Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Haa baru ada kesempatan nak tulis pasal trip ke Indonesia aku 2 minggu lepas. 3-9 Ogos 2015, aku bersama kawan-kawan sekolah + kawan-kawan UiTM Machang pergi bercuti ke Jogjakarta, Bandung dan Jakarta, Indonesia. Ada 7 orang semua -- Fatin, Faridah, Izzati, Zamir, aku, Farah dan Adibah. Untuk post kali ini, aku cerita pengalaman kami di Jogjakarta ya?
3 Ogos 2015
4.30 petang (waktu Malaysia): Flight gerak dari KLIA 2. Flight ini aku naik bersama Farah dan Adibah. Flight Fatin, Faridah, Izzati dengan Zamir pukul 9.30 pagi. Tapi sebenarnya flight aku pukul 3 petang, cuma sebab flight pagi tu delay, flight aku pun delay. Penat tunggu weh!
Dari kiri: Farah, Adibah, aku. |
*waktu selepas ini ialah waktu tempatan (lewat sejam)*
5.30 petang: Aku, Farah dan Adibah pun sampai di Jogjakarta! Alhamdulillah flight smooth je. Sedap tidur. Cuma asyik terkejut bila dengar suara beritahu makanan nak sampai, nak beli cenderahati, dan lain-lain. Hahaha... Okay. Sampai sahaja airport, cop passport, ambil beg, beri borang pada kastam, terus keluar. Airport dia muat-muat sahaja weh. Blur sekejap aku. Ambil beg pun tak payah tunggu dia pusing-pusing. Tinggal pekerja airport susun tepi je. Sesiapa yang pernah pergi atau akan pergi, mesti macam teruja sekejap. Hehehe...
Oh. Bila keluar, hari dah senja macam tu. Aku diambil oleh Pak Rahmat (supir yang kami dah deal dari KL) dan 2 anak Pak Rahmat -- Keke & Neng, selain kawan-kawan aku lagi 4 orang tu lah. Oh ada lagi seorang, Iyan nama dia. Kebanyakan tempat dia yang bawa. Pak Rahmat tunjuk jalan.
6.20 petang: Iyan & Pak Rahmat bawa kami ke Ansor's Silver. Haa dah terang-terang tulis di nama kedai, takkan jual coklat kot kan. Kedai ni jual barang-barang silver. Selain barang-barang silver, mereka jual juga cenderahati-cenderahati lain. Macam benda-benda yang diperbuat daripada kayu, ada kipas, ada patng-patung. Menarik. Nak beli boleh, nak cuci mata pun boleh. Kami cuci mata je lah. Baru sampai kan, banyak lagi nak shopping. Hehehe... Oh. Kedai ini dibuka pukul 8.30 pagi sampai 10.30 malam.
7.20 malam: Kami pergi makan malam di Seafood Devi. Perghhh sedap sungguh lah. Serius sedap. Kami order kepiting a.k.a ketam berlado (sebab aku suka ketam hehe), sotong goreng, ikan goreng berlado lepas itu makan dengan nasi putih panas. Wehhh aku taip pun dah terliur weh!! Nasi dia mula-mula tengok memang banyak, tapi bila dah makan tu orang yang diet pun boleh lupa dia tengah diet. Hahahaha... Air pula aku minum teh o ais. Tapi teh mereka pakai teh jasmin. Tergoda sungguh. Kenyang perut suka hati kami malam tu.
8.20 malam: Pak Rahmat bawa kami ke Malioboro. Kalau nak bayangkan, tempat ini lebih kurang Jonker Walk lah. Banyak jual cenderahati macam baju, seluar batik jawa, selipar, beg, macam-macam lah. Cumanya, kawasan dia lagi panjang dari Jonker Walk. Seronok. Bila ada peniaga yang sedar kau orang Malaysia, mulalah mereka cuba berbahasa Malaysia (bunyi kelakar habis). Kalau tak, mereka akan gelarkan kau Kak Ros (Upin Ipin). Upin Ipin lagi popular daripada Dato' Siti Nurhaliza tau!
Sepanjang di sini juga, Pak Rahmat, Iyan, Keke dan Neng setia ikut kami ke mana-mana. Takut kami sesat mungkin. Hehehe...
4 Ogos 2015
7.00 pagi: Sarapan, disediakan oleh pihak hotel (termasuk dalam harga bilik). Eh lupa. Sepanjang di Jogjakarta, kami tinggal di Hotel Mawar Asri. Macam biasa, boleh tengok di Booking.com, Agoda, Trivago atau mana-mana yang kalian suka.
10.15 pagi: Kami sampai di Borobudur. Macam tak percaya boleh sampai sini. Selalu kau tengok gambar sahaja. Itu pun dalam buku teks Sejarah untuk topik kedatangan awal Hindu Buddha kan? Haa tiba-tiba benda tu ada depan mata kau!
Seluar baru beli dekat Malioboro. |
Ini Fatin, orang yang paling sibuk kalau ada trip. Mastermind pun ya juga. |
Oh. Ada cerita kelakar. Untuk pengetahuan, bila pergi tempat-tempat pelancongan macam ini akan ada dua pintu masuk. Satu pintu masuk untuk penduduk tempatan (Indonesia) dan satu lagi pintu masuk untuk pelancong luar. Kami ikut Pak Rahmat sebab Pak Rahmat pegang tiket, masuk ikut pintu pelancong luar tu. Tiba-tiba masa kawan-kawan aku di belakang nak masuk, penjaga di situ tegur "Local di sana". Kami macam speechless sekejap. Penjaga tu cakap lagi, "Oh, tourist ya. Di sini". Terus terkeluar gelak masing-masing. Nampak lah masing-masing muka jawa. Hahahaha...
Dari kiri: aku, Adibah, Farah, Zamir, Izzati, Faridah dan Fatin. |
My jumping partner. Hehehe... |
Sehari sebelum berangkat, aku terfikir satu benda...
Tapi, dalam pada semua mahu tak mahu tu, menjadi juga plan nya. Hahahahaha...
Sarung baju dekat atas, dah habis photoshoot buka balik. Hehehe... Terima kasih Keke tolong ambilkan gambar.
Dah habis photoshoot bagai, turun lah. Hari pun dah panas.
1.20 tengahari: Kami berhenti makan tengahari nasi padang. Jangan risau. Nasi padang senang nak dapat. Oh, nasi padang tu macam nasi campur lah kiranya.
2.15 petang: Sampai kawasan kaki Gunung Merapi untuk naik Merapi Jeep. Dalam banyak-banyak tempat, ini yang paling kami enjoy. Serius best!
Masa dalam perjalanan naik atas tu, aku tanyalah pakcik yang bawa jeep tu, dekat sini selalu hujan tak sebab aku nampak langit mendung. Pakcik tu dengan yakin jawab, dah 3 bulan tak hujan. Aku pun yakinlah dengan jawapan pakcik tu sebab mungkin awan-awan gelap tu lalu je kot kan. Sebab kalau hujan, tak dapatlah tengok Gunung Merapi. Sekali bila sampai checkpoint pertama, hujan lebat sungguh! Air hujan dia dah sama taraf ais dah tahu tak?!!
Muzium Sisa Hartaku. |
Di sini ditunjukkan sisa-sisa harta kesan terkena lava Gunung Merapi yang meletus pada tahun 2006 dan 2010. Semua di sini original punya sisa tahu. Ada barang-barang dapur, motor, kerusi, jam dinding, haiwan ternakan dan macam-macam lagi lah. Terdapat juga Al-Qur'an yang diletakkan di rak. Hebatnya kekuasaan Allah s.w.t. apabila gelas yang diperbuat daripada kaca boleh cair tetapi Al-Qur'an yang diperbuat daripada kertas cuma terbakar sedikit sahaja di bahagian tepi dan dalamnya tidak rosak langsung. Tempat ini sangat menarik untuk dijadikan iktibar dan diteladani.
Batu Alien. |
Boleh nampak bentuk telinga, mata, hidung dan mulut. Ini menurut kepercayaan mereka lah. Kalau tak nampak, diam-diam sahaja ya. Hehehe...
Antara pose kemestian -- Harry Potter. |
Antara pose kemestian. |
Ada lagi satu pose kemestian yang tak dapat buat, pose naik jeep yang terangkat atas batu besar. Jeep tu dah ready dah cuma hujan semakin lebat, tak dapat ambil gambar itu.
Okay. Selain ambil gambar, tempat lain yang dilawati ialah Bunker. Bunker ini dibina oleh kerajaan mereka untuk selamatkan penduduk daripada awan panas Gunung Merapi. Ada beberapa buah Bunker yang dibina, setiap satunya boleh memuatkan 40 orang penduduk. Di dalamnya ada satu bilik air dan satu bilik stor simpan makanan dan barang-barang kecemasan. Tetapi, semasa Gunung Merapi mengeluarkan lava pada tahun 2010 (kalau tak salah), ada 2 orang sukarelawan menyelamatkan diri dengan masuk dalam Bunker tu. Kedua-duanya meninggal dunia. Seorang meninggal dalam bilik air sebab masuk dalam kolah air sebab dia rasa panas dan disangka air tu sejuk. Seorang lagi meninggal depan pintu Bunker sebab tak tahan panas dan terlampau lemah. Selepas itu, terus semua Bunker ditutup.
Selain tahu cerita-cerita di Gunung Merapi, kami dapat main air. Main air hujan, air lopak, air sungai, semua main. Hahaha...
Alhamdulillah sebab hujan. Kalau tak, tanah kering. |
Okay. Habis semua untuk Merapi Jeep Tour pukul 5.30 petang.
8.50 malam: Kami makan malam di kawasan berdekatan Malioboro. Malam ini makan lele goreng dan masih bersama teh o ais. Aaaaa sedap! Zamir siap minta sambal lebih. Aku pun tumpang lah sekaki. Hehehe...
Makan bersila dekat dataran. Nice! |
Kopi arang. |
Mee tak ingat nama dengan lele goreng. Hehehe... |
Aktiviti malam di sini. Kayuh kereta berlampu. Hahaha... |
Ada lagi satu kepercayaan menarik di sini. Kalau tutup mata melalui dua batang pokok di tengah dataran tu, mesti akan jalan senget.
Tu pokok besar tu. |
Kawan-kawan aku ada lah yang cuba. Secara logiknya, memang lah senget sebab tutup mata. Tapi kami buat sekadar untuk hiburan sahaja. Lain-lain cerita di sebaliknya, Wallahu a'lam.
Alhamdulillah ada lagi budak-budak yang main macam ini. |
Selepas habis di dataran itu, kami dibawa ke Malioboro lagi. Untuk ambil gambar di Tugu Malioboro dan kami nak beli apa-apa yang patut sebab esoknya nak bergerak ke Bandung dah. Oh, aku ada beli selipar Jogja sebab kasut basah teruk selepas main air siang tadi. Semasa kami bertujuh jalan-jalan, Pak Rahmat dan lain-lain tidur dalam kereta sebab kepenatan. Hehehe kesian.
Pak Rahmat (kiri) dan Iyan (kanan). Mereka makan halia. Err... |
5 Ogos 2015
9.30 pagi: Kami dibawa ke Keraton. Mula-mula kami dibawa ke tempat batik. Dapat tengok macam mana mereka buat batik. Secara ringkasnya, sama sahaja cara pembuatan dengan batik Malaysia. Bezanya, batik mereka mempunyai warna yang lebih kurang iaitu coklat. Corak yang digunakan juga lebih kepada corak jawa.
Kemudian kami dibawa ke Istana Keraton yang merupakan istana bagi kerabat Jawa macam tu. Istana itu masih digunakan. Jadi, dapat tengok lah mereka punya pembantu-pembantu istana yang berpakaian jawa. Dalam istana itu ada gambar-gambar Raja/Sultan Jawa dari dulu sampai sekarang. Tapi tak faham pun apa dia tulis sebab tulisan jawa, hahaha... Siap boleh belajar tulisan Jawa lagi dalam situ. Tengahari sikit, ada pertunjukan wayang kulit.
Habis di Keraton, Pak Rahmat bawa kami ke Vredeburg. Haa apakah itu? Hahaha... Tempat ini lebih kurang macam A Famosa, Melaka lah senang cerita. Kubu pertahanan di Jogjakarta. Cumanya dia tak perlu mendaki dan ada muzium dalam sana. Cara dia sampaikan sejarah di sana sangat menarik. Kalian patut pergi.
Habis di Vredeburg, kami ke Pasar Beringharjo. Secara keseluruhannya Pasar Beringharjo ini macam di Pasar Siti Khadijah, Kelantan atau Pasar Payang, Terengganu. Jual barang-barang batik. Kami masuk sekejap sahaja. Sebab macam tak ada apa nak beli. Hahaha...
12.30 tengahari: Kami dibawa pula ke Prambanan. Prambanan juga salah satu bukti kedatangan awal Hindu Buddha kan? Okay. Dia lebih kurang Borobudur cuma Prambanan macam rumah-rumah dan kau perlu naik tangga ke setiap rumah. Nasib baik tak semua yang buka sebab mereka masih dalam proses membaik pulih sebab kawasan ini terjejas disebabkan letupan kalau tak salah aku. Sebab itu jalan keluarnya lebih jauh.
Habis sudah cerita di Jogjakarta, Indonesia. Habis sudah cerita di Indonesia untuk Part 1. Nanti aku sambung untuk Bandung dan Jakarta ya? Terima kasih sudi baca tulisan yang super panjang ini. Jangan serik! Hahaha...
Sampai ketemu lagi,
Coretan lain:-
Jogjakarta, Indonesia
Bandung, Indonesia
Jakarta, Indonesia
Ini contoh batik untuk dijual. Ada yang kena bias dengan cahaya, ada yang ditindih warna emas, macam-macam ada. |
Berdekatan tempat batik tu ada tadika. Tengok lah apa mereka buat. Budak-budak pandang je. Hahaha... |
Kemudian kami dibawa ke Istana Keraton yang merupakan istana bagi kerabat Jawa macam tu. Istana itu masih digunakan. Jadi, dapat tengok lah mereka punya pembantu-pembantu istana yang berpakaian jawa. Dalam istana itu ada gambar-gambar Raja/Sultan Jawa dari dulu sampai sekarang. Tapi tak faham pun apa dia tulis sebab tulisan jawa, hahaha... Siap boleh belajar tulisan Jawa lagi dalam situ. Tengahari sikit, ada pertunjukan wayang kulit.
Masuk pintu istana, kau jumpa ini dulu. |
Tempat persembahan wayang kulit. |
Habis di Keraton, Pak Rahmat bawa kami ke Vredeburg. Haa apakah itu? Hahaha... Tempat ini lebih kurang macam A Famosa, Melaka lah senang cerita. Kubu pertahanan di Jogjakarta. Cumanya dia tak perlu mendaki dan ada muzium dalam sana. Cara dia sampaikan sejarah di sana sangat menarik. Kalian patut pergi.
Habis di Vredeburg, kami ke Pasar Beringharjo. Secara keseluruhannya Pasar Beringharjo ini macam di Pasar Siti Khadijah, Kelantan atau Pasar Payang, Terengganu. Jual barang-barang batik. Kami masuk sekejap sahaja. Sebab macam tak ada apa nak beli. Hahaha...
12.30 tengahari: Kami dibawa pula ke Prambanan. Prambanan juga salah satu bukti kedatangan awal Hindu Buddha kan? Okay. Dia lebih kurang Borobudur cuma Prambanan macam rumah-rumah dan kau perlu naik tangga ke setiap rumah. Nasib baik tak semua yang buka sebab mereka masih dalam proses membaik pulih sebab kawasan ini terjejas disebabkan letupan kalau tak salah aku. Sebab itu jalan keluarnya lebih jauh.
Hai, ini Izzati. |
Habis sudah cerita di Jogjakarta, Indonesia. Habis sudah cerita di Indonesia untuk Part 1. Nanti aku sambung untuk Bandung dan Jakarta ya? Terima kasih sudi baca tulisan yang super panjang ini. Jangan serik! Hahaha...
Sampai ketemu lagi,
Coretan lain:-
Jogjakarta, Indonesia
Bandung, Indonesia
Jakarta, Indonesia
Ingt kan dh siap dop.hahahaha
ReplyDeleteGmbr ak tk nak bunga2 kan skali? ?????qhahahaha
hahahaha... gambar kau tunggu nanti aku letak sejambak yeeee
DeleteAssalamualaikum wr wb.
ReplyDeleteSebelumnya saya mohon maaf bilamana Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan. Salam perkenalan, saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Kami ialah company pelanjongan khususnya pakej pelancongan Jogja. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan. Kami bole bagi harga yang berpatutan dengan service memuaskan kerana kami handle langsung dari Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak hendak melawat ke Jogja jangan sungkan sila whatsapp saya +628985101301 atau kol +62 85104919010, bole juga email ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa.(FREE).
Ada juga sewa kereta (avanza, xenia, innova, etc) / van (elf, travello, dyna, hiace 11-17 seats) / bus (31-50 seater) dengan harga yang berpatutan. Harga bole kami sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian. Bole ambik pakej fullboard, ground (tanpa hotel), atau pakej tanpa makan, semua kami sesuaikan keinginan Tuan/ Puan/ Abang/ Akak.
Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:
Jogja 4D3N Tour (FULL BOARD / ALL IN)
Day 1
Kami jemput Tuan/ Puan/ Abang/ Akak di airport. Lepas itu kita pergi ke local resto untuk makan tegah hari. Lalu menuju ke hotel guna check in. Lepas istirahat sekejap di hotel kita menuju Kasongan iaitu tempat kerajinan gerabah yang ada di Bantul, selepas itu menuju Pantai Parangtritis, disini kita bole naik delman (kereta kuda dengan dua roda), atau naik ATV atau bole duduk2 sahaja di pinggir pantai. Selepas dari pantai Parangtritis kita menuju Manding, iaitu pusat kerajinan kulit semacam dompet, kasut, jaket dan lain sebagainya. Selepas shopping di manding kita menuju local resto untuk makan malam, lalu menuju hotel untuk istirahat persiapan tour esok hari.
Day 2
Pagi hari sekitar pukul 07.00 kita menuju Borobudur Temple iaitu candi Budha yang dulu pernah menjadi satu dari keajaiban dunia, selepas itu kita menuju gunung merapi menikmati sisa erupsi merapi guna jeep adventure. Selepas itu kita makan tengah hari lalu melanjutkan menuju masjid tertua di Jogja yang masih meninggalkan bangunan Hindu kerana pada masa itu merupakan peralihan dari kebudayaan Hindu ke Islam. Selepas dari masjid Kotagede kita menuju ke pusat kerajinan Silver dan chocolate di Kotagede, lalu menuju local resto untuk makan malam. Kembali ke hotel untuk istirahat.
Day 3
Menuju Kraton, iaitu bangunan peninggalan dari Raja Hamengkubuwono dan juga sebagai salah satu icon Jogja. Lalu menuju tamansari watercastle, tempat pemandian gundik raja, bilaman sempat bole tengok masjid bawah tanah. Selepas dari Tamansari Watercastle kita nak menuju local resto guna makan tengah hari. Setelah itu kita menuju Goa pindul iaitu menyusuri sungai bawah goa menggunakan ban. Selepas itu kita menuju indrayanti / drini / baron beach (optional), lalu menuju bukit bintang untuk menikmati keindahan kota Jogja dari atas. Kembali menuju hotel.
Day 4
Drop airport
Harga bermula dari:
RM 599 (2-5 pax)
RM 421 (6-11 pax)
RM 379 (12-17 pax)
RM 333 (18-33 pax)
All package types include:
Private Car AC (All new Avanza /Livina /Jazz /Xenia /Innova for 2-6 pax, isuzu elf 11 seats for 7-11 pax, isuzu elf 16/17 seats for 12-16 pax, medium bus 31-33 seats for 18-33 pax, bigbus 44-54 seats for more than 33 pax)
Hotels 3 nights *2
Driver
Driver Meals
Parking fees
Tour guide (by request)
Entrance ticket’s stated in itinerary
Dinner and lunch based itinerary
Documentation (by request)
Exclude:
Airport taxes
Personal expences (laundry, pulsa, shopping dll)
Additional menu for dinner / lunch (if included)
Driver, driver’s assistant, guide tips (optional)
Note:
Harga dapat berubah sewaktu-waktu
Harga tidak berlaku bagi high season
Banyak lagi pakej yang lain seperti Jogja + Solo, Jogja + Dieng, Jogja + Semarang dan lain2. Sila jangan sungkan kol saya di +6285104919010, atau whatsapp +628985101301 (FREE).
Email: ganeshabantul@yahoo.com
FB: jati182@yahoo.co.id (Jati Wijaya)
Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.
Wassallamualaikum Wr Wb
Salam. Saya akan ke jogja pada bulan ogos ni. boleh minta contact number pak rahmat? thanks :)
ReplyDelete