Pages

02 December 2011

cinta berkalung SERBAN vs JILBAB

Assalamualaikum semua !

style tak tajuk aku ? HAHA ! bukan apa , semalam , kat tempat aku ni ada forum remaja INSAN . tajuk dia , CINTA BERKALUNG SERBAN VS JILBAB . nampak tak tajuk dia ? nak tahu pasal apa ? pasal CINTA lah . 

semua sedia maklum . university students ni memang semua gatal gatal . pantang masa terluang , ceritanya mesti kahwin , jodoh , lelaki , perempuan , bla .. bla .. bla .. dan disebabkan banyak masalah sosial yang melanda , bagus juga persatuan persatuan yang ada buat aktiviti macam ni . sekurang kurangnya ada lah sikit yang kembali ke jalan yang benar . okay , aku dah melalut .

kembali kepada forum tadi . panel dia ialah IMAM MUDA HIZBUR dan USTAZAH UMMU HANI BT ABU HASAN . bendanya mula pukul 9 . memang excited kemain semua . tapi malangnya , ada yang kena pasang telinga betul betul sebab sound tak berapa jelas . ehem ehem .. aku melalut lagi . HAHA ! okay , secara kesimpulannya , ini beberapa tips yang Imam Muda Hizbur bagi kepada pasangan pasangan yang konon syok bercinta tu .

1. JUMPA IBUBAPA
nak buat apa ? hey , kenalah perkenalkan dengan mak bapak dulu . minta restu ke apa ke . mana tahu mak bapak tak setuju . oh lagi satu , bak kata imam muda tu , yang lelaki tu pakai lah baju sopan sikit . takkan lah nak jumpa gf punya parents nak pakai singlet dengan seluar koyak kat lutut . confirm kena reject ! silap silap kena bambu . HAHA !

2. JAGA BATASAN
haish .. ni dia . tahulah cinta tu buta . nak merayap je kerjanya kan . tapi agak agak lah weh . dah sah sah korang bukan muhrim . setiap kali pegang tu , HARAM ! berdosa tahu tak . cuba kalau jumpa tu duduk jauh jauh . jangan nak pegang pegang . nanti bila dah sah , dah tak best tahu tak . kalau tak boleh kawal , tak payah jumpa . tak pun , kahwin je terus . lagi senang .

3. JANGAN HEBOH
ha .. ni lagi satu . bila couple je , letak status " in a relationship " . padahal baru couple 2 minit tadi . over lah ! tak payah lah nak heboh heboh sangat . baru couple . belum tunang ke kahwin ke . tak payah nak announce kau tu gf / bf siapa . sendiri tahu sudah . lagipun , selagi kau tak dilamar atau dinikahi , orang lain boleh je masuk line . kan ?

4. KURANGKAN KOMUNIKASI
setiap seminit , " tengah buat apa tu ? " . haish .. bosan tahu tak . tak perlu tu semua . lagi bagus kalau berborak seminggu sekali atau sebulan sekali . oh lagi satu , tak perlu lah " I LOVE YOU " ke " you lah letak dulu " ke apa ke . haish .. bazir kredit lah . lagi bagus kau call mak bapak kau kat kampung . ( macam cakap diri sendiri sikit . nasib lah . HAHA ! ) eh , ada lagi . tak perlu lah " mama papa " , " abang sayang " , " i you " segala tu . menggelikan tahu tak . haishh ..

5. JANGAN BERDUA-DUAAN
ni lebih kuranglah dengan jaga batasan tadi . sebab bila korang berduaan , yang ketiga syaitan . dan syaitan memang suka menambahkan anak buah . nak jadi anak buah syaitan ke ? sia sia je . ingat lah dosa pahala semua tu . kalau nak keluar , ajak ramai ramai . ajak adik adik ke , lagi bagus bawa parents sekali . HAHA !

itulah antara tips yang sempat aku salin dan dapat aku fokus . ulasan tu ada yang aku buat sendiri . supaya senang korang nak faham . tapi point dia memang dari Imam Muda Hizbur . oh , dia juga ada cakap , " KALAU LELAKI TU TAK MAHU PEGANG , DIA ADALAH SEORANG YANG HEBAT " . bermaksud , kalau lelaki tu tahan nafsu , tak pegang pegang gf dia , barulah dinamakan hebat . kalau keluar pegang pegang tangan , main peluk peluk , cium cium , hebat apa kebendanya . HAMPEH je ada . 

oh , ustazah pula ada bagi doa untuk dapat suami yang baik . sebab ustazah tu amalkan 3 tahun . dapat suami yang beriman . tapi malangnya , tak sempat salin . lagipun , tak berapa nak jelas . nanti kalau ada , aku share ya . oh , lagi satu , ustazah ke ustaz ada beritahu , amalkan surah an-nur . untuk nak nikah ke apa entah . maaflah . sound system tak berapa elok . tapi amalkanlah . mana tahu menjadi kan . hehe ..

sekian sahaja untuk malam ini . renung renungkan dan selamat beramal ! 

yang gatal ,

No comments:

Post a Comment