Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semuanya!
Hari ini aku ingin membuat sedikit catatan berkenaan percutian aku dan rakan rakan ke Pulau Tioman dan Johor Bahru pada bulan lepas. Bulan lepas? Ya. Disebabkan beberapa perkara, catatan ini terpaksa ditangguh beberapa kali. Hehehe.. Baiklah. Mari ikuti kisah aku.
18 Ogos 2013
Aku, Fatin Nadia dan Izzati Ayuni gerak dari Kuala Lumpur ke Muar dengan menaiki bas pada pukul 7 malam. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3-4 jam. Sampai di Terminal Bas Muar, Faridah jemput kami bertiga dan terus berehat di rumahnya. Oh, sebelum tu sempat menjamu selera dalam keadaan mamai sebab perjalanan rasa lama sangat.
19 Ogos 2013
Pukul 4.30 pagi dah bangun mandi siap semua. Haa semangat sungguh kan? Hahaha.. Taknak berebut bilik air pun ya juga. Almaklumlah aku mandi sekejap sangat. (Eh?) Okay. Seperti dijanjikan malam sebelum, pukul 5.15 kami gerak dari Muar ke Jeti Mersing menaiki kereta yang dipandu Faridah. Jauh juga lah. Ikut jalan kampung, sempat terlelap beberapa kali.
Pukul 8 pagi kami dah sampai di Jeti Mersing. Tapi janji dengan agen kami tu pukul 11 pagi. Lamaaaa lagi. Jadi, inilah yang berlaku...
Dari kiri: Faridah, Izzati Ayuni, Awatif Fatihah, Fatin Nadia. |
Lepas dah tak tahu nak buat apa, baru teringat yang kami belum sarapan. Jadi, destinasinya ialah Pekan Mersing. Nampak kedai makan macam sedap, SERBU! Oh. Kalau nak keluar duit, baik keluarkan siap siap dekat pekan ni sebab dekat pulau tiada ATM ya. Baiklah. Lepas makan, sempat singgah kedai RM2. Beli barang sikit sikit, pergi jeti semula.
Sesiapa yang datang sini menaiki kenderaan sendiri, tak payah risau nak tinggalkan kereta. Sebab ada tempat letak kereta yang selamat dekat sebelah Jeti Mersing tu. Satu malam RM10. Okay lah kan?
Dekat sebelah kanan jeti tu pula ada tempat jual cenderamata cenderahati semua. Kami tengok tengok dulu apa nak beli. Balik nanti baru borong. Oh. Sempat juga lah beli cermin mata hitam. Setengah jam duduk situ pilih mana berkenan. Aku pun dipujuk pujuk untuk beli satu. Nak feeling feeling dekat pulau katanya. Hahaha..
Dipendekkan cerita, lepas jumpa agen, dia bagi tiket dan beritahu apa nak buat bila sampai pulau semua, tunggu sekejap dekat tempat penumpang tu. Bila duduk situ, raaaaamai sangat pelancong asing. Penduduk tempatan pun ramai juga. Mungkin sebab baru balik beraya. Maklumlah kami pergi masa minggu kedua raya.
Pukul 12 tengahari, akhirnya feri sampai. Rasa gementar juga lah nak naik mula mula. Sebab perjalanan dari jeti ke pulau tu saaaangat lama. Tak pernah lagi lah ada pengalaman macam ni. Selalu naik feri dekat dekat je. Dan macam biasa sempat tidur dalam tu. Serius lama. Rugi tak tidur. Dah lah pagi tu bangun awal. Lagipun tengah laut, tak ada benda sangat nak tengok.
Pukul 3 petang, akhirnya sampai di Kg Paya, Pulau Tioman. Sebelum diberi kunci bilik, kami diberi minum untuk menyegarkan diri. Hilang sikitlah penat duduk dalam feri tu.
Bila dah dapat kunci bilik, terus angkut semua barang barang masuk. Tapi sebelum apa apa,...
Berehat sekejap dalam bilik, solat jama' Zohor + Asar siap siap. Rapi rapi diri sikit, pukul 5.30 petang kami keluar untuk ambil angin tepi pantai.
Sesi lompat melompat. Acara kemestian. |
Posing dengan cermin mata baru. Hihi.. |
Lagi lagi lagi.. |
Okay. Lepas Solat Jama' Maghrib + Isya' di bilik, kami makan malam. Oh lupa nak cakap. Segala makanan kami bermula malam kami sampai sehingga sarapan hari terakhir, disediakan pihak hotel. Ia termasuk dalam pakej kami.
Ambil angin malam sambil teman kawan kawan cari line. |
20 Ogos 2013
Pukul 8 pagi sarapan sudah disediakan. Saaaangat banyak makanannya. Ada hot dog, mee goreng, bihun goreng. Kenyang sungguh sarapan.
Lepas makan, kami siapkan barang barang untuk buat aktiviti air. Sebab tak ada kelengkapan, kami sewa dari pihak chalet. Sewa life jacket dan goggle. Sebelum pergi jeti, tuan punya chalet beritahu ada lagi dua orang akan ikut kami sekali. Mat salleh katanya. Dia suruh berkenalan mana tahu kot kot boleh buat kawan. Kami macam, 'amboiii uncle ni...'. Tapi dalam hati macam berdebar juga. Hahahha..
Muka excited sebab nak buat aktiviti air campur nervous sebab ada omputih ikut sekali. Haha |
Tunggu punya tunggu punya tunggu. Tak sampai sampai lagi mat salleh dua orang tu. Sementara tu kami macam takut juga kalau yang datang tu pasangan. Macam tak best la kan? Hahaha.. Lepas tu tiba tiba ada dua orang lelaki mat salleh datang sambil berlari lari. Lepas tu dia tanya, kami ke yang buat aktiviti sekali dengan mereka? Baru macam, 'ohh. dua dua lelaki. okayy...'. Terasa gembira di situ. Yang lari tu bukan apa. Mereka ingat mereka dah lambat. Tapi kalau ikut masa dijanjikan, memang mereka lambat. Cuma bernasib baik sebab bot tak sampai lagi.
Maka bermulalah aktiviti kami dari pagi sampai petang ke tempat tempat yang telah diaturkan oleh pihak chalet bersama dua orang mat salleh yang berasal dari Australia dan Switzerland tapi belajar di Jepun. Oh. Seorang macam Thor, seorang lagi macam The Amazing Spiderman. Hihihi..
Gambar bawah. Dari kiri: Jonas, Faridah, Awatif, Fatin, Izzati, Luke. |
Snorkeling di Pusat Marin. |
Snorkeling di Pusat Marin. |
Okay. Lepas seronok ber-snokeling, kami dibawa ke kedai bebas cukai. Ia terletak di sebuah kampung yg betul betul perkampungan. Maksudnya ada rumah keluarga, sekolah, kedai semua. Sebab di Kg Paya tak ada semua tu. Masa di sini juga, Jonas sempat promote coklat dari Switzerland. Hehehe..
Sementara menunggu bot sampai, Jonas dan Luke dah lapar. Kami berempat dah diberi bekal oleh pihak chalet sebab tu macam tak kisah sangat. Tapi sebab mereka berdua ajak teman makan, kami ikut je lah. Cuma kami berempat membuat keputusan untuk belanja mereka sebagai tanda orang Malaysia ni sangat berbudi pekerti tinggi. Promote Malaysia tau!
Kelakar bila tengok Jonas nak habiskan mee kari yang sangat pedas. Tapi Luke pula selamba telan mee tomyam. Siap boleh habiskan mee kari Jonas lagi. Dahsyat dahsyat! Mereka ada cerita (sebenarnya selepas ditanya) yang mereka akan ke Kuala Lumpur keesokan hari. Bila dapat tahu kami dari Kuala Lumpur, mereka macam excited sekejap. Mungkin sebba boleh bawa mereka ke Kuala Lumpur pula sebab mereka tidak ada idea macam mana nak pergi Kuala Lumpur sebenarnya. Tapi malangnya, kami berempat akan ke Johor Bahru keesokannya. Tak ada rezeki.
Lepas tu, bot sampai untuk pulang ke Kg Paya. Sedih juga berpisah dengan mereka selepas membuat aktiviti bersama. Okay dah. Lepas sampai Kg Paya, kami berempat buat keputusan untuk main kayak. Yang ini kena bayar lain sebab tak termasuk dalam pakej.
Kayak yang sangat memenatkan! Ada tiga checkpoint, setiap kali berhenti aku terbaring. Serius penat! Angin kuat pula petang tu. Tapi tetap nak cabar diri sendiri. Itulah terjadi. Ibu jari sampai lebam dua dua belah. Tapi aku sangat berterima kasih kepada abang tu yang gigih bagi semangat, galakan dan gelakkan. Hahaha.. Ini sangat mencabar. Dah lah angin kuat, hampir hampir nak langgar kaki jeti. Lepas tu secara tak sengaja nak pergi tengah laut tempat bot lalu lalang. Hampir langgar batu besar lagi. Tapi Alhamdulillah semuanya selamat.
Kami berkayak ke kampung sebelah. Tapi kampung ni memang tak ada penghuni. Ada tempat penyu menetas je. Semua telur telur penyu diletakkan dalam tempat tu. Walau di mana pun penyu bertelur, semuanya akan diambil dan dikumpulkan satu tempat. Menarik.
Abang tu pun ada beritahu yang mereka akan lepaskan tiga ekor penyu yang telah dijaga selama setahun. Siap cakap, kalau sempat boleh lah tengok. Kami pun semangatlah dayung laju laju (walaupun tak gerak mana) semata nak tengok penyu penyu tu. Tapi rupanya, orang dekat sana memang tunggu abang tu balik. Cis, tertipu...
Di chalet kami, ada Rock Fall. Semalamnya dah pergi tapi takut nak masuk sebab rasa seram padahal tak ada apa apa pun. Tapi hari ini, memberanikan diri pergi. Rugi la kalau tak tengok sendiri kan? Mandi sungai, airnya saaaaangat sejuk! Fresh dari gunung rasanya.
Selepas balik membersihkan diri, solat semua, kami pergi pantai semula. Tunaikan hajat aku untuk tengok matahari terbenam. Sambil ambil angin petang.
21 Ogos 2013
Sebelum pulang, bersarapan dulu. Masa Fatin dan Faridah pergi pulangkan kunci, tuan punya chalet beri kami surat. Surat dari Luke dan Jonas. Tiba tiba sedih sekejap...
Goodbye Jonas. Goodbye Luke. |
Bergambar kenangan bersama tuan punya chalet. Thank you, uncle! |
Selepas itu, bermulalah pengembaraan kami berempat ke Johor Bahru. Sampai Johor Bahru pukul 2 petang, terus check in di Hotel Skudai Baru. Pengembaraan kami di sini dinamakan Jalan Jalan Cari Makan sebab tujuan ke Johor Bahru cuma satu - MAKAN.
Makan tengahari: Din BBQ Station |
Masjid Sultan Abu Bakar |
Dataran Jam. |
Minum petang: Pearl Waffle, City Square JB. |
Bangunan Sultan Ibrahim |
Makan malam: Medan Selera Tepian Tebrau, Jln Mohd Amin |
Medan selera ni susah sikit nak cari. Walaupun pakai GPS. Tapi kalau jumpa McDonald's berdekatan Danga Bay, haa dah dekat lah tu. Belakang je. Kami tahu tempat ni pun sebab Google tempat makan yang best. Apa yang best? Baby crab goreng! Rasa macam keropok. Sangat rangup. Lagi satu, peniaga di sini tak letak tanda harga. Kami macam agak terkena lah juga. Tak tahu lah sama ada itu harganya atau apa. Tapi dengar macam harga dia lain lain. Wallahua'lam. Oh, masa kami makan kebetulan ada abang abang baru nak mula basking. Seronok! Habis je kami makan, abang abang tu pun habis main. Memang rezeki kami lah nampaknya.
Selepas makan, jalan jalan Danga Bay. Lepas tu pergi tempat macam funfair. Sebab kebetulan sebelum makan tu ternampak, daripada balik terus tak buat apa apa, baik jalan jalan dulu kan? Sempat jugalah main beberapa permainan dekat booth booth yang ada.
Danga Bay. |
Country Garden. |
22 Ogos 2013
Bangun seawal 9.30 pagi (tak ada lah awal sangat sebenarnya). Bangun je tiba tiba perut rasa lapar sangat. Terus makan Maggi Tomyam yang memang dibawa sebagai bekalan makanan sejak hari pertama di Pulau Tioman. Hehehe.. Memang kalau pergi jalan mana mana, kena ada bekalan makanan. Tak kira untuk makan semasa perjalanan atau makan dalam bilik hotel.
Lepas siap siap barang semua, check out. Seterusnya kami ke Legoland. Jalan jalan tengok suasana Legoland. Nak masuk, takut lari bajet. Jadi, ianya mungkin ditangguhkan ke satu masa yang sesuai.
Legoland! |
Selepas itu kami ke Puteri Harbour. Di sini boleh tengok watak watak kegemaran masa kecil macam Hello Kitty, Bob the Builder termasuklah Lat the Kampung Boy. Menarik tempat ni. Barang barang cenderahati dia pun menarik.
Pandangan luar. |
Kami juga sempat masuk ke Kafe Lat's Place. Masuk sini, betul betul rasa macam masuk dalam cerita Lat. Hahahha.. Pekerja semua pakai baju Melayu, baju Kurung, siap main tengteng. Ada macam macam pokok buah buahan. Ambil lah berapa banyak gambar pun. Tapi syarat untuk masuk kafe ni, kena order menu. Tak kisah walaupun segelas air kongsi lapan orang.
Rambut pelayan pun macam rambut Lat dah. |
Jus belimbing. Jus oren. Bubur pulut hitam. Sagu dengan gula melaka. |
Habis di Puteri Harbour, kami bergerak ke lokasi seterusnya. Lokasi yang semakin terkenal - Johor Premium Outlets. Memang sangat banyak jenama terkenal yang ada di sini. Ada yang tak pernah dengar pun. Masa di sini, ramai pelancong borong coklat. Aku pun tak tahu kenapa. Rasa macam nak borong juga tapi sebab dah beli di kedai bebas cukai, Pulau Tioman, hasrat itu dipendamkan sahaja.
Makan tengahari: Johor Premium Outlets. |
Sepanjang berada di Johor Bahru, aku asyik teringat kata kata pegawai masa kelas aku waktu diploma buat lawatan ke Lembaga Pelabuhan Johor. Katanya, kos sara hidup di Johor Bahru sangat tinggi. Dan aku akui itu. Contoh paling dekat ialah makanannya. Syukurlah di Kuala Lumpur makanannya masih berpatutan.
Aku, Fatin dan Izzati bergerak pulang dari Terminal Bas Muar pada pukul 9.50 malam dan sampai di Terminal Bersepadu Selatan pada pukul 12 tengah malam. Kesimpulannya, percutian ini amat memuaskan. Percutian bajet pun ya juga. Tak semestinya nak bercuti, kena keluarkan bajet yang besar. Buat semua benda kenalah berpada pada kan?
Sekian sahaja catatan yang panjang lebar untuk kali ini. Tengok lah nanti kalau ada percutian seterusnya, aku akan update okay?
Terima kasih sudi baca!
p/s: sila klik pada gambar untuk paparan lebih besar.
Hi semua...bila datang jb semula jenguk la blog saya dulu baru dah ready mana nak gi makan. Blog saya ni review tempat2 makan di area JOHOR dan kalu minat follow ok
ReplyDeletehai sis, hihi. boleh tak nak tahu amek agent mana untuk trip ke pulau tioman and for all activities yg sis pegi brape kos dy? :)
ReplyDeletealamak. lupa nama agent tu tapi boleh try call 0174798828. pakej tu dalam rm300 lebih je. sekali bilik, makan, snorkeling, jalan2 pulau (:
DeleteSis nk tnye. 30o untk sekeple ye?? Agent tu akan jemput kt jeti tu btul ke??
DeleteYep2. A'ah dia akan jemput dekat jeti & settlekan urusan sblm naik feri.
DeleteOwh...so agensi tu lah yg handle kite selame kt sane??,kite just follow up aktvt dye je r ye??
ReplyDeleteAgensi tu just hantar kita sampai jeti. Pastu lain2 kita kena refer dekat tuan hotel. Kira sblm smpai jeti tu agensi dh siap2 bgtau tuan hotel semua. Kita smpai pulau, ikut aktiviti yg dh diaturkan je la
DeleteOwh.. Oke thnkz sis atas infrmtion nie.. Huhu
ReplyDeleteNo problem :)
DeleteBa** tak ajak lah siaaaaa...best2 plak tuh korng pegi...halamaaaakkkk..bile akak nak buat review trip singapore???segera lah eik..
ReplyDelete-.-" kau nak duduk manaaaaa kalau kau ikuttt. alaaaa singapore pun dh pegi banyak tempat best kannn. hahahhaha.. akak busy gilssss sekarang. nanti akak update okayyy
Delete