Pages

29 June 2011

salam ISRA' MIKRAJ .

Assalamualaikum anda anda semua ! agak lama rasanya tak post something dekat blog ni kan . banyakkk sangat nak cerita tapi tak ada masa . so , lupakan aje cerita lama . ini cerita baru . hari ini berapa hari bulan ? 29 jun ! oh , bukan bulan masihi tapi bulan hijrah ya . 27 rejab ! yes , 27 rejab . ada apa hari ini ? ISRA' MIKRAJ .

apa itu ISRA' MIKRAJ ? secara keseluruhannya , ISRA' MIKRAJ adalah satu peristiwa di mana Nabi Muhammad s.a.w. telah dibawa berjumpa Allah s.w.t. oleh Malaikat Jibril . apa yang terjadi ? macam macam . antaranya , kiblat umat Islam yang pada mulanya di Baitul Maqdis , ditukar kepada Kaabah di Mekah . selain itu , solat untuk umat Islam , kalau dahulu berpuluh rakaat dan berpuluh waktu solat tetapi dikurangkan kepada 5 waktu sehari semalam di mana rakaatnya 2 subuh , 4 zohor , 4 asar , 3 maghrib dan 4 isya' yang mana masih ramai yang tidak mengambil berat akan hal solat tersebut . okay , lagi apa dia ? ha , Nabi Muhammad s.a.w. juga ada naik seekor binatang yang dipanggil buraq . kalau tak salah , binatang ni sangat pantas ke sangat tinggi . lebih kurang macam tu lah sebab Rasulullah s.a.w. dibawa ke tempat tempat yang berlainan dalam waktu yang singkat . tempat tempat tu semua , kalau manusia biasa pergi , makan masa yang sangat panjang . 

okay , itu antara cerita ISRA' MIKRAJ . aku nak cerita apa yang terjadi di sini , hari ini , semasa ISRA' MIKRAJ . cuaca di sini sangatlah mendung . dari pagi hujan , berhenti , hujan , berhenti . kalau selalu , ada yang mengeluh kenapa panas sangat , hari ni memang nak kena cili kalau ada yang cakap macam tu sebab sejuknya sampai ke tulang . aku rasa macam nak selubung ha . lagi ? oh , hari ini aku ada kuiz MACROECONOMICS dan Alhamdulillah aku rasa tenang menjawabnya walaupun aku tak tahu aku jawab tu betul atau salah . dan aku dapat memahami apa yang pensyarah ajarkan tadi walaupun ada sikit sikit blur . itulah hikmah ISRA' MIKRAJ bagi aku . 

sesiapa yang berpuasa pada hari ini , SELAMAT BERPUASA ! semoga ISRA' MIKRAJ tahun ini membawa erti kepada korang . kepada yang bercuti , SELAMAT BERCUTI ! walaupun aku terpaksa pergi kelas (dua kelas je pun) . baiklah , ceria ceria selalu dan sama sama lah kita beramal untuk kebaikan bersama . SALAM ISRA' MIKRAJ !

*kalau ada info yang salah , harap diperbetulkan . jangan cakap aku buat ajaran sesat pula sebab apa yang aku tulis adalah berdasarkan apa yang aku faham . =)

<3 ,

No comments:

Post a Comment