Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dah empat bulan tak update blog. Hahaha.. maaflah. Final semester sebelum praktikal sangatlah menggelabah. Dengan assignments, dengan trip, dengan konflik dengan orang... eh? Hihi... okay. Kali ni aku update last part masa di Krabi tu. Sebabnya, 3 hari terakhir ni lebih ke aktiviti bebas sebenarnya. Meh sini meh...
Day 4: 6 Februari 2015
Selepas check-out di Ao Nang...
Perhentian pertama -- Rafting Camp.
Haaa... kau ingat group kau sahaja ke yang ada di sini? Ramai sangat okay. Sampai jammed di beberapa kawasan. Hahaha...
Yang dua orang lelaki dalam gambar tu, mereka lah yang bawa raft tu. Mereka ni semua sangat gigih untuk buat pengembaraan ni menarik. Dia lebih kepada kau jalan-jalan naik sampan menyelusuri sungai gitu. Walaupun nampak tenang, jangan disangka tiada buaya. Eh? Haha... bukan apa. Bila datang masa-masa dia, abang-abang ni buat onar tarik orang masuk sungai. Yes, TARIK! Dia tarik life jacket kau sampai kau flip masuk air (Faridah mangsa bertuah. Fatin relakan diri). Hahaha... tapi keseluruhannya, aku terhibur dengan water rafting ni. Kalau ada cadangan tempat water rafting yang menarik, sila beri cadangan di ruangan komen (serius-serius).
Lepas penat water rafting, makan tengahari. Kalau bab makan kau jangan risau, memang tip-top kalau makan. Oh. Makan di sini buffet.
Sepanjang kalian naik raft ni, akan ada satu tempat tu photographer mereka tunggu atas jambatan untuk ambil gambar. Terpulang kalian nak beli atau tidak. Setiap gambar tu 100bt. Tapi macam biasa, kami tak beli pun.
Perhentian kedua -- Island Safari.
Haa... masa di Island Safari ni, mula-mula mereka bagi buat fish spa. Banyak sungguh ikannya. Tapi seronok. Sakit perut aku gelak. Geli sangat-sangat. Kalau siapa penggeli tu, dinasihatkan tak payah masuk lah (macam Aqilah, jadi photographer tak rasmi hehe). Kami siap jerit-jerit semua di situ. Tak salah aku Faridah, buat macam mana entah sampai ada seekor ikan terlepas keluar akuarium. Menggelupur kami nak angkat masukkan balik. Hahaha...
Selepeas buat fish spa, ada pertunjukan gajah dan beruk.
Perhentian ketiga -- Lungkhai Fruit Garden.
Di sini, mereka beri makan buah-buahan secara percuma. Tengok tu. Ada buah naga, betik, tembikai dan lagi satu buah tu aku lupa nama dia. Aku pun baru tahu nama dia masa tu. Hahaha...
Haa apa yang lainnya? Tengok rupa pun nampak lain. Sebagai contoh (macam buat karangan exam pula), buah naga tu. Kalau di Malaysia, buah naga tu warna merah kan? Di sana, dia warna putih. Lagi satu, buah tembikai. Selama ni aku ingat kartun tipu aku. Sebab di Malaysia biji tembikai warna putih. Rupanya memang betul ada tembikai biji warna hitam. Hehehe...
Selepas selesai di Lungkhai Fruit Garden, pemandu tu terus bawa kami ke hotel d Krabi Town. Nama hotelnya -- Tharapark View Hotel.
Satu bilik dua orang. Selesa sangat. Harga tak mahal pun. Kalian boleh book di agoda, booking.com, trivago atau mana-mana yang kalian selesa. Terpulang.
Siap ada televisyen lagi tau. Yang penting, semua bahasa mereka. Baik kartun, baik cerita latin. Hahaha.. tapi jangan risau. Boleh tukar bahasa atau letak sarikata (dah nak balik baru aku sedar benda tu). Kalau cerita mereka, memang tak boleh buat apa lah. Kau cuma boleh tengok ke-handsome-an pelakon lelaki dia je... eh?
Haa ada satu perkara penting aku terlupa beritahu...
Ini plug yang dipakai di sana. Jadinya, dinasihatkan beli travel adapter. Bawa sekali extension. Senang. Tak payah berebut nak charge smartphone. Lagi-lagi kalau masa duduk hostel tu kan. Amatlah diperlukan extension ya semua.
Malamnya, kami ke pasar malam. Nak tahu naik apa...?!
Nahhh. Tuk-tuk. Naik ini, SEPULUH ORANG. Kau rasa? Hahahaha... memang sepanjang jalan suara kami je dengar. Tempat aku, tu yang besi terjulur ke depan tu. Ya, depan sekali dan bersila. Bila turun bukit kau rasa macam mana? Memang rasa nak tertumus muka ke bawah. Lutut dah nak cecah jalan dah. Hahahaha... memang pengalaman betul naik benda alah ni. Lepas tu, terus buat keputusan sewa scooter.
Maaf. Aku terlupa nama tempat kami sewa tu. Kalau nak sewa scooter, kena tinggalkan passport. Jangan risau, tak hilang pun. Satu scooter, satu passport. Tak kisah passport penunggang atau pembonceng. Tapi ada dua kejadian berlaku di sini. Tak tahu nak kata kelakar ke seram. Hahaha...
Satu -- Tuan punya kedai tu tak berapa fasih English. Lama-lama, dia bantai kecek Siam dengan kami. Mula-mula macam faham. Lama-lama tu makin menjadi-jadi pula, kami pun bantai cakap Melayu balik dengan dia. Dahhh jadi macam ayam dengan itik. Hmm... lantaklah. Asalkan dapat sewa motornya. Hahaha...
Dua -- Baru start scooter, dah ada kemalangan. Haa tang kemalangan ni lah yang aku tak tahu nak kategorikan kelakar ke seram. Kalau dia over sikit, mungkin seram. Aku dah fikir kena tidur hospital dah malam tu. Hahaha... salah seorang daripada kami ter-press scooter terlebih. Terus rempuh beberapa motor yang ada di situ. Tak ada kemalangan jiwa, Alhamdulillah. Cumanya kami trauma sikit dan dia kena bayar harga untuk scooter yang kopak tu. Kenangan ni memang akan diingati sampai bila-bila. :) oh. Aku rasa yang seramnya bila tiba-tiba abang yang bawa kami naik tuk-tuk tadi boleh ada di tempat kejadian. Dari mana dia datang pun tak tahu. Jeng jeng jeng...
Day 5: 7 Februari 2015
Haa.. masa hari ini dah mula aktiviti bebas. Naik scooter, cari tempat nak beli ole-ole. Merata pusing. Seronok. Tak jammed. Hahaha...
Sambil-sambil tu, ambil gambar kenangan sekali. Meh tengok gambar meh.
Okay. Tiga gambar atas ni masa pagi. Konon-konon bangun pagi nak tengok sunrise. Nampak lah sunrise tapi dia keluar lambat sikit. Lagipun, kami sampai berpindah tempat sebab hampa. Hahaha... Lepas tengok sunrise tu, nak cari sarapan. Kebetulan jumpa gerai ni. Dia hidang laksa siam. Rasa dia macam kau makan bihun dengan masak lemak cili api. Sedap, bukan tak sedap. Tapi tak kena tekak. Selalu pagi-pagi cari nasi lemak. Hehehe...
Sambung jalan-jalan.
Masa tengah ambil gambar tepi sungai ni, orang yang jaga sampan tu panggil naik. Jalan-jalan kampung atas air.
Oh. Makan tengahari. Kami lapar. Pergi cari tempat makan. Jumpa ada satu gerai ni dekat kawasan kedai, lauk dia nampak sedap. Ada macam ikan patin masak tempoyak bagai. Sekali bila makan, perghhhhh pedas sungguh weh!! Baru satu sudu masuk mulut, pedas sampai berasap telinga... TAPI SEDAP.
Okay. Malam pula, memandangkan ini malam terakhir di Krabi, pergi pasar malam lagi sekali untuk beli ole-ole. Satu kedai je yang jual ole-ole banyak. Ada beg besar, beg kecil, t-shirt, keychain, button badge dan macam-macam lagi. Tinggal pilih je!
Pusing-pusing pasar malam, selain beli ayam goreng perisa tomyam, haruslah beli banana pancake. Sedap tahu!!
Balik pasar malam, cari makan berat pula. Makan mana?
Haa... kedai ni ada lauk, ada goreng-goreng. Sedap. Oh. Dia siap ada set nasi + lauk. Tapi kena cakap terang-terang pada pelayan dia. Haritu macam nak bergaduh juga order makanan. Hahahaha...
Habis makan, balik bilik kemas barang. Esoknya mahu pulang.
Day 6: 8 Februari 2015
BALIK!!
Alhamdulillah. Habis juga akhirnya coretan aku untuk 6 hari 5 malam di Krabi, Thailand. Untuk pengetahuan, aku baru balik dari Indonesia. Lepas ini tunggu aku tulis mengenai trip Indonesia pula ya. Kalau ada yang nak tunggu lah. Hehehe... Maaf kalau ada kekurangan. Kalau ada pertanyaan/masalah, boleh komen di bawah. Mana aku boleh tolong, aku tolong. Okay? Chow!
Okay. Tiga gambar atas ni masa pagi. Konon-konon bangun pagi nak tengok sunrise. Nampak lah sunrise tapi dia keluar lambat sikit. Lagipun, kami sampai berpindah tempat sebab hampa. Hahaha... Lepas tengok sunrise tu, nak cari sarapan. Kebetulan jumpa gerai ni. Dia hidang laksa siam. Rasa dia macam kau makan bihun dengan masak lemak cili api. Sedap, bukan tak sedap. Tapi tak kena tekak. Selalu pagi-pagi cari nasi lemak. Hehehe...
Sambung jalan-jalan.
Masa tengah ambil gambar tepi sungai ni, orang yang jaga sampan tu panggil naik. Jalan-jalan kampung atas air.
Muka semua penuh penyesalan. Hahaha... |
Pusing-pusing pasar malam, selain beli ayam goreng perisa tomyam, haruslah beli banana pancake. Sedap tahu!!
Banana + nutella. |
Haa... kedai ni ada lauk, ada goreng-goreng. Sedap. Oh. Dia siap ada set nasi + lauk. Tapi kena cakap terang-terang pada pelayan dia. Haritu macam nak bergaduh juga order makanan. Hahahaha...
Habis makan, balik bilik kemas barang. Esoknya mahu pulang.
Naik tuk-tuk besar punya sebab motor dah pulang. |
Day 6: 8 Februari 2015
BALIK!!
Alhamdulillah. Habis juga akhirnya coretan aku untuk 6 hari 5 malam di Krabi, Thailand. Untuk pengetahuan, aku baru balik dari Indonesia. Lepas ini tunggu aku tulis mengenai trip Indonesia pula ya. Kalau ada yang nak tunggu lah. Hehehe... Maaf kalau ada kekurangan. Kalau ada pertanyaan/masalah, boleh komen di bawah. Mana aku boleh tolong, aku tolong. Okay? Chow!
Coretan lain:
Krabi, Thailand (Day 1)
Krabi, Thailand (Day 2)
Krabi, Thailand (Day 3)
Krabi, Thailand (Last Part)
No comments:
Post a Comment