Pages

25 June 2013

Land Below the Wind... SABAH!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Dalam pada membanting tulang menjadi promoter, sempat juga lari empat hari untuk pergi bercuti. Bercuti ke mana? Ke tempat yang sangat sangat sangat aku rindu untuk pergi. SABAH !

Kali pertama pergi, tahun 2006. Atas tiket pertandingan dan dibiayai oleh Jabatan Pendidikan Selangor. Hoho.. Seronok! Tapi yang tak seronoknya, tak dapat tengok pemandangan sangat sebab aku mabuk jalan. Tapi kali ni, puas sangat sangat sangat!

Hari pertama: 4Jun2013

Penerbangan dari Kuala Lumpur pada pukul 12.30 tengah hari dan sampai Sabah pada pukul 2.30 petang. Penerbangan agak lancar. Goyang goyang sikit, biasa lah tu. Paling seronok masa tayar kapal terbang hentak jalan. Rasa puas dia tu macam naik roller coaster. Hahahaha..

Keluar imigresen, tiba tiba ternampak ada orang pegang kertas tulis nama "Mr.Aziz". Tiba tiba teringat scene dalam 'Eiffel I'm In Love'. Eh? Hahahahha.. Orang tu namanya Freddie. Pemandu pelancong kami untuk hari kedua dan ketiga. Freddie hantar kami terus ke hotel - Likas Square Apartment Hotel.

Menu makan malam. Di Sabah Waterfront. Ada pakis goreng belacan, butter prawn, ketam masam manis, ikan bakar sambal. Perghhh! Sedap sedap sedap! Tapi perut aku mengada masa tu. Agak tidak selera untuk makan tetapi 100plus berjaya menyelamatkan aku daripada rasa nak pengsan.



Hari kedua: 5Jun2013

Pengembaraan kami pada hari ini bermula pada jam 8pagi. Ke mana? Rumah Terbalik. Menarik tempat ini. Tak payah susah susah nak pergi luar negara untuk tengok rumah terbalik. Di Malaysia pun ada tau!

Sebelum masuk rumah terbalik, kena ketuk gong 3kali, ketuk pintu dan beri salam. Baru boleh masuk. Dalam tu diberi penerangan tentang setiap sudut dalam rumah dan kenapa ianya sedemikian rupa. Datang, tengok dan dengar sendiri!

Oh. Dalam rumah terbalik tu tak boleh ambil gambar. Tapi di luar ada bangsal terbalik, kebun terbalik dan tandas terbalik. Yang tu boleh ambil gambar. Okay?

Selepas itu kami ke Pekan Nabalu. Di Pekan Nabalu ni ada banyak gerai menjual barang cenderamata. Tapi apa yang lebih menarik ialah kita dapat tengok Gunung Kinabalu dari jarak dekat! Pemandangannya sangat cantik. Sayang sedikit sebab semasa kami pergi, penuh dengan kabus. Kalau tak, lagi cantik nampak gunung tu. Tapi tapi tapi, aku suka kabus! Hihihi..

Sungai Tagal. Kira macam kolam ikan lah. Ikan yang gigit gigit kaki tu. Tapi menariknya, ikan ikan di sini sangat besar! Macam ikan yang biasa goreng di rumah tu. Dah lah tu. Ada ikan keli pula. Perghhh!! Haa nampak tak ekspresi umi? Hehe.. Setiap kumpulan diberi masa dalam 15 ke 20 minit untuk duduk di kawasan sungai tu. Sama ada untuk hulur kaki atau beri ikan makan. Bunyi ikan tu makan agak menakutkan. Mungkin sebab besar sangat. Lepas tu, ada jambatan gantung. Boleh naik dan tengok sungai dari atas.

Kolam Air Panas Poring. Tapi kami tak mandi air panas pun. Sebab nak kejar masa. Lagipun air panas mana mana sama je kan? Hmm.. Kami buat jungle trekking. Mula mula kena lalu trek sepanjang 750meter untuk sampai ke jambatan gantung. Freddie kata, trek ni lebih kurang sama dengan trek di Gunung Kinabalu. Habis 750meter tu, sampai ke Pondok Manggas untuk naik jambatan gantung. Ada lima jambatan dengan empat tempat berhenti. Aku tak ingat panjang jambatan tu tapi kata Freddie, tingginya boleh cecah satu bangunan.

Sepanjang jalan tu akan nampak pokok pokok, bukit bukit, serangga dan dengar bunyi sungai. Di samping itu boleh cabar diri sendiri untuk naik jambatan gantung. Hmm.. Seronok sangat! Keseluruhan trek ini ialah 950meter dan kami mengambil masa satu jam untuk menghabiskannya.

Tempat terakhir untuk hari ini. Desa Cattle (Sabah) Sdn. Bhd. Ladang lembu dan kambing. Sangat cantik tempat ini... dan sejuk! Di sini boleh tengok macam mana susu lembu tu diperah. Comel je tengok lembu lembu tu beratur untuk makan sambil susunya diperah. Haa lembu pun reti beratur tau!

Lepas tu ada kandang anak lembu dan anak kambing. Boleh beri minum susu dan makan rumput. Mereka sangatlah comel. Bila dah habis tu, ambil lah gambar banyak banyak banyak. Pemandangan lawa sangat dan nampak Gunung Kinabalu juga.


Hari ketiga: 6Jun2013

Lok Kawi Wildlife Park. Zoo di Sabah? Hehe.. Di sini tarikan utamanya sudah tentu orangutan dan orangutan hidung besar tu. Itukan binatang yang melambangkan Sabah? Comel tau!

Hmm.. Masa pergi sini, sempat tengok persembahan binatangnya. Dia punya persembahan penuh dengan elemen suspen, kejutan dan meriah! Sesiapa yang datang sini patut tengok persembahan ni. Mesti korang balik dengan senyuman.

Selepas itu, Freddie membawa kami ke Pantai Tanjung Aru untuk bermain dengan matahari! Oleh kerana Maghrib di Sabah pada pukul 6.30 petang, maka 5.30 ke 6.30 petang itu adalah masa terbaik untuk melihat matahari terbenam. Pantai indah. Langit luas. Sangat cantik! Memang kena ambil gambar banyak banyak banyak sebagai kenangan.

Umi teringin nak tengok pusat membeli belah di Sabah. Jadi kami pun ke One Borneo. Tempat Adam ujibakat masa AF2 dulu. Eh? Hehe.. Kami ada satu jam untuk menghabiskan masa di sini. Sempat juga lah Qila Danish Dzarif merasa aktiviti memanah.


Hari keempat: 7Jun2013

Hari terakhir. Tapi masa pulangnya pukul 6.30 petang. Lambat lagi. Jadi pagi tu, sempat jalan jalan cari makan dan ole ole.

Nasi kuning! Nasi kuning ni popular dekat Sabah. Lebih kurang macam nasi lemak lah tapi ayam sambal tu serius sedap! Hehehe.. Ini kami sarapan di Waterfront. Tempat sama kami makan malam masa hari pertama. Di Sabah, setiap menu akan ada sup kosong. Tak payah minta pun. Tapi sup sup mereka sedap okayyy.

KK Waterfront

Pasar Filipina. Datang Sabah, tak lengkap kalau tak pergi tempat ini. Di sini ada jual banyak kuih muih Sabah dan ole ole untuk dibawa pulang. Rumpai laut pun ada jual tau! Harga jangan risau. Boleh tawar menawar punya. Nak borong banyak banyak pun boleh!

Sebelum pergi lapangan terbang, pemandu pelancong yang menggantikan Freddie membawa kami ke Masjid Bandaraya. Ambil gambar dan solat di sana. Oh, masa ni Freddie pergi panjat Gunung Kinabalu. Bawa pelancong juga.



Terima kasih Air Asia

Terima kasih Likas Square

Terima kasih banyak banyak banyak Freddie!

Sekian sahaja cerita Sabah - Negeri di bawah Bayu.




p/s: sila klik pada gambar untuk paparan lebih besar.



No comments:

Post a Comment