Pages

19 November 2013

UiTM 79th Convocation Day

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

13November2013 adalah antara tarikh istimewa di antara tarikh tarikh istimewa lain dalam hidup aku.
13November2013 tarikh menandakan setiap usaha aku selama 3tahun di Lendu, dibayar.
13November2013 juga adalah tarikh untuk menghargai jasa mereka yang banyak membantu aku untuk menjadi siapa aku hari ini. 

13November2013...Hari Konvokesyen UiTM ke 79. Di mana aku - pemegang Diploma Pengajian Perniagan (Pengurusan Perniagaan) - menerima skrol.

Seminggu sebelum tarikh tersebut. Bukan skrol yang aku fikirkan. Bukan pentas yang aku pedulikan. Aku cuma sangat teruja untuk jumpa semula dengan kawan kawan diploma. Kawan kawan yang menyebabkan jatuh bangun aku di Lendu. Kawan kawan yang banyak membantu aku kenal dunia. Kawan kawan yang buat aku fikir 20tahun akan datang.

Why so serious?! Haha.. Okay okay. Aku cuma nak kongsikan foto foto kenangan yang akan aku abadikan sampai bila bila. Let the pictures tell you the stories.

11November2013. Hari pengambilan jubah. Penuh dengan keterujaan!

Ex classmates. Ex groupmates. Ex studymates. Ex karaokemates. Hihi


Ammar. Machang's classmate.



Sampai ke malam. Kau ada?! Haha

12November2013. Convocation Day for one of my Lendu sweethearts - Nadiyya binti Mohd Kassim.


13November2013. Inilah harinya! Sangat berdebar. Pagi pagi rasa gemuruh habis. Masuk dewan, lagilah. Menggigil hoi! Alhamdulillah semuanya lancar.

Azin. Ex groupmate PSBM. Ex classmate Arab. Ex coursemate. Dan kaki perpustakaan juga. Haha

Aini. Cikgu subjek teori aku.
Rajin buat formula formula berkesan untuk hafal nota.
Terima kasih cikgu!

Geng McD with the typical convocation pose.


Dengan umi ayah.

Kenangan kenangan ini sangat berharga. Diploma hanya sekali. Kau mungkin tak akan dapat kenangan ini lagi pada masa hadapan. Bagi aku, mereka yang ada dengan aku dari part1-part6 takkan ada gantinya. Siapa sangka. Mereka lah yang menjadikan aku siapa aku sekarang.

Ex Roomates TMH1002

Adila Lieow|Atiqah Aqilah|Faziana Faizal|Maisarah Madeonus|Nurul Aliah|Norsikin Othman|Suraya AhmadKhan. Aku minta maaf banyak banyak banyak atas apa yang telah aku lakukan sepanjang 3semester kita bersama. Segala baik buruk aku harap kalian dapat terima dengan hati terbuka. Ini adalah diri aku. Aku cuba untuk jadi diri aku. Aku cuma harap kalian berjaya dengan apa yang kalian lakukan. Walau di mana kalian berada, harap semuanya baik baik sahaja. Aku dah anggap kalian macam adik beradik aku. Terima kasih untuk kenangan sepanjang diploma ini.

Geng McD

Aiman Zulkifli. Aku mula rapat dengan kau masa part3. Aku ingat lagi. Kau dengan Redha yang duduk sebelah aku. Yang rajin sakat sakat aku. Sampai keluar segala perangai tak senonoh aku (flip atas meja). Haha.. Aku rasa aku banyak susahkan kau untuk hantar dan ambil aku untuk pergi kelas, pergi belajar atau pergi makan dari zaman duduk kolej sampailah zaman duduk rumah sewa. Kau pun banyak belanja aku makan minum semua. Kau ni baik, Man. Kau kawan yang sangat baik. Benda terakhir yang aku ingat bila kau mesej aku sebab kau tak boleh nak masuk belajar International Business. Ayat kau berjaya buat aku terharu tahu tak? Belajar rajin rajin Aiman! Aku doakan kau jumpa gadis idaman kau ya?! Hihi

Mia Azahar. "Sorry sebab tak perasan kau masa part1 part2." Hahaha.. Ayat yang kau cakap dekat telinga aku masa class gathering dulu. Yaa. Aku tak salahkan kau pun kalau kau tak perasan aku sebab itu memang motif aku sejak masuk Lendu. Dalam pada tak perasan tu, boleh pula jadi rapat kan? Mia. Kau ni kasar orangnya tapi di sebalik kekasaran kau tu ada kejujuran. Apa yang kau rasa, itu yang kau sampaikan. Itu keistimewaan kau.

Nadya Kassim. Ini lagi seorang. Kalau dengan kau, tak pernah tak bergaduh kan?! Dah banyak kali minta maaf tapi lepas tu gaduh balik. Haha.. Kau tak payah minta maaf pun tak apa Nadya. Aku langsung tak ambil hati. Aku dah biasa dengan gurauan gurauan kasar. Dari sekolah aku memang bergurau kasar cuma masuk UiTM aku tak buat selalu sebab aku takut orang lain tak boleh terima. Kau memang kawan yang sangat sempoi. Terima kasih bagi pinjam kereta, bawa pergi jalan jalan semua. Walaupun kita tiba tiba boleh kenal, tapi kau tetap kawan aku. Jangan rasa rendah diri. Kau kena yakin diri. Semua orang sayang kau. Tak ada terkecuali. Ingat tu.

Sarah Sofiah. Orang yang bertanggngjawab bawa aku keluar dari kepompong. Bermula dengan menyebut nama aku untuk jadi class rep masa part3 sehingga ke menjadi teman belajar aku siang malam. Sebab aku memang suka berseorangan ke mana mana. Tapi kau yang tarik aku dan ajar aku yang hidup ini bukan untuk kita seorang. Ada orang lain sekeliling kita yang pedulikan kita dan perlukan kita. Itu yang aku belajar dari kau. Tapi aku pula ajar kau untuk jadi pentingkan diri sendiri sebab kau ni luar je nampak kasar tapi dalam sangat halus. Hahaha.. Walaupun aku dah tak ada dengan kau, aku harap kau akan terus berjaya dengan apa yang kau buat sebab kau sangat bercita cita tinggi dan aku yakin kau akan berjaya satu hari nanti. Jangan lupa aku bila masa itu sampai. :)

Sya Sulaiman. Si mat saleh celup! Hahaha.. Teruskan apa yang telah kau lakukan. Belajar rajin rajin. Jangan putus asa! Apa yang jadi semua ada hikmah. Semoga berbahagia dengan insan insan tersayang. Fokus dengan apa kau buat. Walaupun aku dah tak ada untuk ajar kau Bahasa Melayu baku, teruskan dengan kerajinan yang aku dah turunkan dekat kau tu ya? Hehe.. Best of luck, Sya!

Kepada - umi ayah kakngah abang adik abanglong BFFs highschoolsweethearts TheOthers GengBasSekolah AwesomeE KUMUDA - kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama. Terima kasih atas doa, tunjuk ajar dan keyakinan yang telah diberikan untuk diri ini. Terima kasih kerana percaya pada diri ini.

Kepada - cikgu cikgu dari TadikaUmi TadikaAnNur SKTamanKosas SMKTamanKosas sehinggalah pensyarah pensyarah UiTMAlorGajah - jasa kalian amat dikenang.

Kepada semua kawan kawan yang berkonvo juga tak kiralah UiTM Melaka Penang Segamat Arau Dungun dan lain lain, TAHNIAH diucapkan!

Sekian sahaja cerita pada kali ini. Semoga berjumpa lagi!




No comments:

Post a Comment