Pages

01 July 2011

such a TOUGH day !

okay , cerita ni sebenar nya berlaku semalam . tapi semalam aku tak sempat lah pula nak update update ni kan . 30th june 2011 , such a TOUGH day ! 

nak tahu kenapa ? okay , dengar . malam sebelumnya , 29jun2011 , aku ikut budak budak ni pergi rumah tamu sebab ada pemilihan untuk bola baling dan futsal untuk SUKOL . malam tu serius sejuk gila , mungkin kesan daripada hujan yang tak berhenti pada sebelah siang . mula mula , aku boleh tahan . lama lama , aku dah rasa lain macam . tiba tiba mata aku dah hangat dah pastu siap berair lagi . dalam hati aku cakap , "ni confirm demam ni" . aku pun tinggalkan aliah dan sikin kat situ , aku balik dengan asilah (mula mula aku nak balik sorang) . dengan sepenuh hati , aku menggagahkan diri mendaki bukit tun merah yang TERCINTA ni , terus aku pergi mandi , selubung badan dengan selimut . ingatkan dapatlah menenangkan diri dalam keadaan macam tu , malangnya banyak kali juga aku terjaga disebabkan perkara perkara tertentu (tu cerita lain , lain kali aku cerita) .

seterusnya , kita ke 30jun2011 . pagi tu , aku rasa okay je macam biasa . ingatkan dah baik dah . pukul 2.30 , masa kelas BEL311 . tiba tiba aku lain macam . nak kata aircond , dah semester 3 , takkan lah tak biasa lagi kan ? tapi serius SEJUK GILA ! aku pergi toilet , rasa nak muntah pula . mula mula tak keluar apa apa . masuk balik kelas . tak sampai berapa minit , aku pergi toilet balik . akhirnya , aku berjaya mengeluarkan nasi yang aku makan tengah hari tadi (tak senonoh kan aku , nasib lah) . rasa nak rabak juga lah tekak aku . rasa macam semua isi perut nak keluar . sabar je lah aku . itu pun aku terfikir nak masuk kelas balik ke tak sebab aku dah rasa pening dengan aircond dia . yang penting , habis je kelas , aku terus pecut balik bilik tanpa melihat orang sekeliling . HAHA !

30jun2011 petang , balik tu aku terus selubung . dengan tudung tak buka , stokin pun pakai lagi , memang buruk rupa aku . SANGAT TAK LARAT ! aku dah terfikir fikir nak ponteng kokurikulum , tapi fikir balik , mereka suka buat benda benda secara tiba tiba , aku pergi juga . dengan tudung tak siap pin , dengan muka macam apa , dah macam mati laki dah aku ni . masa kat padang kawad , aku dah bersandar dekat ima dengan pai'en . thanx korang bagi pinjam badan . oh , buat pertama kali aku masuk toilet dekat padang kawad tu ha . weh , aku rasa nak baring je weh kat situ ! tak sanggup dah !

habis kokurikulum pukul 7 , 8.15 ada kelas pula . aku dah sebulat hati , nak pergi lambat sikit . tapi tak adalah lambat mana pun . yang penting , aku sempat mandi tau sebelum pergi kelas . walaupun masa tu orang dah sibuk sibuk suruh cepat , aku buat pekak je . aku dah rasa nak mandi sambil baring dah masa tu . dalam kelas , mengantuk pula . sabar je lah ! nasib baik balik tu dah baik sikit .

hari ini , 1julai2011 , ALHAMDULILLAH , Nur Awatif Fatihah binti Abdul Aziz sudah sihat ! walaupun tak pasti sihat sepenuhnya atau tak , tak kisah lah asalkan aku dah boleh bangun , itu dah cukup . maaf lah umi , merisaukan umi je . kakngah punya pasal lah ni . mesti cerita kat umi semua ni kan . adoi !

baiklah semua , doakan kesihatan saya ya ! dan jangan lupa , jaga kesihatan anda sekali . sesunggunya nikmat kesihatan hanya datang sekali , dan janganlah kita mensia siakannya . renung renungkan dan selamat beramal . =D

<3 ,

No comments:

Post a Comment