Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bertemu saya lagi di rancangan.... okay okay tak. Ni nak cerita. Haritu aku dan kawan-kawan satu sekolah pergi trip. Kami menggelarkan diri kami FREAKS. (Jangan tanya kenapa sebab nama tu tetiba muncul dan semua orang setuju). Aku tak ingat ini trip keberapa tapi rasanya ini trip paling ramai orang ikut. Nak cerita sejarah sikit boleh?
2010: Genting Highlands -- 5 orang.
2011/12: Langkawi -- 4 orang. (Okay. Ini aku tak ikut sebab dalam sem. Yang lain semua fast track, matrik & STPM)
2013: Tioman + JB -- 4 orang.
2014: USS + Singapore -- 6 orang. (Sepatutnya 7. Oh dan ini kali pertama yang lelaki ikut sekali.)
Okay sambung. Aku cuba cerita sedalam boleh. Selamat membaca!
31 Oktober 2014
Bergerak dari rumah Zamir pukul 9 malam. Sampai je KL Sentral, Fatin dan Faridah mencari makanan sebab masing-masing dari Puchong (praktikal) gerak ke Ampang dan terus ke KL Sentral. Tren ke Singapore pukul 11 malam je. Jadi, sila rancang perjalanan anda sama ada nak ke sana menaiki tren, bas atau pesawat. Oh dari KL Sentral kami cuma berlima sebab Diza naik pesawat dari Sarawak terus ke Singapore. Tunggu depan Universal Studios.
Haritu tren kami sampai 15 minit awal. Tapi dia tetap gerak pukul 11 malam. |
Selalu naik tren sensorang. Tak dapat ambil gambar macam ni. |
1 November 2014
Sampai di Jabatan Imigresen Johor Bahru pukul 7 pagi. Sebelum tu memang Pegawai KTM ada maklumkan lagi 2 stesen untuk sampai ke sana. Di sini, kena bawa semua barang-barang untuk di-scan. Selain keluarkan passport siap-siap. Dah siap semua, masuk dalam tren balik. Haa.. jangan berangan nak tidur. Singapore sebelah je.
Di belakang anda ialah Malaysia dan di hadapan anda ialah Singapore. |
Okay. Sampai Woodlands, tengok passport semua, gerak keluar. Keluar je, cari nombor bas nak ke Geylang. Sebab kami tempah hotel di Geylang. Naik satu bas ni untuk ke MRT. Abang bas tu siap pesan "NAK JALAN JALAN SINI KENA RAJIN TANYA ORANG. BARULAH JIMAT MASA, JIMAT DUIT". Cerita-cerita lain dengan abang bas tu biarlah rahsia. Hehe..
Kami turun di stesen MRT Marsiling. Atas nasihat abang bas tadi, kami dapatkan kad EZY. Fungsinya sama macam Touch 'n' Go. Lainnya, boleh pakai untuk teksi sekali. Kad EZY ni ada 2 harga. Sama ada nak beli untuk pelancong dengan harga $7 atau beli untuk orang awam $12. Memandangkan kad untuk pelancong boleh digunakan ke tempat tempat tertentu sahaja, kami sepakat beli untuk orang awam. $12 tu termasuk harga kad dan duit yang ada dalam kad tu.
Tak sampai Geylang lagi kan? Okay. Lepas beli kad tu, kami pun beria lah tengok peta perjalanan MRT tu. Malangnya... sorang pun tak faham! Hahaha.. bukan tak faham apa dia tulis. Masing-masing memang tak tahu nak berhenti mana. Akhirnya, Fatin beranikan diri tanya kakak cantik yang baru sampai situ. Kakak tu Google stesen terdekat -- Paya Lebar.
Nak dipendekkan cerita, stesen sepatutnya kami turun ialah Kellang. Jauh berjalan mula-mula tu. Tak jumpa-jumpa hotelnya. Dah penat berjalan, naiklah bas. Beritahu pakcik bas yang kami nak ke Lorong Geylang 6. Pakcik bas tu yang beritahu bila kami nak turun. "OKAY TURUN SINI."
Kami sampai hotel dalam pukul 10 juga. Sebab check-in pukul 3, kami letak dulu barang-barang di situ. Jangan risau. Tak hilang pun. Ramai pelancong buat macam tu. Lagipun kami setiap seorang bawa 1 beg je. Tu pun beg sandang.
Okay jom ke USS! (Cara perjalanan ke USS diberi oleh pihak hotel)
Macam tak percaya dah sampai sini. Selalu tengok gambar orang je. |
Dalam gambar nampak baik. Luar gambar, macam anjing dengan kucing! |
Belakang kiri: Fatin, Diza, Izzati Bawah kiri: Faridah, Awatif, Zamir, Harzarul. |
NEW YORK: LIGHTS, CAMERA, ACTION!
Yang ini, serius macam 'real' gila! Aku dah lah takut ribut, kilat, semua ni. Tak ke kau rasa nak berlari keluar?!! Tapi sebab ramai orang, terpaksa tahan 'macho'. Audio yang sangat bagus. Sangat-sangat disarankan masuk dan sila ambil barisan pertama. Lepas tu kita tengok... siapa yang kenaaa??? Hihi...
LUNCH @ MEL'S DRIVE IN
Disebabkan semua orang kelaparan selepas perjalanan yang panjang, kami berhenti makan tengahari dulu. Makanan halal jangan risau. Masa masuk je USS tadi, ada kawasan pamplet. Ambil satu. Dalam tu ada tunjuk mana restoran yang halal, mana yang untuk 'vegetarian', semua ada dalam tu. Okay?
NEW YORK: SESAME STREET SPAGHETTI SPACE CHASE
Kau dapat rasa macam naik helmet dekat Petrosains. Hahaha... Tapi tetap seronok. Rasa nak ambil je bebola daging dia. Nyum nyum...
STREET ENTERTAINMENT: THE ROCKAFELLAS
SCI-FI CITY: TRANSFORMERS THE RIDE (The Ultimate 3D Battle)
Ini antara salah satu permainan yang kena beratur lama. Lepas satu tempat ke satu tempat. Diceritakan kenapa kau harus berlawan. Tapi berbaloi hoi! Dapat masuk dalam badan Transformers. Main lawan-lawan. Aaaargghh!! Kau nak jerit kuat mana kau jerit lah. Memang tunggang terbalik kau dalam tu.
IKLAN: Okay. Bagi yang beragama Islam yakni Muslim, surau hanya disediakan di dalam USS. Luar USS TIADA surau. Suraunya terletak di antara Sci-Fi City dan Ancient Egypt. Sila menunaikan kewajiban sebelum meneruskan permainan anda. Terima kasih.
ANCIENT EGYPT: REVENGE OF THE MUMMY
Dengar nama je pun dah seram. Apatah lagi bila kau dapat tahu 'roller-coaster' yang kau akan naik boleh buat 'backwards'. Tak percaya? Aku pun mula-mula tak percaya. Dah naik, rasakan!! Tergeliat leher. Hahaha...
THE LOST WORLD: JURASSIC PARK RAPIDS ADVENTURE
Okay. Jurassic Park. Ini paaaaling lama menunggu. 2 jam kami sanggup tunggu semata nak naik bot tu. Masa ni barulah rasa menyesal tak beli Express Lane.
Muka mengantuk dan bosan dan penat. |
Satu bot naik 9 orang. |
Orang yang pakai baju hujan adalah orang yang paling sikit kena air. Air tu masuk dari bawah. Kasut je la yang lencun pun. Tapi kesian dekat pasangan yang naik sekali dengan kami tu. Memang lencun habis! Kami mampu gelak je. Hahaha...
THE LOST WORLD: WATERWORLD
Masa di WaterWorld ni boleh pilih nak tempat duduk mana. Nak basah lencun ke, nak kena simbah sikit-sikit ke, tak nak basah langsung. Kami pilih yang simbah sikit-sikit. Tapi hasilnya akan lencun juga. Haha... Water World ni mereka macam buat "live show" la. Yang menariknya, kau takkan sangka orang yang buat kau ketawa dan rupa macam badut tu adalah pelakon lagak ngeri. Sangat teruja!
FAR FAR AWAY: ENCHANTED AIRWAYS
Ya. Naik 'roller-coaster' budak-budak. Tapi... kau rasa nak tergolek jatuh bawah!! 'Roller-coaster' sangat laju. Dah lah curam. Aku rasa macam 30 saat paling kelakar pernah aku rasa. (Tak tahu kenapa jadi kelakar)
MADAGASCAR: A CRATE ADVENTURE
Nah. Lagi sekali naik bot. Melalui air yang tenang. Lepas tu malu sendiri sebab tertipu. Hahaha...
Kami habis pusing satu Universal Studios pukul 6.30 petang. Masa tu memang semua pun nak keluar. Universal Studios tutup pukul 7 dan kebetulan hari tersebut hari terakhir Horror Night, bila keluar raaaaaamai sangat orang tengah beratur. Gila betul! Eh eh, sebelum keluar haruslah membeli barang cenderahati untuk diri sendiri. Hihi...
Ini dekat luar. Hershey's dah jadi coklat kegemaran sekarang ni. Haruslah membeli! |
Malam tu kami dah tak larat nak naik monorel segala. Kaki rasa nak tercabut dah. Jadinya, pergilah ambil teksi. Senang je nak ambil teksi. Turun eskalator belah kiri Universal Studios, dah boleh nampak teksi beratur. Haa jangan lupa beratur dulu nak ambil teksi tu. Kami naik teksi untuk 6 orang terus. Senang!
Oh. Kalau tak cukup duit, nak tukar duit Singapore, dekat bawah tu juga ada Money Changer. Dekat dalam kasino. Macam biasa. Rajin-rajinkan diri anda untuk bertanya.
Dalam pada kaki dah sakit-sakit tu, gigih juga nak keluar malam. Kami bertanya pemandu teksi tempat mana yang seronok untuk jalan-jalan malam. Tempat-tempat yang dicadangkan macam China Town, Little India dan Bugis Street. Okay! Balik hotel, masuk bilik, rapi-rapi diri sikit... keluar balik.
Masing-masing menahan sakit kaki. Hahaha... |
Bugis Street. Ala-ala Petaling Street. |
Louisiana Popeyes, Bugis Street. |
Masa di Bugis Street ni lah kalian boleh beli cenderamata untuk yang tersayang ke yang tercinta ke yang jauh di mata ke. Tapi dinasihatkan, datang sebelum pukul 10 malam. Sebab masa kami sampai sini baru pukul 9 lebih. Lepas tu masing-masing lapar, makanlah dulu. Habis makan... eh mana semua orang? Mana kedai yang banyak-banyak tadi? Kenapa lengang? Haa... tak ke rasa kelakar di situ? Nasib baik ada beberapa kedai yang masih buka. Tidak lah kempunan. Hahaha...
Lepas Bugis Street, naik teksi secara 3 + 4 ke...
Ini pun antara cadangan pemandu teksi yang bawa kami dari Universal Studios tu. Mustafa Centre ni pusat membeli-belah 24 jam. Barang-barang dia macam dekat Mydin. Ada barang elektrik, ada barang mekap, ada cenderahati, ada COKLAT!! Malangnya kaki saya terlampau sakit untuk meneliti coklat satu persatu.
Okay. Habis je dekat sini, naik van yang tunggu luar tu. Dah tak kira dah mahal ke tak mahal. Semua dah penat. Fikir nak tidur je.
2 November 2014
Bangun seawal 7 pagi!! Siap-siap kemas barang semua. Check-out, terus keluar jalan-jalan Singapore.
Terima kasih Fragrance Hotel Emerald. |
Nasib baik biasa bawa beg penuh baju pergi KLCC. |
Helloooo Singapuraaaa!! |
Selfie sikit. |
Sesi lompat-lompat itu harus ada. |
Dah habis pusing, dah makan tengahari semua, terus bergerak ke Changi Airport. Naik MRT sahaja. Naik Tiger Air.
Sampai KLIA 2, aku bersama Izzati, Zamir dan Harzarul pergi makan malam dulu. Fatin dan Faridah terus balik Ampang. Lepas makan, Izzati, Zamir dan Harzarul ambil bas pergi KL Sentral. Aku masuk pintu pelepasan untuk ke Kota Bharu dan seterusnya ke Machang. (Berangan wanita bekerjaya naik turun pesawat. Hahaha...)
Baiklah. Sekian sahaja coretan saya yang panjang lebar dan penuh dengan gambar ini. Semoga dapat memberi ilham kepada anda semua mengenai destinasi percutian selepas ini. Hehe... Okay nak pesan. Pergi tempat orang, bil mahal kan kalau nak telefon semua. Beritahu kawan-kawan siap-siap nak tunggu di mana, pukul berapa. Supaya tak ada yang hilang. Tak pun, cari tempat ada "free wifi". Senang. Whatsapp je. Tu pun kalau bernasib baik pergi tempat ada wifi. Kami lepas ni memang fikir nak beli walkie-talkie je. (Eh dah ada plan nak pergi negara lain ke? Hihi...)
Haa. Gambar ni pun selalu tengok je orang lain muat naik. Hihi... |
Sampai KLIA 2, aku bersama Izzati, Zamir dan Harzarul pergi makan malam dulu. Fatin dan Faridah terus balik Ampang. Lepas makan, Izzati, Zamir dan Harzarul ambil bas pergi KL Sentral. Aku masuk pintu pelepasan untuk ke Kota Bharu dan seterusnya ke Machang. (Berangan wanita bekerjaya naik turun pesawat. Hahaha...)
Baiklah. Sekian sahaja coretan saya yang panjang lebar dan penuh dengan gambar ini. Semoga dapat memberi ilham kepada anda semua mengenai destinasi percutian selepas ini. Hehe... Okay nak pesan. Pergi tempat orang, bil mahal kan kalau nak telefon semua. Beritahu kawan-kawan siap-siap nak tunggu di mana, pukul berapa. Supaya tak ada yang hilang. Tak pun, cari tempat ada "free wifi". Senang. Whatsapp je. Tu pun kalau bernasib baik pergi tempat ada wifi. Kami lepas ni memang fikir nak beli walkie-talkie je. (Eh dah ada plan nak pergi negara lain ke? Hihi...)
Babai!!
Eiiiwww..ape nih..kasi menarik lah sikit. ..mention nama zamir tuh bnyak sikit. . ...ahhahaha... gmbr kasi lagi..hahah
ReplyDeletebentar deh. nanti update lagi gambar deh. hahahhaa
Delete