Pages

10 December 2011

MELAKA bandaraya bersejarah .

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !

hujung minggu ketiga di semester 4 dan hujung minggu kedua tak balik rumah . oleh kerana taknak membuang masa dengan menghadap laptop dan tengok movie dari pagi sampai ke malam , aku dan mereka - aliah , sikin , ika - pergi lah ke ZOO MELAKA . gerak dari UiTM dalam pukul 11 dengan menaiki teksi , 11.30 macam tu sampai lah .

excited gila semua . ika memang nak pergi zoo tapi tak jadi semester lepas . oh , nak pergi ni pun , sikin yang cadang . aku cuma ajak keluar je . hehe .. bayaran masuk dia rm 7 je . tapi tempat dia , MASYA ALLAH . besar gila ! aku ingatkan zoo melaka ni kecil je . rupanya , BEEEEEESARRRRR !! berpeluh peluh jalan . lencun habis . tengok ni , macam macam kitorang jumpa .


HAHA ! ini namanya jimat broadband . pandai pandai lah tengok ye . ada gajah , tapi gajah dia tak secomel dekat pusat konservasi tu lah . lagipun jauh sangat . tak dapat nak ambil gambar . yang penting , binatang dia sangat banyak , dan tempat dia sangat besar . ( aku tahu , aku dah cakap tadi . hehe .. ) lepas pergi zoo , kitorang pergi makan dekat mcdonalds pula . dekat je kan . jalan kaki je . sampai sana , dengan kebulurnya lunch . lepas lunch ? cadangnya nak pergi ekspo dekat MiTC .

tapi kan , jalan sangat jammed dan teksi sangat tidak menampakkan bentuknya . bas ? lagilah . hehe .. lagipun , MiTC tu aku rasa macam dekat je . macam ampang indah ke bandar baru ampang atau spectrum . jadi , aku pun ajaklah mereka jalan . tapi malangnya , mereka terlalu keletihan selepas pusing dekat zoo . jadi , kitorang pun berhenti lah dekat mydin . walaupun dah nak dekat sebenarnya , tapi tak apalah . muka semua macam nak pengsan je . pusing pusing mydin je lah . beli belah sikit . memang sikit sangat sebab hari ni sabtu kan . tak ada beg plastik . HAHA ! aku cuma mampu beli test pad , biskut lexus dengan cadbury yang kecil kecil tu je . jadilah . hehe ..

lepas tu , BALIKLAH ! nasib baik depan mydin ada tempat teksi . naik lah teksi sampai UiTM . terhuyung hayanglah juga nak menapak sampai tun merah ni ha .. sampai bilik , rehat kejap , lepas tu mandi . perghhhh nyaman nya . rasa macam taknak keluar . HAHA ! sekarang ni , aku tengah tunggu proses gerhana bulan . untung sebab bulan betul betul depan tingkap bilik . hehe .. apa apa hal , aku update dekat facebook ya . yang penting , best sangat hari ni sebab dapat ronda ronda melaka . heee ..

nak upload dekat FB tak tahu bila dapat . kat sini pun jadi lah .


No comments:

Post a Comment