Pages

28 August 2011

i got my CONFIDENCE back !



OH , IT WAS AWESOME !! aku berjaya drive sampai WANGSA MAJU !! hahahha . . mesti ada yang cakap , " eleh , AMPANG ke WANGSA MAJU tu berapa minit lah sangat . " tapi kan , ini first time my daddy bagi bawa . selalu nya ayah memang bagi cuma aku yang tak berani . tapi kali ni , GILA BERANI !! 

mula mula , pergi isi minyak . (rekod juga ni) . lepas tu pergi ambil kawan adik aku , PIKA kat bustop FLAT KOSAS . lepas tu ambil kawan dia sorang lagi , AIN , kat rumah dia kat KOSAS juga . lalu kami berempat pun bergerak ke CARREFOUR WANGSA MAJU menaiki KELISA yang dipandu oleh aku . AKU ?! ya aku . HAHA ! gerak pukul 5.30 petang , sampai pukul 6 . tersesat kejap cari CARREFOUR sebab salah simpang . hehe . . lepas tu lepas tu , tunggu kawan adik aku sorang lagi , ISMA . dan pergi lah mengorder McDONALD . makan apa ? GRILLED CHICKEN BURGER ! wohooo !! 

okay , lepas makan sempat lagi pusing pusing . beli OREO McFLURRY pula . (sekali sekala nak tukar taste . selalu beli sundae je kan) . dalam pukul 8.30 macam tu gerak pergi AMPANG POINT pula . sampai AMPANG POINT pukul 8.45 . (bayangkan , pergi 1/2 jam balik 15 minit . haha) . mula mula ingat taknak turun sebab parking macam penuh . then dapat parking depan mata pula kan , turun je lah . mencari inner untuk baju raya . malangnya tak jumpa . kena lah cari alternatif lain . nak tahu macam mana ? tunggu gambar raya . =) oh lagi satu , terserempak dengan EZWAN HARUN kat BASKIN ROBIN dengan mak dia . nasib baik dia kenal aku lagi . HAHA !

pukul 9 ke 9 lebih macam tu , gerak balik . mula mula hantar PIKA kat LEMBAH JAYA UTARA . oh , nasib baik aku sempat brek masa sorang mamat motor ni tiba tiba muncul kat depan !! kalau tak , memang mati aku rasa . GILA BETUL ! okay , selepas menempuh gelap kat LEMBAH JAYA UTARA tu , hantar AIN pula kat TAMAN KOSAS . lepas tu baru balik . sampai rumah 10 minit sebelum pukul 10 . sama time dengan umi ayah balik tarawikh . hehe . . 

kesimpulan nya , aku sangat bahagia sebab dapat balik semangat untuk drive . sebab sebelum ni aku macam fobia sekejap nak drive . lepas ni , boleh lah drive lagi jauh . mana tau , lepas ni dapat bawa kereta pergi LENDU . hehe . . 

okay , esok masa untuk kemas rumah . tunggu cerita raya aku nanti ya !

lots of LOVE , 

No comments:

Post a Comment