Pages

19 August 2015

23rd Birthday Surprise.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Okay. Ceritanya bermula dengan...

1. Qila: "Long, ada orang order kek lah. Dia nak malam ni. Nak buat kek apa ek?" 
Aku: "Dia tak ada beritahu nak kek apa ke?" 
Qila: "Dia kata tak kisah kek apa-apa."
Dan aku dengan kudusnya jawab -- Kek coklat dah lah. Senang sikit. Hmm... padahal dalam hati dah fikir, budak ni TAK PERNAH ambil last minute order melainkan aku yang minta untuk surprise kawan-kawan aku.

2. Qila: "Nak hias apa ek atas kek tu?"
Dengan kudusnya lagi jawab -- letak strawberry lah, macam kita buat dulu-dulu.

3. Qila: "Letak coklat lah."
Eh, tadi macam okay nak letak strawberry. Tetiba nak tukar coklat. Tapi tak apa lah sebab memang selalu begitu. Cakap lain, buat lain. Hahaha...

4. Masa pergi kedai nak beli coklat, kemain pilih lagi.
Maksudnya, coklat yang boleh dikira mahal lah. Sebenarnya tak ada lah mahal mana cuma kalau makan sahaja tu, kira mahal. Hahaha... Ada Mars, M&M, KitKat yang bulat-bulat tu. Haa banyak kan? Kek kecil je. Tapi walaupun macam pelik, hati ini tetap rasa biasa. Dasar kudus!

5. Qila: "Janganlah pakai seluar tidur..."
Ceritanya sejak cuti belajar/bila-bila cuti, memang rutin aku kena hantar dan ambil umi balik kerja. Qila duduk sebelah teman dan kadang-kadang tidur. Hahaha... Malam tu, aku malas nak keluar pakai jeans. Sebab macam tak ada sebab untuk keluar kereta. Ingat nak pakai seluar tidur je lah. Tiba-tiba turun, Qila suruh tukar seluar. Alasannya sebab nak jumpa customer, kena lawa-lawa. Aku macam, "Erkk hello! Aku rasa aku yang selalu cakap dekat dia macam tu?" Haa tapi ia hanya bermain dalam minda sahaja. Hahahaha...

6. Aku: "Ni kek siapa ni?"
Qila: "Kawan along."
Aku: "Nak lilin tak? Berapa umur dia?"
Qila: "Aaaa... kawan along, sama umur dengan along lah."
Haa... masa ni dia dah macam tak tahu nak jawab macam mana. Tapi aku kudus lagi, ingatkan dia tengah berfikir. Hahahaha... Lagi satu, aku terambil lilin untuk 22 tahun mula-mula. Sorry. Feeling muda setahun gitu. Hehehe...

7. Aku: "Nak hantar dekat mana ni?"
Qila: "Dekat Cheras. Bandar Tasik Permasuri."
Aku: "Dekat-dekat rumah auntie Liza (kawan umi) ke?"
Qila: "Eh tak lah. Dekat kedai makan."
Haa... yang ni, dia macam dah terdetik lagi dalam hati. Tapi diri ini cepat-cepat deny. Rasa macam, "Oh. Mungkin orang tu nak ambil kek, terus celebrate kot. Bhahahahaha.. okay. Sangat terserlah kudusnya di situ.

8. Bila dah sampai, "Jom turun." - Qila
Siap tutup aircond, radio semua. Aku dah pelik campur nervous. Tapi dalam hati, "Orang tu ajak celebrate sekali kotttt." Hahahaha... Aduhaiiiiiii.

Masa keluar kereta tu, aku tengah pegang handphone. Ikut je lah belakang Qila. Tiba-tiba, dia berhenti. Tengok-tengok ada Fatin, Fara dengan Firdaus. OHHH NAK BUAT SURPRISE YAAA!!

Meh tengok gambar...

Kek home-made. Terima kasih ngangah. Hehe...


Ini Fatin.

Ini Firdaus.

Fatin, Fatihah, Firdaus. BFF since 2004. ;)

Haaaaa aku speechless lah!! Duduk je, terus terdiam. Weh, selalu aku buat untuk orang. Tiba-tiba hari tu aku rasa bodoh sungguh sebab deny kata hati sendiri. Patut malam tu aku ada plan lain tau. Nasib baik cancel. Kalau tak, kesian semua orang dah get ready. Hahaha...

Walaupun birthday sebenarnya 9 Ogos, tapi mas tarikh tu aku di luar kawasan. Jadi, majlis ini diadakan pada 12 Ogos di Murni Discovery, Cheras. Nice lah. Sebab nak kikis duit kawan-kawan, aku pun minta air I Love You bersama Mixed Grill. Ya, mixed grill. Muahahahahahaha!!

TERIMA KASIH KORANGGGGG!!
Terima kasih buat ini semua. Terima kasih ber-gigih-an. Tahun depan boleh buat lagi. Kalau tak serik lah. Hahahaha... Oh. Kalau nak buat lagi, minta tolong sesiapa ambil dekat rumah. Kesian tau birthday girl kena drive sendiri. Sedih! Hahaha...


Sekian aku yang comel,



No comments:

Post a Comment