Pages

25 January 2013

TEAM BUILDING: Jalinan Ukhwah Pemangkin Kejayaan

18 Januari 2013 (Jumaat)

Gerak dari UiTM Lendu dalam pukul 2.45 petang. Sampai Taman Botanikal, Ayer Keroh dalam 3.30 petang macam tu kot. Tak perasan. Tapi Alor Gajah, Ayer Keroh dekat je. Tak sempat nak tidur pun. Hehe..

Sampai sana, perkara pertama ialah sesi penerangan dari Encik Rashid – ketua fasilitator. Lepas tu sesi memasukkan barang ke dalam dangau. Apa itu dangau? Bukan danau + bangau tau. Tapi dia tempat menginap. Macam kabin la. Nampak dari luar macam kecil. Tapi muat 5 6 orang tau.

This is DANGAU.

Okay. Selepas sesi meletakkan barang, ada sesi "Ice Breaking". Eh! Bukan pecahkan ais! Sesi berkenalan. Punyalah mencabar sesi suai kenal dia. Mula mula kena buat satu bulatan besar, kenalkan nama, asal, warna kekuatan, perangai buruk dan haiwan ditakuti. Lepas tu kena pecah pecah ikut apa yang Encik Rashid bagi – warna tak suka, warna kekuatan, bulan lahir, operator telefon. Setiap kali pecah pecah tu, kena ingat setiap orang punya. Tapi aku tahu. Motif sebenarnya nak bagi ingat nama. Kira efisyen la juga cara tu. Cuma naik pecah juga kepala aku nak ingat satu satu.

Sesi seterusnya ialah memecahkan 33 orang peserta kepada 4 kumpulan. Macam biasa lah. Sebut nombor 1 hingga 4, berulang kali, sehingga habis. Maka terbentuklah 4 kumpulan yang mempunyai 8 orang peserta dalam setiap kumpulan. Tapi, untuk kumpulan aku - Kumpulan 1 - kami ada 9 orang. Special case. Hehehe.. Oh, ahli kumpulan aku terdiri daripada:-
1. Azrul (Ketua Kumpulan)
2. Awatif (Pen. Ketua Kumpulan)
3. Atoy
4. Fitri
5. Hafizan
6. Mila
7. Dayu
8. Ira
9. Qiwa

Seterusnya, kami perlu membina nama kumpulan, bendera, visi & misi, perancangan jangka pendek, gaya sorakan (cheers). Mengenai bendera, kami sangat beruntung sebab ada pelajar Art & Desgin dalam kumpulan kami - Atoy.


Ketua kumpulan sedang mewarna bendera.
Azrul a.k.a Jong Kook.

Sesi Usrah. Selepas Maghrib.

Haa.. Malam tu selepas Isya', kami ada sesi ceramah yang bertajuk "Menjadi Usahawan Berjaya". Pensyarah KBM yang bagi ceramah. Namanya Puan Hamizah. Seronok. Sebab beliau sangat bersemangat bila sampaikan isi isi penting. Aku pun jadi semangat nak menyalin. Hehehe..

Puan Hamizah (kiri) bersama Ketua Projek, Amiza.
Selepas itu, ada sesi memperkenalkan kumpulan dan ada buat persembahan sedikit.


19 Januari 2013 (Sabtu)

Bangun seawal 5.30 pagi semata mata nak mandi. Terasa macam zaman sekolah. Hahaha.. Nasib baik bilik air dia tersangat indah. Tak macam masa aku pergi Kem Kokurikulum dulu. Kali ni terasa senang hati je nak mandi. Hehehe..

Plan asalnya solat berjemaah semua sekali pukul 6 pagi. Tapi tunggu punya tunggu punya tunggu, budak budak lelaki tak sampai sampai. Pukul 6.30, kami – aku, Amiza, ‘Atikah, Fathiah, Zima – solat berjemaah antara kami sahaja.


Dari kiri: Zima, Awatif, Miza, Tika, Ika, Fathiah.

Selepas itu, ada sesi memanaskan badan. Seronok la juga. Lama dah tak panaskan badan kan? Selalu hati je yang panas. Hahaha.. Titik!


Aktiviti "Orienteering"

Aktiviti paling seronok hari ini – "PAINTBALL"! Pertama kali main, buat aku jatuh cinta. Hahaha.. Kami semua dibahagi kepada lapan kumpulan. Kira setiap kumpulan bahagi dua – 1 & A, 2 & B, 3 & C, 4 & D. Aku kumpulan A dengan Azrul, Mila, Fitri. First game kumpulan aku, kami menang.  Sebab? Aku berjaya touch kubu kumpulan D. Gila gementar. Aku pun tak tahu apa yang mendorong aku sampai boleh buat macam tu. Bila kata game over je, semua cakap aku hebat. Tapi aku rasa nak pengsan. Lari dalam 100 200 meter je. Tapi sebab ada “muffin” berlebihan, rasa kejang dari peha ke bawah. Penat tau!

Oh. Ada kontroversi berlaku. Masa separuh akhir, kumpulan A lawan kumpulan B. Masa tu Azrul dah habis peluru, dia minta aku cover dia. Tapi sebab aku control belah kanan, takut kena tembak. Mungkin dia bengang sebab aku tak cover, dengan berani matinya dia berlari pergi tempat kumpulan B. Tiba tiba, ada orang cakap dia dah mati. Lepas pengadil teliti baju dia, tak ada kesan cat langsung. Diulangi, LANGSUNG. Jadi, pengadil isytihar kumpulan A menang. Lepas tu ada sedikit pergaduhan terjadi. Sebab ahli kumpulan B dan pengadil lagi seorang nampak ada peluru kena. Cuma, mungkin peluru tu tak pecah. Sebab tu tak ada kesan. Memang akan ada peluru yang tak pecah. Kira nasib lah tu. Pemain kira mati kalau ada kesan cat pada baju. Untuk kes ini, kami kumpulan A minta maaf kepada kumpulan B. Maaf jika buat kalian tidak puas hati. *peace*



Final round, kumpulan 1 lawan kumpulan A. Nampak tak kelakar dia di situ? Kumpulan lain semua dah masuk dewan. Malas nak tengok sebab kalau menang pun, sama je ceritanya. Satu kumpulan kan? Hahaha.. Kami pun lawan main main je. Yang penting, aku tak kena tembak pun. Hihihi..

Lepas solat Zohor, kami ada aktiviti “Jungle Trekking”. Kali kedua meredah hutan Taman Botanikal. Tapi laluan lain. Jalan masuk je sama. Seronok bila redah air dan mengengsot dalam lumpur. Aku pakai baju 6 tahun lepas pun mereka cakap aku pakai baju lawa. Tapi memang dah banyak kali aku pakai baju tu masuk hutan, redah lumpur. Penangan baju rm40. (:

Lepas solat Isya’ berjemaah, berkumpul di dewan. Sepatutnya setiap kumpulan kena buat persembahan. Kira macam Malam Kebudayaan lah. Tapi tiba tiba tukar. Kena buat ucapan umum. Berdiri di depan, fasilitator bagi tajuk, cerita pasal tu. Aku dapat tajuk “Pengalaman Main Paintball”. Mentang mentang dia aku masa habis main tu. Aku macam banyak merepek tapi sekurang kurangnya aku berjaya untuk bercakap dengan yakin depan orang ramai. Tahniah untuk diri sendiri!

Okay. Dalam pukul 1 pagi, kami mulakan aktiviti “Night Walk”. Lalu jalan tar dari pintu masuk Taman Botanikal ke Muzium Perhutanan. Jalan dia sangat gelap. Diulangi, SANGAT GELAP. Hanya berpandukan jalan tar. Tahu tak, sepanjang jalan tu aku perasan macam ada fasilitator yang duduk jaga tepi jalan, ada orang suluh jalan, ada bau asap rokok. Rupanya itu perasaan aku sahaja sebab semua fasilitator tunggu di hujung jalan. Nampak tak elemen mistik di situ? Jeng jeng jenggg... Tapi memang terbaik lah. Macam macam perangai keluar masa ni. Adeh...


20 Januari 2013 (Ahad)

Aktiviti peratama, seperti biasa - sesi memanaskan badan.



Selepas itu - "Explorace"!! Seronok sungguh explorace. Memang berpeluh habis. Baru terasa Taman Botanikal tu terlampau besar. Untuk aktiviti kali ni, kumpulan dibahagi sama macam main "Paintball". Antara checkpoint kami ialah:-
- Air Terjun Buatan
- Pintu Masuk
- Stesen Buggy 2
- Kampung Buku
- Taman Herba
- Taman Cerita
- Taman Dinasour
- Pentas Terapung
- Dangau 24
- Paintball

Sempat lah juga kumpulan aku ikut laluan 10 000 langkah. Tapi rasa tak sampai 10 000. Kami jalan dalam 9 000 langkah je kot. Tapi serius penat. Yang ajak ikut laluan ni semua, aku. Disebabkan itu, kami agak terlambat. *maafkan saya*

Antara cabaran "Explorace".

Habis explorace, ada 2 sesi "Team Building". Pertama, kami kena tulis perkataan UiTM. Tapi bukan tulis begitu sahaja. Setiap orang diberi tali dan setiap kumpulan diberi satu marker pen. Ikut kreativiti kumpulan tu nak tulis macam mana.

Hasilnya.

Kedua, yang ini agak seronok lah. Aku panggil aktiviti ni aktiviti bunuh diri. Hahaha.. Kenapa? Kami perlu jatuhkan badan atas tilam yang dipegang peserta lain. Untuk aktiviti ni, kepercayaan tu sangat penting.

Style kan?

Menggeletar juga bibir masa ni.

Baiklah. Itulah aktiviti terakhir untuk "Team Building" kali ini. Selepas acara penutup, kami pun bergerak balik. Terima kasih banyak banyak kepada Encik Rashid dan fasilitator fasilitator lain.

Encik Rashid (kiri) dan Penasihat KUMUDA, Puan Siti Rosnita.

Kumpulan 1 - NUMIRO UNO.






No comments:

Post a Comment