olla ! okay , first of all , what is your first impression when you read my title ? GATAL ? GEDIK ? MENGADA ? JIWANG ? HAHA ! maaf lah . aku cuma nak share something yang aku rasa menarik . perasan tak , sejak kebelakangan ni , banyak program program keislaman dekat TV tu tunjuk pasal topik topik macam ni ? ke ada yang tak layan program macam ni ?
okay , aku nak cerita pasal program TANYALAH USTAZAH yang aku tengok minggu lepas . ( maaf , aku memang suka buat siaran tertunda ) . tajuk untuk hari tu ialah BAHAGIA HAKIKI . ustazah masa tu ialah DR ROBIAH KULOP HAMZAH . ada yang tanya , betul ke kebahagiaan tu hanya untuk orang tertentu sahaja ? dan ustazah tu jawab , kebahagiaan untuk SEMUA orang . yang penting , orang tu kena cari kebahagiaan untuk dia . setiap orang ada erti kebahagiaan yang tersendiri . ada orang yang orang lain tengok sedih sangat tapi bagi dia , dia bahagia . ada orang yang cerita bagai nak rak pasal kehidupan dia tapi padahal tak bahagia . betul tak ? oh lagi satu , yang ni aku kena perli dengan nenek . pasal cinta sesama manusia . ustazah tu cakap , CINTA ALLAH , CINTA RASUL DULU , BARU CINTA MANUSIA . dengan tiba tiba nenek ulang balik apa yang ustazah tu cakap . HAHA ! aku pun macam , ye nekkkk . oh , yang lain pun kena ingat ya . cinta manusia hanya sementara . cinta Allah dan Rasul selama lamanya . =D
oh , bukan setakat rancangan ni je tau . ada program lain pun cakap pasal topik yang lebih kurang . macam SEMANIS KURMA , AL KULIYYAH pun sama kalau tak salah aku . mungkin sebab sekarang ni banyak sangat kes kes cerai atau banyak kes kes sosial ni kan . hmm .. bagus juga . yelah . remaja remaja sekarang ni kan konon hidup penuh STRESS . stress apa pun aku tak faham . stress yang dicari sebenarnya . kan ?
apa apa pun , selamat mencari kebahagiaan abadi dan cinta sejati korang . ingat ye , cinta dan bahagia tak datang dengan sendiri . mesti ada usaha untuk mencari . oh , setiap benda kat dunia ni memang kena cari . Allah tak suka hamba yang suka meminta tanpa usaha . RENUNG RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL !
* maaf kalau terguris , terasa , terluka dan segala ter lagi . blog ni untuk memuaskan hati dan menasihati diri aku sendiri sebenarnya .
yang sentiasa bahagia ( InsyaAllah ) ,
No comments:
Post a Comment