Pages

27 December 2011

HAPPY 18th BIRTHDAY !

hey , sister ! maaf lah lambat buat review pasal kau . aku kan sangat busy . laptop dah hantar balik awal awal lagi . hari jumaat sampai je KL terus pergi KLCC . balik pergi celebrate birthday kau . sabtu , ahad , isnin , keluar . tak ada masa weh ! malam ni baru aku curi masa walaupun aku dah agak mengantuk . hehe ..

23 disember 2011 , birthday kau ke 18 . lambat betul lah nak 18 . nasib baik dah lepas test JPJ . tapi baru kereta lah kan . hehe .. kau ni sangatlah brutal tapi bila ada " someone " , terus jadi lemah . tak faham aku . dah lah tu . bila tengok cerita feeling feeling sikit , menangis . kadang kadang pelakon tu tak nangis lagi , kau dah nangis dulu . aduhhhhh .. sentimental betul lah .

oh , aku sangat rapat dengan kau kan ? aku pun tak ingat macam mana . tapi seingat aku memang aku menyampah dengan kau dulu . sakit je hati dengan kau ni . mungkin penangan pelempang aku masa kita kecil dulu , tu terlebih rapat . ( tips nak baik dengan adik , lempang dia masa kecil ya . haha .. ) oh , sampaikan beli baju mesti sama design . warna lain . aku biru , kau ungu . ni pun aku tak faham macam mana boleh jadi . pernah juga dulu aku rasa malu gila nak pakai baju sama dengan kau . tapi lama lama , nak malu apa . orang lain semua jealous dengan kita sebab diorang tak ada adik beradik nak pakai baju sama . kan kan kan ? hehe ..

emm .. ha .. ingat tak kita pun pernah gaduh dulu . tak bercakap sampai seminggu rasanya . bercakap tu pun sebab aku yang mengalah . yelah . aku dah tak sanggup nak cakap sorang sorang lagi . kau takpe lah . masa tu kau ada boyfriend . aku mana lah ada boyfriend . aku kan tak hot macam kau . HAHA !

NUR AQILAH FAIQAH BINTI ABDUL AZIZ , aku harap kau dapat belajar rajin rajin . tak kisah apa jadi sekali pun , belajar tu yang utama . aku harap juga kau dapat hormat aku as your eldest sister sebab kadang kadang kau terlupa benda tu . ingat ya , bila kau berjaya , kau dapat bahagiakan semua orang . jangan peduli apa orang cakap . buat apa kau rasa betul asalkan tak memalukan diri kau dan keluarga . 

walaupun aku geli nak cakap ni , tapi ...


I LOVE YOU !!!!

hehe ..

your lovely sister ,

2 comments: