Pages

13 November 2012

End of Part Five

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

First of all, HAPPY DEEPAVALI to all Indians who celebrate it. Have fun! 

Okay. Minggu keempat cuti semester. Aku nak cerita apa yang telah terjadi sepanjang semester lima yang lalu.

Satu. MALAYSIAN ECONOMICS. Lecturer dia agak Islamic. Memang Islamic pun. Tapi sangat sempoi. Kitorang buat tak tahu dalam kelas dia pun, dia tak cakap apa. Cuma kadang kadang tu ada lah yang kena perli perli manja. Tapi serius, beliau sangat cool. Mungkin sebab aku tak suka subjek ekonomi, jadi tak berapa nak ambil perhatian. Dalam kelas pun duduk belakang sekali sambil buat kerja lain. Hehe.. Maaf Prof!

Dua. INVESTMENT MANAGEMENT. Dua minggu kami tunggu lecturer tapi tak masuk masuk. Sanggup tunggu sampai sejam tapi lecturer tak muncul muncul. Cuti bersalin rupanya. Secara jujurnya, bukan kami tak suka subjek ni. Tapi kami tak dapat terima cara lecturer tu. Tapi kami faham. Mungkin lecturer tu teringat kat anak dia kat rumah. Tidak mengapa. Jasamu tetap kami kenang wahai lecturer.

Tiga. CREATIVE AND CRITICAL THINKING. Tiba tiba dapat lecturer Timbalan Rektor. Awal awal kelas seram juga. Tapi lama lama, lecturer yang kena buli dengan kami yang sengal lagi gila ini. Hahaha.. Nasib baik beliau sporting. Banyak benda benda psikologi yang diajari. Banyak berfikir. Terima kasih.

Empat. ORGANIZATIONAL BEHAVIOR. Baaaaaanyak yang nak cerita pasal lecturer ni sebenarnya. Lecturer ni dianggap pelik oleh kami. Macam macam benda yang beliau buat membuatkan kami rasa "dia ni dah kenapa?". Pelajar pelajar beliau je yang tahu betapa peliknya beliau. Koyakkan cover phone student, suruh student datang lambat menyanyi kat depan, bawa video cam masa buat test, macam macam lagi lah! Tapi semua kepelikan itu akan menjadi kenangan bagi kami semua. Hahaha..

Lima. HUMAN RESOURCE MANAGEMENT. Lecturer ni adalah sempoi sesempoi sempoinya. Datang kelas tak bawa buku. Kelas pukul 12.30, boleh ingat pukul 2.30. Group assignment tak mahu yang susah susah. Nak buat makan makan je. Haha.. Paling best, masa beliau belanja satu kelas makan. Sambil belajar, sambil makan. Huihhh.. Seronok bangat! Terima kasih. Maaf kalau kami ini sangat tak senonoh orangnya. 

Enam. SATU KEPALA. Aku rasa sangat seronok semester ni sebab akhirnya aku berjaya jumpa mereka yang satu kepala dengan aku. Yang boleh terima apa yang aku cakap, boleh terima perangai aku, boleh terima lawak aku, boleh terima kemerepekan aku. Akhirnya aku boleh jadi diri sendiri! Hehe.. Terima kasih kepada mereka!!

Ezza, Mia, Sarah, Aiman.

Tujuh. PERPUSTAKAAN. Aku rasa semester ini lah yang aku paling rajin masuk perpustakaan. Dulu masa duduk dalam pun tak serajin ini. Mungkin sebab masa duduk dalam, kena naik turun batu caves, tak larat. Masa duduk luar lah datang kesedaran nak lepak perpustakaan. Habis kelas je, perpustakaan. Kadang kadang tak belajar pun. Tapi sebab aku suka persekitaran dia. Tu rasa tenang je duduk situ.

Lapan. MAKAN HATI. Aku sangat tak suka makan hati. Tapi tiba tiba termakan pula. Bukan salah mereka. Bukan juga salah aku. Mungkin syaitan banyak sangat kot. Kadang kadang terpengaruh. Tidak mengapa. Aku masih belajar untuk mempositifkan diri. Terima kasih kepada keluarga dan kawan kawan rapat yang banyak bagi nasihat, dorongan dan kemarahan. Hehehe..

Sembilan. CLASS EVENT. Semester ini, aku rasa bonding antara kita makin kuat. Banyak lah juga class event yang menjadi. Walaupun ada misunderstanding, gaduh gaduh sikit, bagi aku biasa lah tu. No pain, no gain. Hehe.. Seronok. Semester depan buat lagi ya?

BBQ at Pengkalan Balak.

Buka puasa.

Sepuluh. DUA PULUH TAHUN. Ini sangat terharu. Untuk hari jadi yang ke dua puluh, mereka telah melakukan kejutan (walaupun tak berapa nak jadi sangat. hehe..) masa berbuka puasa. Aku sangat terharu. Mereka beli kek kegemara aku kot. Cheesecake!! Secret Recipe lagi. Terima kasih banyak banyak banyak. Aku sangat sangat sangat menghargainya. (:



Sebelas. OUTING. Semester ini paling banyak aku merayap. Lagi lagi masa tiga minggu awal tu. Sebab bawa kereta, asyik berjalan je kerjanya. Hujung minggu balik Ampang, lagilah. Memang tak duduk rumah. Tambahan ada geng merayap. Haihh.. Habis satu Melaka pusingnya. Oh. Tak ada ponteng kelas ya! Semua aktiviti selepas waktu kelas. Harap maklum. Terima kasih kepada tourist guide.

Dua belas. STUDY WEEK. Semester ni adalah study week yang paling happening. Duduk perpustakaan sampai malam. Pukul 11, 12 baru balik rumah. Pukul 9 pagi dah keluar rumah. Bila lapar malam malam, boleh pula buat Maggi cup atau bubur instant. Hehehe.. Comel je korang ni.



Tiga belas. FINAL EXAM. Semester ini adalah final exam yang sangat menekan. Bayangkan, lecturer semua macam pakat tak mahu keluarkan carry marks. Tak dapat nak target. Cis! Lepas tu, yang keluar carry mark rendah rendah. Menakutkan sungguh! Aku belajar sampai kebas kebas kepala. Mereka sekeliling aku semua takut tengok aku belajar. Takut kesihatan terganggu (comel lah korang ni). Tapi nak buat macam mana. Dah semester lima kot. Aku kena pertahankan apa yang aku dah pertahankan. Itu je harapan aku. Sayang kot. Dah semester lima, tiba tiba terkubur. Haihh.. Menangis sorang sorang aku bila ingatkan benda tu.

Empat belas. RESULT EXAM. Seperti biasa, aku akan melihat keputusan peperiksaan beberapa hari lambat. Kalau semester lepas aku tengok sebulan selepas, semester ni awal sikit. Aku tengok empat hari lambat. Bukan apa. Alang alang umi ayah cuti, boleh lah terus tunjuk kan. Jadi, inilah dia keputusannya.

Alhamdulillah. 

Lima belas. KESIMPULAN. Walaupun semester lima ni aku agak banyak meroyan, tapi semua itu telah ditutup dengan 1001 nikmat lain yang Allah s.w.t beri pada aku. Aku sangat bersyukur untuk itu. Minta maaf atas segala salah silap aku. Maaf banyak mengutuk. Maaf banyak masam muka. Maaf banyak merepek. Apapun, kalian telah mewarnakan hidup aku. Mistake is the best teacher right? ;)





Thank you so much. I love you guys and girls. I really do.

No comments:

Post a Comment