Pages

02 October 2011

panjang kaki , eh .. panjang langkah !

olla ! how are you ? i'm fine , thank you ! HAHA ! maaflah terlebih happy pula tiba tiba kan . oh , apa yang panjang panjang ni ? sebenar nya , peribahasa ni macam dah selalu sangat diberikan pada aku . panjang kaki ? kaki aku memang panjang . hehe .. panjang langkah ? sebab aku selalu tak lekat kat rumah bila balik cuti . ukur KL konon nya . =D

bukan aku taknak duduk rumah , tapi sebab aku memang tak keluar bila kat melaka , jadi bila balik ni lah aku ambil angin (alasan baik punya ) . hehe .. okay . nak cerita pasal aku telah melenjan kereta kelisa umi dengan sebaik baiknya . cerita nya begini . semalam , aku bersama qila dan danish , memang dah plan nak pergi tengok BINI BINIKU GANGSTER . oleh kerana hari cuti , pergi lah WANGSA WALK sebab ada kereta . sebelum pergi tu , umi pesan , singgah lah rumah maktok . sebab boleh betulkan lampu kereta sekali . oh , sebelum balik tu , sempat lah karaoke lepas tengok wayang . HOHO ! dalam pukul 5 ke 5.30 macam tu , gerak pergi rumah maktok dekat DANAU KOTA . panjat tingkat 9 , solat dulu , lepas tu bawa kereta pergi PERODUA ditemani atuk mahadi dan qila . atuk cakap , aku pass dah bawa kereta ! WOHOOO ! =P

okay , mula mula nak balik sebelum 7 sebab lampu tak nyala . bila dah betulkan , ingat nak balik lepas maghrib sebab tak puas main dengan faris . bila turun rumah maktok nak ambil barang , maktok pula sedih sebab kitorang nak balik . mula mula ingat macam nak balik lambat lambat sikit tapi umi dah bagi permission tidur sana , kami bertiga pun bermalam lah kat situ .

esok pagi nya , hari ni lah kan , maktok ajak pergi PASAR TANI . jadi , aku , qila , danish , maktok dan juga buyut , pergi lah pasar tani pukul 8 pagi . sebelum pergi tu dah sarapan dulu dah . jemput jemput . bila balik pasar tani sejam kemudian , makan lagi . tahu apa ? SATAY ! jangan main main . kitorang sarapan satay tau . hehe .. okay , pendekkan cerita . tengahari aku dengan qila yang kena masak sebab maktok pergi marhaban . dan bila aku masak , kena lah mengelat sikit kan . sup je lah jawab nya . hehe .. pakai ayam yang beli kat pasar tani tadi . okay , lepas tu umi , ayah , dzarif datang sebab kitorang beritahu atuk suruh datang . ( tapi memang betul tau ) .

lepas tu , balik rumah , bantai konvoi dengan ayah . sebab nak pergi beli rice cooker baru . pergi lah CARREFOUR AMPANG . yang kat hulu langat tu tau . lepas beli tu , jalan jalan sikit . oh , terserempak CIK FARHAH FIRHAT pula . dengan sorang lagi budak SMKTK juga aku rasa . lepas tu , balik lah . tapi umi , ayah , dzarif balik dulu sebab aku , qila , danish nak pergi tengok tempat danish nak lawan bola esok . aku perasan macam dia cakap benda tu dekat SMK BANDAR BARU AMPANG . tapi rupa nya dia dekat padang dekat KONDO BANDAR BARU AMPANG . dah tak pasal pasal aku terlanggar lubang yang ku sangka cetek itu sehingga kereta terberhenti seketika di simpang empat sebelum traffic light . ( okay , umi ayah jangan panik . oh , jangan marah juga ! ) . tapi sekejap je . lepas tu dah okay dah . hasil daripada tak gelabah aku . ( konon . HAHA ! ) . 

balik rumah , lepas mandi tengok ada received call dari encik fareez . lepas tu masa baru nak solat asar , dia ada call lagi . aku dah pelik dah . qila dengan muka selamba nya cakap , " tak ada jodoh betul " . huiiiii .. choy choy choyyyy .. okay . aku pun misscall lah fareez . ( kedekut sikit ) . dia call balik . cakap " be accident tadi " . amboi .. suara macam bahagia je accident kan . HAHA ! luka sikit kat tangan sebab kena langgar budak baru belajar bawa motor depan rumah dia . hehe .. nasib kau lah . masuk muay thai boleh , luka sikit pedih . mengada lah tu ! tapi tak apa lah . motif dia nak beritahu je . semoga cepat sembuh ya !

okay lah . aku dah penat . sakit pinggang pun ada . nanti aku sambung lagi kalau ada cerita best . selamat beribadah . jaga kesihatan . teruskan berusaha mencari pahala di dunia . ( tak tahu apa motif aku ) . jumpa lagi !

yang BANYAK cerita , 

No comments:

Post a Comment