Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Okay. Kita sambung hari ke-3.
5 Februari 2015
8.30 pagi -- Bergerak dari hostel. Macam biasa, beri resit pada pemandu dan dia tahu nak bawa ke mana.
9.10 pagi -- 1st stop. Tiger Cave Temple. Kami diberi masa 2 jam untuk berlegar-legar di sini. Kau ada 2 pilihan, sama ada nak naik gua tu sampai atas atau jalan-jalan ambil gambar di bawah sahaja. Untuk permulaan, kami pilih jalan-jalan bawah ambil gambar.
1,237 step to top mountain. Gila apa?! Mahu tercabut kaki kalau naik. |
Tapi selepas beberapa minit, kami dah tak tahu dah nak buat apa dekat bawah tu. Lepas semua setuju, kita naik sikit untuk ambil gambar.
No no no!! Tinggi kot... |
Tetiba ada orang bersemangat untuk naik. Jadi, kami pun naik laaa perlahan-lahan.
Lepas dalam 500 anak tangga, posing lagi. Haha.. |
Dekat atas ni memang tak ada jual air tau. Tandas ada lah. Baik bawa air siap-siap. Takut nanti haus sangat, ada minum air dekat tandas nanti. Hahaha
10.20 pagi -- Sampai puncak. Yeayyy!!
Dari depan: No 3, No 1, No 2. |
Daripada 10 orang yang pergi, empat orang sahaja yang gigih naik atas. Kami bukan nak tengok kuil tu sendiri tapi kami lebih kepada nak tengok kekuasaan Allah s.w.t. Sebab semua yangjadi atas kekuasaan-Nya kan? (Nanti ada pula isu kata kami sibuk-sibuk panjat nak tengok rumah ibadah orang lain.)
Untuk sesiapa yang pernah datang sini tapi tak pernah naik sampai atas, mari aku tunjuk apa yang ada dekat atas tu. Meh sini meh...
Aku suka scene ni sebab nampak macam tengok cerita omputih. |
Lepas dah hilang penat, dah ambil gambar semua, kami pun turun. Dalam 10.48 pagi.
Nasib baik kami naik awal. Kalau tak, mahu kena kejar dengan monyet-monyet tu. Turun-turun je monyet kemain banyak dekat bawah. Ada tu nampak handphone pecah atas tangga. Takut sangat agaknya sampai campak handphone. Hahahahha..
11.12 pagi -- Sampai bawah. Menggigil lutut tahu tak?!! Lagi gigil daripada turun treadmill.
11.25 pagi -- Kami sampai ke tempat elephant trekking. Tak jauh pun dari Tiger Cave Temple. Tak sempat lelap pun.
Bila dah habis trek tu, aku dengan Aqilah minta tolong tukang bawa gajah tu ambilkan gambar. Dia turun, ambil gambar, lepas tu dia lepaskan gajah tu jalan sendiri. Cis!
Kami rasa dia tahu Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebab Aqilah ada borak-borak dengan aku yang dia tak mahu masuk air. Sekali, ambil kau! Dia suruh gajah tu main splash. Nasib baik aku tak terima offer duduk atas kepala gajah tu. Bila kami dah turun gajah tu, tiba-tiba dia cakap, "sayang kamuk!". Haa tahu dah dia sejenis educated. Hahahaha...
12.45 tengahari -- Sampai Hot Stream. Kolam air panas lah.
Ambil gambar, celup-celup kaki dalam air je. Cuaca panas, nak mandi air panas wat mende? Hihi... Tapi bila celup kaki dalam air tu, hilang lah sikit sengal-sengal lepas naik Tiger Cave Temple tadi.
2.00 petang -- Kami sampai di Emerald Pool. Tempat paling popular kalau orang datang Krabi ni. Oh, sebelum masuk dalam tu, kami makan tengahari dahulu. Lapaaaaarrrr~
Umi suruh pegang tangan, jangan lepas. |
5.00 petang -- Sampai hostel, mandi-mandi, solat semua sebab nak pergi ambil gambar dekat pantai. Maklumlah. Hari ini hari terakhir di Ao Nang. Esok nak ke Krabi Town pula. Oh. Tapi separuh daripada kami dah ke pantai dulu.
6.00 petang -- Photoshoot di pantai Ao Nang.
Lepas photoshoot, hari pun dah malam. Makan lah! Lapar!
Kedai makan ni dekat je dengan hostel kami. Keluar lorong, belah kanan. Haa cari situ. Dia ada tangga naik atas. Ada nasi goreng, ada lauk, nak pancake pun ada. Best best. Sedap belaka.
Lepas tu, jalan-jalan lagi area Ao Nang. Oh. Cari money converter dulu. Duit habis. Hahaha
Better Rate Exchange. Kami pun bukanlah pandai sangat bab-bab pertukaran duit ni. Tapi selepas pusing Ao Nang, kami rasa tempat ni memang sesuai dengan nama dia. Lagi pun aku pakai Singapore Dollar. Kebetulan ada lebih masa pergi Singapura hari tu. Pakai Singapore Dollar dapat banyak. 4 dollar dapat 100 bath kalau tak salah. Cukup lah belanja untuk lagi dua hari. Hihi..
Sambung berjalan. Masa ni, ramai jantina "pertengahan" tengah promosi konsert dia ke apa entah. Oh. Kalau rasa fulus tak cukup, tak payah lah layan. Kalau ambil gambar nanti kena bayar.
Jalan-jalan, sempat lah masuk Walking Street. Tengok mat salleh yang dah pencen lepak. Nampak comel je. Ada menari-nari. Dekat situ juga ada macam-macam ole-ole yang dijual. Tapi sekali lagi, sini mahal. Kalau rasa tak ada pilihan, boleh lah beli. Kalau tak, cari dekat Krabi Town. Okay?
Dah penat berjalan, kami pun balik hostel. Siap-siap. Esok nak bangun pagi. Nak terus check-out. Jumpa lagi. Babai.
Coretan lain:
Krabi, Thailand (Day 1)
Krabi, Thailand (Day 2)
Krabi, Thailand (Day 3)
Krabi, Thailand (Last Part)
Stainless Steel - Titanium Banger - TITanium Arts
ReplyDeleteCESTABILITY · TITAN citizen super titanium armor HEAD · titanium trimmer as seen on tv TITAN HEAD.Design · TITAN titanium quartz meaning HEAD. TITAN titanium bars HEAD. Design · TITAN HEAD.Design · TITAN apple watch stainless steel vs titanium HAND · TITAN HEAD.Design · TITAN HAND. Design