Pages

16 February 2012

aku P E N A T !

Assalamualaikum dan selamat pagi buta .

aku baru habis meeting pukul 12.15 tengah malam tadi . meeting apa ? haih .. apa lagi , KU'MUDA laaaa . sekarang semua sibuk cakap susah nak jumpa aku sebab aku asyik tak ada kat bilik je . but wait ! that's not the purpose why i want to write this entry . 

aku nak cerita pasal meeting tadi . aku duduk situ , aku tak bercakap pun . kecuali angguk , senyum , geleng , kelip kelip mata . kalau cakap pun sepatah dua . sebab apa ? AKU RASA SANGAT PENAT !!

mesti korang buat muka sinis kan ? yelah . dulu kata tak kisah , tak penat , suka , minat , bla bla bla .. sekarang , ambik kau !! eh , relax sudah . siapa yang patut emo ni ? aku tak cakap aku penat macam yang korang rasa tu . bukan penat budak uitm lendu kena menapak naik turun tun merah . bukan bukan ! aku cuma penat nak melayan orang yang tak matang . aku penat nak layan mereka yang sangat emosional . aku penat nak menjawab benda tak penting . aku penat nak datang meeting yang tak ada kesimpulan !!

aku rasa nak menangis je sekarang ni . tahu tak , benda benda ni semua patut jadi benda yang fun . tak ada orang yang patut sakit hati . tak ada orang yang patut stress . tak ada orang yang patut resign !! ni tak , lepas sorang , sorang resign . lama lama nak suruh siapa yang buat semua kerja ?! aku penat lah macam ni ..!!

fine lah . aku faham korang muda lagi . ( setahun je pun beza ) . tapi tolong lah faham orang lain sekali . sekarang dekat universiti . bukan dekat sekolah . tolong lah matang sikit . tolong lah belajar hormat orang . tolong lah belajar percaya pada orang lain . 

eh , sumpah aku penat datang meeting semata mata nak dengar orang lain membebel benda yang sama dan semua nak tuduh menuduh . aku ada kerja lain lah nak buat !! patut kau dah ambil jawatan tu , tanggungjawab lah sikit . semua satu organisasi kan . apa salahnya tolong menolong . ni sikit sikit , " eh , tu bukan kerja saya " "eh , .... " " eh , ..." . aduhhhhhh .. PENAT LAHHHHH !! 

aku tak tahu lah lepas ni aku ada hati ke tak nak datang meeting tu . kalau ikutkan , aku nak je cakap , BATALKAN JE TEAM BUILDING TU . tapi tu lah masalahnya . kalau bagi cadangan , serupa tak payah bagi . semua ada " buah fikiran yang bernas " kan . kena lah tonjolkan kehebatan masing masing . 

sakit kepala aku . weh , serius cakap . pegang 4 5 jawatan dekat sekolah pun tak sakit otak macam pegang 1 jawatan untuk kelab yang dah nak roboh ni . aku bukan nak burukkan kelab sendiri tapi serius cakap aku dah tak ada hati . aku cuba buat kerja aku elok elok . tapi kalau aku tak ada perasaan lepas ni , jangan salahkan aku .



No comments:

Post a Comment