Pages

27 April 2012

15 hari... TANPA CUTI!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

setelah melarikan diri beberapa ketika, aku terasa rindu nak membebel. ada baaaaaaanyak benda aku nak cerita selama 15 hari aku bekerja. TAK ADA CUTI LANGSUNG okayyy!! macam robot dah aku rasa. meh meh. aku ada buat list untuk korang.

BOSAN... ini lah yang aku rasa tiap tiap hari selama 15 hari ni. bayangkan, satu hari aku kerja 12 jam. 4 hari je aku kerja berdua. yang lain, aku sorang sorang. nak borak dengan siapa? patung tu? kalau patung cendana tak apa juga. nak pusing pusing pun, tak tahu nak ke mana dah. orang datang pun, berapa jam sekali. aduhhh.. bosan!!

PELANGGAN... pelanggan yang datang, boleh tahan menjengkelkan. aku ingat masa kerja waitress dulu je. ni pun ada juga. masuk masuk, bajet tahu semua benda pasal baju. bayangkan, hari kedua (kot) aku masuk, ada orang tanya - ni kain apa ek? kenapa mahal? are you sure you know everything about batik? you must know. bla bla bla.. kepala otak kau! aku nak warm up pun tak sempat, kau dah tanya aku macam macam apahal?!! buat spoil mood aku je. huh!! tapi dalam ramai ramai pelanggan, tempatan, mat saleh, arab, korea, china, aku suka satu pasangan mat saleh ni. bos aku buat hal dengan dorang. dorang tetap nak jejak bos aku dan tak menyusahkan aku. suka!!

ANA YUSRA BINTI ABU OTHMAN... nama ayah dia macam nama ayah ex-roomate aku. sebab tu aku ingat. hehe.. oh, siapa dia ni? ini lah partner in crime aku. tapi untuk 3 hari je. sebab lepas tu dia berhenti. macam macam jadi dekat dia ni. kena tuduh curi baju. kena tuduh curi duit. tapi, masa aku kerja dengan dia, nampak okay je. dia baru lepas SPM. datang dari perak. kesian juga aku tengok dia ni. aku cuba tolong dia selagi aku boleh tolong. tapi takat tu je lah. harap harap aku buat benda yang betul kan. ana, setiap hari adalah proses pembelajaran. kita buat cool je okay? (:

MIMPI... setelah beberapa hari bekerja, tiba tiba ada sekali tu, aku berdiri pada kedudukan yang sama macam mimpi aku dulu. serius ni mimpi. buka dejavu!! aku pernah mimpi dulu, aku kerja dekat satu kedai yang aku TAK PERNAH jejak. dan bila fikir balik, butik yang aku kerja ni, aku memang tak pernah masuk walaupun dah banyak kali datang ampang point. selalu jeling je. tak pernah terfikir nak masuk. nampak tak yang aku memang ditakdirkan kerja dekat sini?

CUTI... lepas ni, perkara kedua aku akan tanya bakal majikan aku selepas gaji ialah- CUTI. menyesal aku tak terfikir nak tanya pasal cuti hari tu. tak pasal pasal aku kena kerja tak cuti cuti. dah lah tu. kerja 12 jam sehari. pengsan!! dengan aircond yang kuat lagi. dengan tak ada orang. perghhh.. boleh sewel juga lah kadang kadang.

REHAT... masa rehat pun lagi satu hal. aku dah lah sorang sorang. macam mana aku nak beli makanan semua? kadang kadang aku makan roti je. tu pun beli dekat giant. jimat duit. hehe.. sebab bila balik rumah, ada nasi. pernah juga lah aku minum air je sepanjang 12 jam tu. sebab rasa macam malas nak makan. hehe..

STOK... masalah kira stok. memang pagi pagi kerja aku kira stok yang berlambak dan tak tahu dari kurun berapa tu. lepas tu, aku ni pula boleh lah tahan jujurnya kan. bila stok terkurang, aku pun buatlah report dekat bos. bos pula nak salahkan staf lama dia tu. walaupun budak tu dah berhenti. bila aku kira lagi, tak cukup, dia boleh salahkan aku sebab baca buku. yang tu aku angin. kau nak suruh aku tengoooookkk je barang barang kau tu sampai juling biji mata ke? erghh!!

ARTIS... sejak sejak berpindah rumah ke ampang point ni (ampang indah rumah kedua ya sekarang), boleh kata tiap tiap hari nampak artis. antaranya- lan kristal, kazar, watie elite, joey daud, maimon mutalib, kuza, linda jasmine, aishah, marissa yasmin, rebecca nur al islam, pierre andre, lisdawati, dan yang terbaru tadi aku jumpa zamarul hisham. yang lain lain pun ada juga. ada pelakon pelakon yang aku biasa tengok tapi tak tahu nama. hehe.. oh, yang bajet retis pun ramai. (:

BOS... awal awal aku masuk, aku memuji muji bos aku ni dalam hati. nampak beriman, soleh, baik sesangat lah. macam di bawah lindungan kaabah gitu. dah lah selalu bagi aku makan free. jimat duit aku kan. tapi lama lama. ambil kau!! menyampah pula aku tengok bos aku ni. macam nak pijak pijak je muka dia. sakit hati betul. suka lari dari tanggungjawab. dah lah tu. suka tegakkan benang yang basah. dah terang terang benda tu salah, lagi nak cakap betul. lepas tu nak salahkan orang lain. alih alih, aku juga kena. suka bermuka muka. depan cakap lain, belakang cakap lain. berlagak pula tu. huh!! menyampah aku!! sekarang ni memang selalu aim dia aje lah. dah lah cakap pelat. cakap melayu pun bersepah. kau orang apa hah??!! 

MARAH... ada satu hari tu aku memang marah betul dengan bos aku. tak habis habis nak bagi masalah dekat aku. padahal benda tu dia yang silap, saja nak pusing cerita bagi kena aku balik. eh, menyampah gila la wa cakap lu. macam nak pijak pijak je muka dia rasanya. dah lah cakap putar belit. semua benda nak buat tapi habuk pun tak ada. ergh!!

MENANGIS... aku ni pula bila marah yang terlampau, mula lah air mata nak keluar. ishh.. spoil gila kan? boleh pula marah sambil keluar air mata. hmm.. satu hari tu memang air mata aku mencurah curah je. adik adik aku dengan umi pun pandang sayu je. haha.. serius weh!! dia taknak berhenti. cerita sikit nangis. cerita sikit nangis. hikmah nya? adik aku belikan aiskrim choco top dekat McD. hehe.. best kan? ;)

BAJU KURUNG... sekarang macam naik menyampah bila tengok baju kurung. semuanya gara gara bos aku yang sengal nak mampus tu!! sakit je hati. ish.. tak boleh nak cakap lah sakit dia!!

CHINESE BOY... okay. lupakan seketika kisah kisah luka itu ya. nak cerita pasal mamat cina ni. handsome gila nak mampus!!! lagi handsome daripada jiran sebelah rumah aku ya. serius handsome. dia teman mak dengan nenek dia shopping. alalaaaaa.. sweet nya! sempat lah juga main main mata. bukan apa. masa tu kebetulan ada pelancong china datang. lepas tu dia boleh speaking cina dengan aku (tahu lah muka aku ala ala cina. haha..). mana lah aku nak faham kan. aku pun buat lah isyarat mata dekat mamat tadi. nasib baik lah dia tolong menjawab. alahaiiiii.. cair nya!! agak agak bila kita boleh jumpa lagi? hehe..

MINYAK LINTAH... dah kenapa cerita minyak lintah? haha.. takde. sejak sejak kerja butik ni, baru lah aku tahu kegunaan minyak lintah. butik ni ada jual minyak lintah tapi sepanjang aku kerja, belum ada lagi orang yang membelinya. nak tahu kegunaan dia? haha.. tak perlu kot. yang tahu tu, tahu lah. yang tak tahu, google sendiri ye.

GUARD... kau ingat dekat UiTM je ada guard suka merayau? dekat ampang point pun banyak tau! aku tak tahu lah kenapa. tapi sekarang memang guard dia selalu pusing pusing. mungkin bos aku yang arahkan. (who knows?). hari tu ada sorang guard ni tiba tiba masuk dalam kedai. siap boleh bergurau senda lagi dengan aku. esoknya, masa aku nak beli barang dekat giant, dia juga tegur aku. peliknya, dia boleh cam aku padahal aku tak pernah jumpa dia sebelum ni. jeng jeng jeng...

BAYANGAN GURAUAN vs SLAM... ni dah cerita apa? takde takde. aku tak kira. aku nak cerita juga. sejak sejak kerja sini, aku rasa tiap tiap hari aku dengar lagu SLAM dengan lagu bayangan gurauan dari kedai speedy tu. yang bayangan gurauan tu, satu hari, ada lah 2 3 kali aku dengar. dalam hati aku, "speedy ni perli aku ke apa?". (ex-bf fanatik SLAM plus, aku kenal dia daripada lagu bayangan gurauan). macam dah tak ada lagu lain nak pasang. adehhh..

* * *

okay. cukup lah tu. eh, tapi tak habis lagi. kalau tadi, kesimpulan daripada cerita beberapa hari lepas, yang ni aku nak cerita latest punya. untuk 26april2012 hari khamis. 

KAK IJA... aku rasa aku memang ditakdirkan mempunyai kenalan kenalan yang mempunyai nama panggilan "ija". hehe.. eh, lupa nak kenalkan. siapa kak ija? namanya MASRAIZA. dia lah partner in crime baru aku. itu pun selepas aku membuat keputusan untuk berhent kerja minggu depan, baru bos tu sibuk nak cari orang baru. umur 23 tahun. dah ada bf. orang kelantan. best borak dengan akak ni.

AIR TUMPAH... kesian kak ija. baru masuk dah kena buli dengan aku. (buli ke? hehe..). tadi kak ija lunch McD. entah macam mana, sebab nak cepat layan customer, aku tertumpahkan air coke dia yang baru satu sedut rasanya. habis banjir cashier tu dengan air coke. dah lah sebelum tu susah payah akak tu turun naik sebab terlupa nak ambil straw. untuk mengurangkan rasa bersalah, aku pun pergi lah beli air tin coke untuk akak tu. 

BAJU TERTINGGAL... tak cukup air tumpah, boleh pula tadi terlupa nak masukkan baju dalam plastik. customer yang sama masa air tumpah tu, beli dua baju sutera harga rm359 (aku bagi diskaun 10%). masa sibuk sibuk tu, aku tak perasan kak ija tak lipat lagi stu baju. lepas 2 jam, baru aku perasan baju tu still gantung dekat tempat aku letak tadi. nasib baik customer tu call. yang sedihnya, dia nak pergi oversea nak bawa baju tu. rumah dia pula dekat nilai. so, esok terpaksalah aku hantar pos laju dekat abang tu. kongsi duit dengan kak ija. haihh..

DUIT PECAH... aku tak tahu lah sistem apa yang bos aku amalkan. dia memang tak reti tinggalkan duit pecah agaknya. hari ni, asyik pakai duit aku je. nasib baik aku ada duit pecah. kalau tak, terpaksalah bagi diskaun melampau macam hari tu.

okay sudah. rasanya sekian sahaja untuk kali ini. jam menunjukkan 2.13 pagi 27april2012. macam mana nak bangun pagi makan puri dekat mamak ni? haihhh.. teringin sangaaaaaattt. esok masuk kerja lambat. cantik!! result? tunggu 18jun2012 okay. selamat tidur!!



No comments:

Post a Comment