Pages

12 April 2012

hari kedua yang AGAK menyeronokkan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hari ni hari kedua aku bekerja di P.A. Collection, Ampang Point. macam semalam juga, kena tunggu ana (partner in crime) datang. bila dah sampai, buka pintu, buka lampu, buka cashier, buka suis, buka segala gala yang perlu dibuka. selesai? belum. kira stok. sudah? okay. kenapa aku cakap hari ni agak menyeronokkan? sebab hari ni dapat tukar baju baju yang ada dekat patung patung yang dah berkurun tak ditukar bajunya. apa yang lagi best? sebab baju baju tu semua aku yang pilih dan bila aku dah pilih, temanya mestilah BIRU! hahahha.. apa lagi membanggakan? bila bos sampai dia cakap, "very nice..". hoho! seronoknya!!

lepas bergurau senda dengan bos, tiba tiba dia menghilang. (bos aku memang suka buat magic). selepas itu bermula lah aktiviti aktiviti membosankan. pusing pusing kedai. belek belek baju. duduk. bangun. duduk balik. alih alih, aku ambil satu kerusi dekat kaunter, bawa dekat dengan baju baju supaya aku dapat tengok satu kedai. bosan juga. aku ambil buku JANGAN BERSEDIH tu baca. tinggal 1 bab lagi nak habis. tu aku simpan untuk esok. hehe..

oh. dalam pada melilau lilau mata tu, sempat lah juga aku terpandang kelibat beberapa orang artis. (well, ampang ramai artis. haha!). mula mula penyanyi lagu janji manismu, aishah minum dekat delifrance (depan kedai je). lepas tu aku nampak isteri que haidar, linda jasmine. yelah, studio dia sebelah ampang point je. oh, aku perasan macam dia tengah mengandung. woot woot! hehe.. akhir sekali, sebelum tutup kedai, aku nampak penyanyi asal lagu memburu impian, kazar. dia datang dengan family dia semua. 

aku ada juga ternampak kak ainnur, MT tun merah. tak tahu pula dia duduk area sini. tak pun datang rumah sedara ke apa ke kan. hehe..

apa lagi? oh ya! terima kasih kepada cik NORFAZIANA BINTI MOHD FAIZAL kerana sudi membuat lawatan mengejut. haha.. maaf tak terlayan sebab ada customer tadi. anyway, i really appreciate it! macam tau tau je aku mimpi kau semalam. hehe.. next time datang, kena beli tauuuuuu!!

lagi? haihh.. tu je lah. penat dah ni. tadi pun nak tertidur aku dekat kedai tu. oh, yang penting, tadi dapat makan sundae coklat mcD lagi! hehe.. kali ni bukan aku beli. umi yang belikan. aku tak minta pun. umi memahami sungguh! haha! jangan marahhh..

baiklah. aku sudah mengantuk. kita tengok esok macam mana ya. doa doakan lah sales akan meningkat dari hari ke sehari. okay. terima kasih membaca. 



No comments:

Post a Comment