sebenarnya lah kan , aku tak patut pun emo . TAPI ... aku tak tahu lah kenapa . aku terlampau bahagia sangat ke hari ni ? macam tak je . tapi KENAPA ?!
habis je kelas BEL211 , aku terus pergi library sebab nak study kuiz QMT181 . bayangkan , pukul 10 habis BEL , QMT pukul 2.30 . kalau aku balik , boleh tidur berjam jam . sebab apa ? KUIZ JE ! sejak aku masuk sini , aku tak pernah cakap "kuiz je" sebab aku tahu markah kuiz pun dikira dalam pointer nanti . betapa gila nya aku menjaga pointer !
mesti korang tak faham kenapa aku merepek banyak ni kan ? tapi kalau siapa kenal aku , mungkin faham kot . (walaupun sebenarnya aku pun tak faham diri aku sendiri). cerita dia macam ni ... AKU DAPAT 63% SAHAJA UNTUK TEST 1 QMT181 !!!!!!!! diulang sekali lagi , SAHAJA ! aku dah macam tahan nak nangis dah masa tu . aku senyummmmm je . tapi lama lama aku dah tak tahan . mengalir juga air mata aku dalam kelas tu . lepas tu macam okay sikit . tapi tiba tiba dada aku rasa macam berat . so , dengan segala hormatnya aku pergi bilik air dan lepas kan semua nya ! bila masuk kelas , dengan spontan nya REDHA membahan cara aku kelar tadi . HAHA ! serius kau sengal !
lepas dapat test 1 , kena buat kuiz pula . dan dengan EMO nya aku jawab kuiz tu . rasa nak cepat siap , hantar , lepas tu blah je . tapi dalam pada tu aku waras lah sikit . sebab kalau emo sangat takut pisang berbuah berkali kali . aku check lah juga satu satu jawapan tu . mudah mudahan betul semua Ya Allah ! aku dah tak sanggup dah nak hancurkan hati sendiri . dan yang lebih penting , hati AYAH dengan UMI .
haaaa.. jangan nak nangis dulu sebab air mata aku baru bertakung ni . (mana boleh lawan tokey ! ) . aku nak sambung cerita ni tapi malas nak nangis bulan bulan puasa ni . okay okay jap . aku sebenar nya bukan apa . aku takutttttt sangat kalau pointer aku jatuh . sebab selalunya , sekali aku jatuh , aku dah takkan hirau pasal benda tu . makna nya aku takkan usaha terbaik lagi dah . itu yang aku takut . pointer tu semangat aku !
apa aku nak buat ni ? okay awatif , lupakan cerita sedih ni dan mulakan hari baru . sebenarnya kau dah mulakan pun daripada minggu ni kan ? teruskan usaha NUR AWATIF FATIHAH ABDUL AZIZ ! ramai orang sayang kau ! ramai orang support kau ! ramai lagi orang sudi tolong kau ! so , kau kena balas jasa mereka semua ! kuatkan azam , tingkatkan usaha ! KAU BOLEH AWATIF !
:'(
kau boleh awatif.aku yakin sangat2.aku doakan kau berjaya dapat pointer yng tinggi lagi.doakan aku skali.=p
ReplyDelete