Pages

24 February 2012

hujung minggu yang HEBAT !

cerita hujung minggu aku bermula pada hari jumaat bersamaan 17 februari 2012 . apa yang hebat ? kelas aku hari jumaat pukul 10.30 pagi sampai 12.30 tengahari . tapi aku dah beli tiket balik KL pukul 12.30 tengahari . masa lecturer ajar , aku dah macam " jangan lah habis lambat " . hehe .. dah lah tu . kena marah dengan redha sebab tak bagitahu dah beli tiket bas . sebab dia nak hantar balik . aku cakap nanti faziana segan . sebab aku balik dengan faziana . dipendekkan cerita , sampai TBS pukul 1.30 macam tu kot . cepat kan ? tapi lepas babai faziana , aku melambatkan masa aku dengan pergi solat dulu segala . lepas solat , tengok ada 2 miscall 1 mesej . ( bateri pun low masa tu ) . ada miscall umi dengan fareez . fareez mesej tanya balik dengan apa . cakap naik LRT , lepas tu , depan mesin token LRT tu dia call . ( aku melambatkan proses memasukkan duit . mesti bengang orang belakang tu . maaf ! ) oh , fareez nak jemput ! ingat nak suruh ambil dekat TBS , tapi dia baru bangun . ambil la dekat LRT ampang . tak cukup kena marah dengan redha , kali ni kena bebel dengan fareez pula . dia kata " kenapa tak bagitahu awal awal nak balik ? kalau tak boleh ambil kat lendu . orang daripada melaka tahu tak . bla .. bla .. bla .. " . haihhh .. dia pun reti bagitahu ada dekat melaka kan . oh , sampai je depan rumah , aku dah macam confused siapa yang patut gelabah . ada ke dia macam taknak berhenti kereta tu sebab masa sampai depan rumah tu nenek tengah angkat baju dekat ampaian . hehe .. bila tahu fareez yang hantar ( selalunya nama zamir yang terlintas dalam kepala nenek ) , nenek cakap " ehh .. boleh tahan jugak kau ni " . HAHAHAHAHHA ! 

itu cerita hari jumaat . aku tahu ramai yang nak tahu cerita untuk hari sabtu bersamaan 18 februari 2012 . ada apa ? sebelum tu , untuk pertama kalinya aku sesat di tempat sendiri ! memalukan ! macam ni . oleh kerana rumah aku banyak kemudahan pengangkutan dan dekat dengan bandar yang maju tu , aku gerak dari ampang pukul 6 petang . naik LRT sampai HANG TUAH lepas tu naik monorail sampai IMBI . tapi tak jumpa tempatnya . sempat pusing pusing sungei wang plaza . lepas tu mesej sikin , dia kata ayah adila kata naik monorail sampai MAHARAJALELA . ( aku terpaksa patah balik ) . akhirnya , pukul 6.40 petang aku sampai ! ke mana ? ini dia ...

LIVE AT STADIUM MERDEKA , KL .

oh , aku dari ampang seorang diri . lepas tu tunggu sikin , adila , suraya dengan adil yang datang dari lendu .  ada kakak sikin juga dari shah alam . bayangkan , pintu buka pukul 7 malam tapi kitorang dapat masuk pukul 8.30 malam ! padahal kitorang berdiri depan pintu masuk tu je . nak tahu kenapa ? sebab ada sesi spotcheck kamera segala . sampai siapa bawa botol air tu kena campak ! ( botol air aku terselamat sebab aku lalu jalan yang betul ) . ada juga kes tertentu yang membolehkan kita kenal mana kawan mana lawan . 

enough about that ! konsert ni mula pukul 8.45 malam . lagu 1st yang avril nyanyi ialah WHAT THE HELL . aku tak sedar tajuk lagu aku nyanyi sampai lah dah nak habis . ( aku ingatkan tu lagu GIRLFRIEND . HAHA ! ) nasib baiklah banyak juga lagu lagu dia yang aku tahu . macam I'M WITH YOU , SK8ER BOI , GIRLFRIEND , I LOVE YOU dan termasuk lagu WISH YOU WERE HERE dan WHEN YOU'RE GONE yang aku baru karaoke dengan faziana dan emy masa hari khamis hari tu . hehe .. 

tahu tak , avril tu COMEL GILA ! aku ada baca dekat paper . mereka cakap avril buat aksi ' nakal ' . tapi bagi aku dia buat aksi ' comel ' . sambil nyanyi lambai lambai , buat flying kiss , lompat lompat ( aku tak tahu apa nama lompatan tu ) , macam macam lah . setiap kali dia buat aksi aksi tu , semua menjerit .

oh , sebelah kiri aku , ada mamat cina duduk tau . dia macam baya baya aku juga lah . tapi serius macam skema gila . yang buat aku tergelak tu , kemain layan lagi lagu avril . nyanyi semua lagu . tapi aku rasa , aku dengan dia je yang boleh dengar . HAHA ! dalam hati aku cakap , " boleh tahan juga mamat ni dalam pada skema skema tu " . hehe ..

hmm .. dalam pada tengok avril nyanyi , konsentrasi terganggu bila nampak lampu suluh dekat tangki air . ingatkan ada gimik ke apa . bila tengok balik , nampak ada 3 orang duduk dekat tangki air tu . tak tahu la apa mereka buat dan siapa mereka . ada sekali tu salah seorang daripada mereka sempat pusing keliling tangki tu . hmm .. ada kemusykilan di situ .

back to the concert . lagu yang paling aku tunggu ialah I LOVE YOU . first time aku dengar lagu tu , aku dah jatuh cinta dengan lirik dia . ( cewahhhh ! ) . tapi malangnya , masa avril nyanyi lagu tu , aku tak dapat menghayati dengan baik . aku agak geram masa tu . tapi nak buat macam mana . SABAR JE LAAAAA !

konsert habis dalam pukul 10.30 malam macam tu . rupanya , sikin dengan adila dah terlepas ke depan pentas . sebab ada sekali tu , mungkin orang dekat situ ingat konsert dah habis , so mereka buka pagar . apa lagi , ramai gilaaaaa yang berlari ke pentas tu . aku duduk dengan kakak sikin je sebab sikin dah pergi berdiri dengan adila . bila dapat peluang , apa lagi kan . lagi pula sikin tu peminat tegar AVRIL LAVIGNE . excited habis dia ! hehe .. ni antara gambar gambar dekat sana ...



okay , ikut perancangan aku nak tidur rumah kakak sikin dekat shah alam . tapi last minute , umi tahan . yelah , tak remaja lah pergi konsert bawa beg baju macam nak balik lombok kan ? jadi , habis je konsert , aku minta kakak sikin turunkan aku depan klcc . ayah dengan umi yang ambil . oh , balik rumah , aku dah lapar gila . sampai 2 PINGGAN nasi beriyani aku telan . best best !

seterusnya hari terakhir di ampang . hari ahad bersamaan 19 februari 2012 . buat apa ? kejap . aku dah lupa aku buat apa . HAHA ! yang pastinya pagi tu pergi sarapan dengan family aku semua . lepas tu ? aku lupa lagi . hehe .. tapi paling best sekali masa nak balik lendu . aku balik dengan sikin . kitorang gerak dari tempat masing masing pukul 5 petang . AMPANG vs SHAH ALAM . tapi aku lah sampai dulu . setengah jam je dah sampai . aku sempat lah makan aiskrim dulu semua . hehe ..

aku dah risau dah sampai lendu lambat . sebab malam tu ada penutup OPEN COLLEGE . akhirnya , sikin sampai juga TBS pukul 7 . jadi , kami pun ambil la tiket ke lendu pukul 7.30 malam . sampai lendu pukul 9 . terus berlari mendaki bukit tun merah , mandi , solat , turun balik pergi padang kawad untuk memeriahkan open college tu . hehe ..

begitulah kesudahan cerita aku untuk hujung minggu yang lepas . minggu ni aku ada team building pula dekat KAIZEN , PULAI . harap harap best lah ya . aku dah lama tak bermesra dengan alam semula jadi ni . jangan tempat tu mengecewakan aku sudah . doakan keselamatan aku . doakan juga aku selamat pergi dan balik . okay ! see you when i see you . ;)

p/s ; maaf cerita panjang lebar . excited sangat lah katakan . hehe ..


No comments:

Post a Comment