Pages

11 February 2015

Krabi, Thailand (Day 1)

Assalamualaikum dan salam sejantera semuanyaaaa!! Sawadee ka~

Hahaha.. okay. Entry kali ni aku nak bercerita pengalaman aku selama 6 hari 5 malam di Krabi, Thailand. Disebabkan banyak aktiviti yang kami buat, aku bahagi-bahagikan lah kepada beberapa bahagian. Semoga memberi informasi dan memberi sedikit gambaran untuk kalian yang nak ke sana. Okay? Okay.

Pertama sekali. 6 hari 5 malam. Mesti kalian rasa lamaaaa gilaaa kan? Apa yang aku buat sampai 6 hari 5 malam? Kaya gila. Mesti ribu-riban berhabis. Confirm #RKOM ni! (Okay. Yang tahu, tahu. Yang tak tahu, cuba Google kalau dapat. Hihi..) Masa sampai, memang kau rasa lama sangat. Tapi bila dah di sana, tak rasa lama pun sebenarnya.

Kedua kali. Plan ke Krabi ni dibuat seminggu selepas trip ke Universal Studio Singapore (USS). Cepat kan? Haha.. Kira-kira 5 bulan sebelum. Memang awal. Sebab nak dapat tiket murah. Untuk ke Krabi ni, tiket aku RM 101 (tak termasuk insurans dan baggage). 

KLIA 2.

Dipendekkan cerita. Aku bersama 9 lagi kakak-kakak comel dan cantik (9 termasuk adik aku seorang), telah memulakan penjelajahan ke Krabi, Thailand pada 3 Februari 2015. Okay. Di sini ada 3 penerbangan. Penerbangan pertama, pukul 7.30 pagi (kalau tak salah) -- Fyqa, Atikah, Aida dan Farina. Penerbangan kedua, pukul 1.30 tengahari -- aku, Aqilah, Fatin, Izzati dan Baini. Penerbangan ketiga, pukul 4.30 petang -- Faridah.Oh. Waktu Thailand lambat sejam dari waktu Malaysia. Jangan risau. Dalam flight tu pilot ada beritahu untuk tukar waktu dekat jam tangan. Tapi semua pakai handphone canggih kan? Haa dia boleh set sendiri. Takde hal lahh!

Kiri: Aku, Aqilah, Fatin.

Langit Krabi.

Fyqa, Atikah, Aida dan Farina dah sampai awal. Mereka terus ambil teksi, check-in hostel dulu. Aku, Aqilah, Fatin, Izzati dan Baini, sampai pukul 2.30 petang macam tu. Tunggu Faridah sampai. Tapi sebab ada beberapa jam lagi, kami cuba melawat sekitar airport. Mula-mula ingat nak cari wi-fi sebab nak whatsapp mereka yang dah sampai awal tu. Tapi... sedih! Susah nak dapat. Ada memang ada. Tapi dua kali kami dapat masuk free wi-fi tanpa kata laluan, dua-dua kena tutup. Hahaha...

Ingat nak makan. Masa tu dah duduk dah dekat medan selera dia. Tapi, mereka ada jual benda yang tak sepatutnya dimakan. Jadi, makan je lah dulu bekalan biskut yang dah dibawa dari Kuala Lumpur. Lepas tu, pergi solat dulu. Ya. Jangan risau. Airport Krabi ada surau. Untuk lelaki dan perempuan, asing-asing. 

Surau. Tak terlalu besar, tak terlalu kecil. Tapi selesa.

Sebab tak dapat wi-fi, kami pergi lah membeli simcard Thailand. Ada macam-macam talian yang ada tapi kami pilih ini.

Memasing teruja dapat Internet. Haha..

Antara pakej dia. Oh. Bukan termasuk orang sebelah kanan tu. Hihi..

Tak ada sebab tertentu pun. Sebab dah tak tahu nak pilih mana. Tapi yang ni, servis memang bagus. Unlimited. Untuk 7 hari -- unlimited Internet + 80 minit call.

Contoh peknya.

Dia siap tanya kami nak call ke negara mana. "Malaysia?" -- dia tanya, dia jawab. Haha.. Yang 0060060 tu nombor yang kena tekan sebelum nombor yang nak call. Kami masing-masing ambil pakej sama. Tapi cadangan aku kalau nak jimat, bahagikan jadi satu kumpulan kecil, 2 orang satu kumpulan. Salah seorang ambil call + Internet, seorang lagi ambil Internet sahaja. Jadi, mesti ke mana-mana berdua supaya senang jumpa kalau terpecah. Okay? Okay.

Pintu ketibaan. Pastikan kalian tak terlupa nak ambil baggage sebelum keluar sebab Izzati dah terlupa langsung pasal beg dia masa ni. Haha..

Untuk ke Ao Nang, kami ambil van. Selepas kalian keluar dari pintu ketibaan tu, akan nampak satu booth sebelah kanan. Dia warna kuning (aku lupa nak ambil gambar). Haa kami ambil van daripada situ lah. 1050 bt. untuk satu van. Kakak yang jaga tu Islam. Yang pemandu van kami pun Islam. Cuma tak reti cakap Englisah. Bahasa Melayu lagi lah. Jadi, kena pandai-pandai berkomunikasi bagi dia faham.


Pemandu tu bawa kami ke satu travel agency. Di sinilah kami tengok aktiviti apa yang kami boleh buat. Seronoknya, kalian boleh pilih aktiviti apa yang kalian nak buat. Boleh campur-campur pakej. Nanti dia bagi harga murah. Selagi boleh tawar, tawarlah cukup-cukup. Jangan risau. Tak kena maki punya. Oh. Yang aku perasan, kau pergi mana-mana pun mereka akan tunjuk brosur yang sama. Jangan risau. Tinggal kalian kena bahagikan masa kalian betul-betul je. Dan lagi sekali, JANGAN LUPA TAWAR.

Ini Mr. Chiang. Seronok deal dengan dia ni. Ketawa tak hengat!

Pakej yang kami ambil:-

Untuk hari kedua -- Phi Phi Islands, Bamboo Island, Maya Bay. (Harga asal: 2 000++ bt.)
Ada pergi lapan tempat. Sama ada untuk snorkeling ataupun cuma tengok dan dengar penerangan.


Untuk hari ketiga -- Program T4. (Harga asal: 1 800 bt. dewasa, 1 400 bt. kanak-kanak)

Untuk hari keempat -- Pakej A.

Kalau ikutkan, jumlah untuk semua aktiviti tu dalam 5 000 bt. Tapi kami dapat 3 500 bt. siap makan tengahari, tourist guide, van untuk ke Krabi Town, van untuk ke airport. Kira kami dah tak payah fikir dah pasal benda-benda tu. Bayar sekali jalan sahaja.

Selepas habis berbincang (ada lah dalam 2 jam), kami terus dibawa ke hostel. Malam tu, lepas solat, siap-siap semua, kami bersepuluh keluar makan dan jalan-jalan.



Bayar 120 bt. seorang untuk lauk-pauk yang banyak ini. Ha, sekali dengan nasi putih. Berbaloi kan? Hehe.. Oh, jangan risau. Ianya halal. Kena pandai-pandai pilih kedai yang ada tanda halal. Kalau ragu-ragu, tak payah makan.

Bergambar tepi pantai Ao Nang.

Jalan-jalan cuci mata.

Tertinggal cermin mata hitam dekat rumahhh...

Di kawasan Ao Nang, memang penuh dengan kedai cenderamata. Banyak yang lawa dan unik. Tapi, kalau kalian dalam percutian bajet, tak payahlah beli di sini. Mahal. Tunggu sampai Krabi Town. Tu pun kalau ada perancangan ke Krabi Town.

Dah penat pusing, balik tidur lah. Esok kena bangun pagi, nak beraktiviti. Okay. Cerita esok tu sambung nanti.

Di sini ada bajet aku untuk hari pertama. Semoga dapat membantu.


Sekian sahaja cerita kali ini. Sila update dari masa ke semasa sebab aku mungkin akan tambah informasi untuk lebih penerangan. Terima kasih sudi baca. Sawadee ka~




Coretan lain:
Krabi, Thailand (Day 1)
Krabi, Thailand (Day 2)
Krabi, Thailand (Day 3)
Krabi, Thailand (Last Part)

No comments:

Post a Comment