okay , setelah berhempas pulas menjawab exam PBSM tadi , aku tertarik untuk post pasal mimpi aku . (ayat tak boleh blah kan) . aku tak ingat sebenar nya mimpi aku secara keseluruhan kecuali aku tahu aku mimpi pasal fareez . tapi apa ada dalam mimpi tu , aku baru teringat masa aku tengah menjawab exam .
cerita dia macam ni . hari ni aku bangun pagi gila , pukul 8 . (pagi lah untuk budak bilik aku) . konon konon bangun nak baca buku . tapi , buka buku je tidur . bangun buka buku , tidur balik . tapi yang best nya , aku sempat lah bermimpi fareez . hmm .. minggu ni je dah berapa kali aku mimpi dia . tu yang malas nak jumpa . sebab aku kadang kadang angau lain macam . okay okay , sambung cerita . nak tahu aku mimpi apa ?
aku mimpi dia datang beraya kat rumah . mungkin sebab pagi tadi dia ada mesej tanya buat apa , lepas tu bersambung dalam mimpi konon konon dia mesej sebab nak datang beraya kat rumah . happy gila kot . lepak lepak dengan dia . umi ayah semua ada . memang mesra gila lah . rasa real je . macam aku tidur sambil tersenyum . HAHA !
okay , lepas tu yang ni aku tak ingat masa aku tidur kali ke berapa . aku mimpi aku dengan fareez buka facebook . nak tahu tak dia buka profile siapa ? FF ! girlfriend lama dia tu ! okay , fine ! aku tak jealous sebab FF tu pun happy gila dengan bf dia sekarang . tapi macam bila dah ramai yang mengusik , aku pun jadi terusik lah . kebetulan masa pergi rasa hari tu pun tiba tiba keluar nama lebih kurang macam tu . kitorang siap boleh gelak gelak lagi . serius , aku TAK JEALOUS . tapi tak tahu lah macam mana boleh masuk mimpi . aku fikirkan sangat pasal FF tu ke ? tapi kenapa ? aduh , apa kena lah dengan aku ni .
tapi kan , bila fikir balik , kelakar kan aku ? aku memang suka mimpi benda yang bersambung dengan realiti . hmm .. biarlah . yang penting , aku dah lega . aku memang tak suka bercerita kat orang . macam faziana cakap . apa apa benda pasal aku semua dia tahu dari blog ni . sebab aku tak jumpa orang yang aku betul betul boleh cerita . dulu aku selalu cerita kat firdaus . tapi sejak dia selalu ada problem dengan gf dia , aku tak berani nak cerita banyak banyak . nak cerita kat fareez pula , dia jenis yang lambat bagi respon . (sorry to say) . tapi itu realiti . sama je macam aku sebenar nya . tapi kalau dia bagi respon , dia selalu macam emo sikit . nak cerita kat family ? aku malu . tak tahu kenapa . tapi kalau cerita kat blog sama macam cerita kat family sebab aku tahu mereka baca apa yang aku tulis . kan umi ? kan ayah ? kan pokcu ? kan semua kan ? HEHE ..
okay lah . nak berehat . esok atau malam karang nak baca macroeconomics pula . isnin ada test . wish me luck guys !
* oh ya . aku ada buat account twitter secara tak sengaja semalam . kalau rajin , follow k . @awatiffatihah
No comments:
Post a Comment