Pages

14 November 2011

family trip !

12/11/2011 - Felda Residence Hot Spring Sungai Klah , Sungkai .

apakah ? hehe .. ikut perancangannya , nak stay kat sana . tapi , disebabkan tak ada bilik kosong , kami terus ke kolam air panasnya sahaja . tapi best ! aku dapatlah merasa air panas yang 40C - 42C kalau tak salah aku . mula mula memang panas gila . tapi lama lama , best pula . hehe .. tengok tengok gambar meh !

depan pintu masuk .

best best . oh , muka macam tu sebab ada orang sibuk enterframe . HAHA !

rendam rendam kaki .

nampak tak wap panas tu ? hoho ..

dalam private jakuzi .
wahhh .. best tak ? kalau teringin , ajak lah family pergi . tak pun , buat trip dengan kawan kawan . tapi masuk private jakuzi tu elok elok ya . jangan campur lelaki perempuan pula . bahaya tu ! hehe ..

***

13/11/2011 - National Elephant Conservation Centre , Kuala Gandah .

ada apa ni ? eh , gajah lah !! oh , kami sampai tempat ni dalam pukul 11 macam tu . persembahan gajah tu pukul 2 . lama lagi . sementara menunggu tu , macam macam lah buat . mula mula tengok rangka gajah lah semua . lepas tu posing posing lah depan tu . lepas tu , pergi makan . lepas tu barulah mula aktiviti dengan gajah gajah yang comel tu . mula mula bagi makan , lepas tu gajah gajah tu ada pertunjukan apa entah . lepas tu , naik gajah . last sekali , mandi dengan gajah . tapi yang tu bukan mandi dengan gajah tapi mandikan gajah . HAHA ! 

depan bangunan pendaftaran .

itu tulang gajah .


nampak semua bosan tak tahu nak buat apa ? HAHA !

ini depan pagar masuk .

bagi makan gajah . rasa macam vakum . comel sungguh mereka !

beratur nak naik gajah . kitorang orang tempatan pertama yang naik . depan , belakang semua mat salleh . hehe ..

pusing pusing dengan gajah . best ! rasa macam naik belakang kucing . HAHA !
serius gajah tu semua sangat comel !!!! rasa nak cubit cubit je . mata dia cute gila . macam tengok kartun jumbo pula . HAHA ! apa apa pun , semuanya best ! cuti hujung minggu yang sangat best ! last weekend with family yang sangat best ! yelahh lepas ni nak masuk semester 4 dah . 

okay , nak datang tempat tempat tu datang lah . oh , hotspring tu kena bayar tapi aku tak tahu berapa sebab aku tak pergi pun kaunter dia . yang pusat konservasi tu free . make sure datang sebelum pukul 2 lah ya . kalau tak , melepas !! okay , selamat semuanya !! tata ..

yang gila gajah ,

2 comments:

  1. gajah! gajah! yehuuu best gila *pengsan

    ReplyDelete
  2. haha.. kau dh kenapa smpai pengsan ni..?? gajah tu comel sangatttt!! rasa nk bela ikat depan pagar. baru best. HAHA!!

    ReplyDelete