Pages

24 February 2015

Krabi, Thailand (Day 2)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Okay. Seperti yang dijanjikan. Aku sambung pengembaraan kami bersepuluh di Krabi, Thailand. So, here we go~

4 Februari 2015
5.40 pagi -- Aku terjaga untuk Subuh. Oh. Waktu solat ni aku berpandukan Waktu Solat Krabi 2015. Untuk arah kiblat, aku dah ada aplikasi arah kiblat dalam handphone jadinya berpandukan itu sahaja. Sekarang semua di hujung jari kan? Jangan risau. Asalkan yakin.

Nah. Pemandangan dari balkoni hostel lepas Subuh.

8.45 pagi -- Van Mr Chiang ambil kami bersepuluh ke tepi pantai Ao Nang untuk naik speedboat. Eh, tapi bukan Mr Chiang laa yang bawa. Hehehe.. Sementara tunggu bot tu, wefie laa dulu ya dok?




9.30 pagi -- Naik bot, ikut abang speedboat gila-gila (aku lupa nama dia. hahaha). Oh. Masa daftar untuk naik bot tu, dia ada bagi pelekat warna merah suruh lekat dekat baju bagi nampak. Abang speedboat gila-gila tu panggil kitorang, dia bantai lekat benda tu dekat dahi dia. Aku dah ingat dia tak betul dah masa tu.


Haa speedboat ni bukan kau seorang punya. Memang ramai. Masa kami naik tu, ada 4 kumpulan (kot). Yang dalam gambar ni belah belakang. Belah depan bot tu ada abang-abang Malaysia duduk.

10 pagi -- Sampai di Bamboo Island. Serius, tempat ini sangat lawa. Pasir putih. Air biru, jernih lagi. Memang seronok buat sesi bergambar.



Kau boleh berjalan-jalan dekat sini. Bila kau pergi ke sebelah lagi satu, kau dapat tengok omputih ber-bikini bersidai di tepi pantai. Mana tahu nak cuci mata ke kan? Tapi jangan kelip mata!! Mampu? Hahahhaa..


11.00 pagi -- Kami sampai ke Phi Lai. Selepas itu ke Viking Cave. Dekat Viking Cave ni, abang speedboat gila-gila tu beritahu, ada sarang burung. Mereka buat jual-beli sarang burung tu, haa sarang dia buat dekat Viking Cave ni. Kau boleh tengok dari jauh je. Abang speedboat gila-gila buat lawak. Katanya, kalau kau ada duit, baru boleh masuk. Untuk beli sarang tu dengan gua tu sekali.

11.30 pagi -- Kami sampai ke Maya Bay. Okay. Dekat Maya Bay ni, kau boleh berenang-renang ikut suka hati kau. Tapi masa kami sampai sini, perghhh kemain penuh lagi weh. Bak kata abang speedboat gila-gila, dah macam dekat Tesco!! Serius ramai. Disebabkan aku dan Aqilah memang tak reti berenang, tidaklah kami sanggup untuk ke tengah. Kami berenang-renang di tepian sahaja. Izzati, walaupun tak reti berenang juga, kalau dah sampai pulau, memang masuk 'saka' dia. Macam dekat Tioman dulu. Hahaha.. Oh. Lepas tu Fatin ikut aku dengan Aqilah berenang-renang di tepian sambil selfie. Hihi..

12.20 tengahari -- Sampai Phi Phi Don. Atau Phi Phi Island. Abang speedboat gila-gila kata sama je. Nama sahaja lain. Di sini, masa untuk makan tengahari!! Serius lapar sungguh. Kan dah beritahu pakej ni sekali dengan makan tengahari? Haa tempat dia ke dalam sikit laa. Masa tengah jalan-jalan tu baru aku tahu tempat tu kena Tsunami dulu. Itu pun sebab aku nampak signboard "Tsunami Evacuation". Beberapa hari lepas tu, Fatin beritahu ada signboard tunjuk berapa ramai yang mati masa tu tapi malangnya, semua ditulis dalam tulisan Siam.



Makanan dihidang dalam buffet. Sepanjang 6 hari di Krabi, ini yang paling sedap. Kenikmatan dia masih terngiang-ngiang sampai masa aku menaip ni. Yang penting, HALAL.

1.20 petang -- Dah kenyang kan? Haa masa untuk snokeling! Tempat pertama, Monkey Bay. Masa di sini aku turun sekejap sahaja. Sebab tak nampak ikan. Lagi satu sebab Aqilah tak boleh nak pakai goggle tu. Entah macam mana entah. Haha.. Jadinya, aku temankanlah dia dekat atas. Sementara yang lain main air, kami posing atas bot.

Terima kasih abang-abang Malaysia yang meng-offer-kan diri untuk ambil gambar kami.

Selepas Monkey Bay, kami ke Hin Klarng. Untuk snokeling juga. Haa yang ini aku masuk. Sampai kau tak perasan kau dah hanyut jauh dari bot. Dah lah tak reti berenang. Kayuh punya kayuh (pakai life jacket) nasib baik bergerak. Bila tak bergerak tu, pergi jerit panggil kawan tolong tarik. Hahaha.. Yang jadi mangsa aku biasalah, Fatin dan Izzati. Hihi.. Terima kasih bebanyak yaaaa.

Air dekat Hin Klarng ni lawa sungguh dan sangat sejuk! Dan density air dia macam padu habis. Sebab tu aku rasa orang yang terror berenang pun boleh nak lemas. Sampai naik bot ambil life jacket (mula-mula gelakkan kami sebab pakai life jacket. Hahaha). Ikan di sini ada, tapi tak banyak dan tak lawa macam dekat Pulau Tioman. Ikan biasa-biasa je. Pemalas ikan-ikan ni. Tunggu bagi makan baru nak datang. Kami pula lupa nak bawa bekal untuk ikan. Terpaksa gadaikan biskut cheese yang Izzati bawa. Kerrrrlas kau ikan makan biskut cheese. Sampai licin pulaa tu! Tapi okay lagi laa daripada kena makan muntah Afiqah (Afiqah muntah dalam air lepastu ikan datang makan hahahaha). Oh. Izzati tak takut berenang sampai tengah laut tapi takut bila ikan datang. Pelik!! Haha

Hmm.. Ada satu masa, abang speedboat gila-gila bawa naik satu makhluk air macam landak. Aku tak ingat apa nama dia tapi dia tajam. Luka juga laa tangan dia semata nak tunjuk contoh pada kami. Dia siap patahkan sikit benda tu lepas tu buat demonstrasi pada kami. Seram juga tapi tak luka pun. Dia rasa macam besi.



4.00 petang -- Sampai Ao Nang. Oh. Kali ni bukan van yang datang ambil kau. Sebab dah main air kan. Basah-basah tu, aku rasa tuk-tuk kot nama dia. Dia macam lori, belakang tu ada kerusi duduk ramai-ramai. Haa. Eh lupa nak beritahu. Masa kau berjalan ke bot pagi-pagi tadi tu, ada orang akan ambil gambar kau. Jadi bila kau sampai petang tu, mereka dah siap cuci, letak dalam frame semua. Ikut kau lah nak beli ke tidak. Tapi kami tak beli pun walaupun gambar aku dan Aqilah lawa siap berpimpin tangan. Hehehe.. Harganya 100 bt. setiap satu ya.

8.45 malam -- Cadangnya nak keluar lepas Maghrib. Dalam 6.30 ke 7 macam tu. Alih-alih semua pengsan (ketiduran) lepas main air. Sedar-sedar dah gelap. Haha.. Okay. Kali ni kami makan di tempat lain. Kalau hari sebelum, kami berjalan ke sebelah kanan hostel. Malam ni, jalan sebelah kiri. Untuk info, sebelah kiri tu lagi banyak kedai makan yang Halal.


Fried rice with fried prawn. Kalau nak telur, kena tambah 120 bt.

Secara jujurnya, aku tak cadangkan kalian masuk sini. Sebab apa? Mahal Ya Rabbi! Nasi goreng yang aku makan tu, 150 bt.!! Nasib baik kongsi dengan Aqilah. Air, bawa sendiri. Haha..

Lepas makan, jalan-jalan cari pancake. Ya. Krabi terkenal dengan banana pancake.

Banana + chocolate pancake.



Haa. Inilah tempat kami beli. Sedap weh! Tempat dia, bila kau keluar dari Bamboo Restaurant tu, pergi kiri. Terus je. Nanti kau nampak gerai ni. Dia depan farmasi. Kawasan Ao Nang ni banyak kedai yang sama. Jadinya, kalau aku sebut kedai, takut kalian jumpa yang dekat belah lain. Lagipun aku lupa nama farmasinya (maaf). Tapi mesti jumpa punya, jangan risau. Oh, ada orang siap beli lagi lepas makan tu. Nampak tak sedap dia?

Jalan punya jalan, pukul 11.00 malam balik hostel sebab esok ada aktiviti lagi. Kena bangun pagi.

Nah. Jumlah perbelanjaan aku untuk hari ini :-


Okay. Habis cerita hari kedua. Sekian, terima kasih.




Coretan lain:
Krabi, Thailand (Day 1)
Krabi, Thailand (Day 2)
Krabi, Thailand (Day 3)
Krabi, Thailand (Last Part)

No comments:

Post a Comment