Pages

24 November 2011

new semester , new subjects .

Assalamualaikum ! olla !

macam biasa lah . awal awal semester ni , memang suka buat preview pasal subjek baru . nampak macam senang je . lima subjek . tapi beragak lah . kalau satu subjek 10 chapter , 5 subjek dah 50 chapter . PENGSAN !

okay , hari tu aku dah beritahu pasal subjek LAW 299 dengan BAB 151 kan ? kali ni aku nak cerita first class untuk tiga lagi subjek . pertama , MKT 310 . ia adalah PUBLIC RELATIONS tapi aku tak ingat principles ke fundamental . HAHA ! lecturer perempuan , muda , lawa , dan sudah berkahwin . hehe .. masa masuk kelas hari tu , semua pandang je . dah lah masa tu gabung kelas . tapi lecturer tu pun agak best lah . nampak tak strict sangat . asalkan buat semua kerja , tak jadi hal lah . InsyaAllah .

subjek kedua , MGT 300 . INFORMATION TECHNOLOGY IN BUSINESS . pasal IT . salah satu assignment kitorang kena buat website . oh , tadi baru dapat tajuk untuk report . group aku ialah aiman , redha , nurul dengan hidayah . dan mamat berdua tu sangat excited pilih tajuk PORNOGRAPHY . adehh .. aku tak kisah . asalkan korang buat kerja ya ! eh , lecturer ? perempuan juga . muda juga . tapi tak pasti dah kahwin ke belum . hehe ..

last subject , FIN 262 iaitu FINANCE ( aku lupa juga fundamental atau principles ) . ha , ini ada sedikit kekecohan . sebab apa ? lecturer tu nampak macam gila gila tapi kadang kadang macam serius . tapi sebenarnya dia bergurau . macam mana tu ? oh , lagi satu , passing mark untuk subjek dia adalah 65% ++ . GILA LAH ! okay , aku sangat suka kira kira dan aku hargai subjek ni satu satunya subjek kira kira tapi mengenangkan 65% ++ untuk test and quizzes , hmm .. kena fikir banyak kali lah . sangat menakutkan lah !! dah lah dalam kelas ni ada 2 senior repeat . adoiii ..

haishh .. harap harap lah dapat menghadapinya . semester 4 , tolong berbuat baik dengan aku sebab aku akan buat sehabis boleh untuk buat baik dengan kau . lagipun , aku kena naikkan balik pointer aku sebab semester ni dah tak ada excuses . kalau dulu ada KOKO yang menjahanamkan pointer aku , sekarang dah tak ada . aku kena juga naikkan pointer . orang tak nampak apa yang aku buat . orang cuma nampak resultnya sahaja dan aku kena pastikan result aku betul betul cantik untuk tatapan orang walau macam mana pun . 

yang sangat skema ,

No comments:

Post a Comment