendiri , GALI BAND (konon konon junior wali band) . HAHA ! itu nasib baik tak cabut satu batu nisan bawa balik kan . oh lagi , masa on the way nak pergi surau yang 500 meter dari "wakaf" . sempat lagi photoshoot .



oh , ni masa dah sampai . sempat lagi !
sampai sampai je , makcik makcik pakcik pakcik suruh makan lah , minum lah , bahagia nya ! lepas tu , kena ready untuk makan tengah hari . nak tahu GALI BAND buat apa selain daripada setting table ? jeng jeng jeng...

apa ? apa ? TUMBUK BELACAN , okay ! HAHA !! (tak pernah pernah aku tumbuk belacan) . sangat seronok . depan kami ada pakcik goreng ayam , memang ambil makan lah kan . lepas tu , ada makcik tu letak rambutan pula depan kami , memang sambil kerja , sambil mengunyah . jangan jealous ! hehe.. okay , lepas makan , minum , makan , minum , mula lah nak pergi tandas . tahu tak ada apa ? KATAK !! patut lah aku tengok tandas tu kosong je kan . selepas lama menahan , aku pun masuk je lah . ala , setakat katak je kan . dah berapa kali aku mandi dengan katak bila balik MUAR tu . relax sudah . lepas aku masuk , semua sibuk beratur kat luar . HAHA ! semua tak tahan dah . 

lepas tu , semua kumpul dekat BERINGIN untuk majlis penutup . aku dah tak dapat tahan , sempat lah tidur dekat kerusi kejap . pukul 3.50 petang gerak balik . kesimpulannya , walaupun kami semua bengang sebab tak dapat balik awal untuk cuti mid term , kami tetap gembira dengan pengalaman baru ni . tapi lain kali , TAK NAK DAH ! mengganggu masa cuti tahu . kalau nak buat , cari masa sesuai okay . 

me with DBS 3E's new mentor , PN RAFIDAH ABDULAZIZ .
*maaf cerita banyak sangat . tapi aku nak kongsi kenangan dan pengalaman dengan korang . thanx for reading . =D

<3 ,

No comments:

Post a Comment