Pages

12 April 2012

hari pertama yang membosankan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hari ni aku memulakan pekerjaan separuh masa aku sebagai "sales promoter" di P.A. Collection, Ampang Point. tahu tak? dengan semangatnya aku tak tidur lepas subuh. mandi pukul 7. pergi sarapan pukul 8. sampai depan kedai pukul 9.15 dengan baju ayu ala ala ustazah pilihan ni, alih alih partner kerja aku datang pukul 10. haihhh.. nasib baik ada buku sebagai peneman. 

perkara yang aku belajar hari ni ialah macam mana nak buka pintu, buka CCTV, buka cashier, kira stock, tolak patung, sapu sampah, mop lantai, buka lampu. dan itu hanya mengambil masa dalam setengah jam. aku punya waktu kerja sampai pukul 9.30 malam. boleh bayangkan tak apa aku buat sepanjang masa tu? dengan pelanggan yang suam suam kuku. bosan! aku pun mulalah mengemas meja cashier yang agak berselerak. laci laci semua aku susun habis. belek belek semua baju yang ada. fikir fikir apa yang boleh aku buat supaya kedai tu lebih berseri. sampai patah lah hanger selendang aku kerjakan. (maaf bos! hehe..). 

lenguh weh kaki. aku dah lah biasa buat kerja berjalan. dengan kasut tinggi 1inci setengah aku, kau bayangkan aku asyik berdiri dan berjalan je. berapa minit sangatlah aku duduk pun. naik leper dah tapak kaki aku ni. haha! sambil sambil tu sempat lah tengok orang ke hulu ke hilir. oh, jumpa la juga budak budak sekolah dulu. rasa macam reunion pula. hehe.. nasib baik mereka ingat aku lagi. (konon konon famous je!). tahu tak, sale pertama dan terakhir berlaku pada pukul 7.40 malam. bayangkan, kedai dah nak tutup baru ada orang nak beli. tu pun satu barang je. nasib baik harga rm323 (selepas diberi diskaun). kalau tak, mahu mengamuk encik ramli (oh, itu nama bos aku). 

tutup kedai pukul 9.30 malam. belajar nak tutup CCTV, masukkan balik patung, tutup cashier, kunci pintu, tulis report, tutup suis lampu. oh, sempat lah juga aku pergi beli sundae coklat mcD (rasanya lepas ni tiap tiap malam aku beli sampai muntah!). 

tamat lah sudah kisah bosan aku pada malam ini. tunggu lah kalau ada sambungan nya esok ya. oh, tadi ada jumpa fareez kejap. dia datang melawat. haha! taklah. cerita tak ada lah sweet cenggitu. dia pergi teman kawan dia karaoke dekat tingkat atas. hehe.. sempat lah tengok seminit dua. lepas tu, umi ayah pun ada datang tengok juga. 

baiklah. mengantuk sudah. terima kasih membaca. 



No comments:

Post a Comment