Pages

14 October 2015

Bandung, Indonesia (Part 2)

Assalamualaikum & selamat sejahtera.

Ambil masa yang lama untuk next post sebab gambar banyak sangat untuk pilih + edit. Dengan aku dah mula praktikal lagi. Jadi, terimalah coretan aku untuk hari-hari kami di Bandung.

Okay. Ikut plan asal dekat Malaysia, kami akan naik keretapi dari Jogjakarta ke Bandung. Tapi, bila dapat contact Pak Rahmat, dia tawarkan diri untuk bawa kami sepanjang 7 hari di Jogjakarta - Bandung - Jakarta dengan harga yang baik punya. Maka, terjadilah road trip kami dari Jogjakarta ke Bandung 13 jam sampai kematu punggung sampai nak tidur pun terjaga-jaga. Serius ianya satu penyiksaan. Lagi lama dari balik Kelantan kot! *lap airmata*

6 Ogos 2015

Sampai Bandung pukul 3 pagi. Pak Rahmat berhenti depan kedai macam 7 Eleven tu, untuk kami beli apa-apa bekalan memandangkan kami tak ada book hotel untuk malam itu. Pak Rahmat tawarkan untuk berehat dekat rumah dia dulu sementara tunggu siang. Perghh melompat terus aku turun van sebab memang dah tak tahan duduk lama-lama. Sampai rumah Pak Rahmat, tidur bergelimpangan ikut suka hati korang, Subuh baru bangun. Sarapan pagi tu mak Pak Rahmat sediakan. Nasi goreng tak salah aku. Sedap lah yang pasti. Hehehe...

8 pagi: Kami keluar dari kawasan Cibaduyut. Haa rumah Pak Rahmat kawasan situ. Pagi-pagi tu boleh nampak lah banyak kereta, motosikal semua keluar nak pergi sekolah, kerja, hantar anak semua. Meriah sungguh.

Mula-mula, Pak Rahmat bawa kami ke kedai kain. Aku tak dapat pastikan kedai tu di kawasan mana sebab dia tak ada papan tanda. Selain kain pasang, ada juga jual telekung. Kain semua lawa-lawa. Pekerja-pekerja dia pun faham bahasa Malaysia atau bahasa KL. Mungkin ramai orang Malaysia datang sana.

Zamir kebosanan menunggu. Stress pun ya juga sebab tak dapat tukar baju. Haha...


9.00 pagi: Sampai Pasar Baru. Pasar Baru ni macam Pasar Payang yang banyak jual batik sutera tu kan. Tapi sini, banyak batik Indonesia lah. Nama pun jalan-jalan Indonesia. Oh. Di sini, yang escort kami ialah kawan Pak Rahmat yang dipanggil -- Apek. Sebab? Muka dia macam Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apex. Haa orang di sini ikut perkembangan bola sepak Malaysia okayyy.

Di sini, kau beritahu sahaja pada Apek, apa yang kalian mahukan. Nanti dia akan bawa kau ke tempat sepatutnya. Nak kain pasang? Nak t-shirt? Nak keychain? Nak jeans? Cakap sahaja. Jangan risau. Banyak beli barang? Plastik berbondong-bondong? Lagi tak payah risau. Apek akan pastikan plastik-plastik kau tu semua selamat sampai dalam van. Jadi, kau boleh shopping dengan bahagianya lenggang kangkung.

Farah tengah cuba nak buat keputusan.

Pilih! Pilih! Pilih!

Penat shopping, masa untuk makan! Di sini ada food court. Pandai-pandai lah pilih mana yang murah, mana yang mahal. Nak makan mi segera dalam cawan yang dah bawa dari Malaysia pun boleh!


Izzati catat perbelanjaan. Hehehe...

Muka busuk!



1.00 tengahari: Keluar dari Pasar Baru. Haa kau bayangkan betapa lamanya dalam tu. Berpeluh-peluh, sampai cramp kaki semua. Tak payah pergi jog. Hahaha...

1.30 tengahari: Check-in di POP! Hotel, Bandung ---> Booking.com / Agoda / Trivago. Comel sungguh hotel ini. Dia dekat atas pusat membeli-belah. Bila masuk dalam, lagi lah teruja.

The view.



Ini bilik air. Rasa macam masuk kapal angkasa. Hahaha



Kami diberi masa sejam untuk bersiap-siap sebab kami ada plan lain pula lepas itu.

3.45 petang: Haaa inilah plan nya. Trans Studio Bandung! Walaupun mula-mula semua macam was-was nak pergi sebab bajet semakin berkurang, akhirnya jadi juga.



Super Heroes.

Trans Car Racing.

VERTIGO. Best gilak!

Kau rasa sangat puas main semua permainan di sini sebab tempat ni kosong. Nak naik banyak kali pun tak kisah. Nak lagi bukti tak ada orang? Nahh siap boleh bersila tengah jalan dan wefie!


Raksasa. Lebih kurang Space Shot.

Banyak lagi permainan dia. Nak yang lambung? Nak yang basah? Nak jalan-jalan je? Haa semua ada. Kalau USS kena bayar mahal tapi tak dapat main semua, yang ini terlebih-lebih dapat main. Murah pun murah. Boleh tengok harga tiket di ---> Harga Tiket Trans Studios Bandung.

8.15 malam: Untuk makan malam, Iyan cadangkan kami makan di kedai kawan dia. Ada student price katanya. Makan ramen. Hahh kelas ke tidakk dekat Indonesia ada restoren ramen?


Ini dia, Ramen Bajuri. Aku tak pesan ramen. Tak minat. Lagipun aku kaki nasi. Hehehe... Ramen dia ada 5 tahap kepedasan. Tapi aku cadangkan siapa yang tak makan pedas tu, ambil tahap 1 dah lah. Tu pun mungkin buat kalian berasap telinga. Hahaha.. Oh. Lagi satu yang menarik, tahap-tahap kepedasan tu ada nama-nama dia. Kesedapan terjamin.

7 Ogos 2015

8.00 pagi: Dah siap-siap dan turun sarapan. Sepanjang di Indonesia ni, sarapan memang disediakan pihak hotel. Tak perlu risau.

10.00 pagi: Haa duit dah habis kan? Terpaksalah tukar duit dulu memandangkan ada lagi 2 hari di Indonesia. Tukar duit di mana? Golden Money Changer.


Haa efisyen ke tidak money changer kena ambil nombor bagai? Tapi jangan risau. Tak ambil masa lama pun. Bagus lah.

11.25 pagi: Sampai di kawasan Kopi Luwak Cikole. Tempat pembuatan kopi najis musang. Relax. Jangan mengeji dulu. Dia rasa kopi. Tak ada rasa najis pun.

Mereka akan bawa kalian jalan-jalan dalam tu dan cerita serba sedikit pembuatan kopi luwak tu. Nak tengok mana biji kopi jantan dan betina, cara jemur, rasa buah yang musang tu makan, nak pegang musang dan ambil gambar pun boleh. Tapi untuk rasa kopi tu, kena bayar lah. Kami pesan secawan sahaja. Kongsi seorang sikit sebab tak semua minum kopi. Hehehe

Comel ke tidakkk?






1.00 tengahari: Pak Rahmat bawa kami ke De Ranch. Di sini tempat kuda, ada lembu, ada macam tempat Red Indian. Macam-macam. Disarankan ambil gambar banyak-banyak sebab kawasannya sangat cantik.



Nak masuk sini ada bayaran. Rp. 10,000. Tapi kami tak perlu sediakan duit lain sebab ini dah termasuk dalam pakej supir 7 hari.

Boleh redeem tiket masuk dengan air dadih ni. Sedap! Ada perisa melon, strawberry & mocha/cappucino. Aku? Haruslah ambil mocha.




Inilah Keke. Anak Pak Rahmat.


Dah habis dekat kawasan kuda, kami pun meneruskan perjalanan...

Waduhh. Selesa beneran ya kak?

Okay. Ke kawasan lain pula...





Ini baru senyum kambing!

2.00 petang: Kami makan tengahari di Ramen Bajuri lagi. Tapi kali ini di HQ dia. Dekat sahaja dengan De Ranch.

Selepas habis makan tengahari, kami meneruskan perjalanan ke Floating Market.


Redeem tiket dengan welcome drink.




Haa nak beli makanan di sini kena pakai kupon. Beli kupon & berbelanjalah dengan bijak!

Pisang goreng keju.

Ini apam balik. Dahsyat kan inovasi dia?

Eh buah pisang? Tak. Ini kek pisang. Lawa sungguhhh

Dah habis keliling Floating Market, Pak Rahmat bawa pusing-pusing bandar Bandung.

Bincang dulu untuk aktiviti-aktiviti seterusnya.





Ini Farah & Adibah.


Selepas habis meronda, kami pun nak pergi makan malam. Tapi sebelum itu, sempat request nak makan sate kambing. Nak tak nak, Pak Rahmat pun bawa kami ke tempat sate kambing paling sedap di Bandung. Sate & Gule Kambing H.M. Harris...

Sila klik untuk paparan lebih besar.



Boleh makan di dalam atau di luar. Tapi senang bungkus. Sebab memang ramai.

Taraaaaa~ Mana nak dapat wehh sate ada cili api berasap telinga. Serius sedap!

Okay, balik hotel. Masa ini dah salam-salam dengan Keke dah sebab dia tak ikut kami ke Jakarta esoknya.

Terima kasih banyak-banyak Keke! Kita jumpa di Instagram ya? :)

Sesi makan-makan tidak berhenti di situ. Kan bawah hotel ada pusat membeli-belah kan? Di saat orang lain dah masuk bilik bergolek, aku, Izzati dan Zamir turun bawah. Buat apa? Haa melayankan tekak Korea kawan-kawan aku lah. Di mana? Mujigae!

Kelas ke tidak menu dalam iPad? Nak pesan makanan tinggal touch sahaja.

Macam-macam boleh buat dengan iPad itu. Nak ambil gambar? Boleh!

Dah ambil gambar, edit sikit, lepas itu bila post, dia akan keluar di skrin dalam kedai tu.


Air pisang.

8 Ogos 2015

9.00 pagi: Okay. Pagi pagi ni kita nak ke mana? Ke Kartika Sari! Sebab lepasni nak terus ke Jakarta, dan mereka ada nak beli kuih di sini, yaaa Pak Rahmat cadangkan kita ke sini dulu.



Antara yang dipilih Zamir. Nak tengok banyak lagi, boleh klik link Kartika Sari okay?

Farahqiah & Adibah puas hati dah dapat beli ole-ole bawa balik.

Ehh tak tak. Ini bukan pasangan honeymoon. ;p

Selepas habis membeli-belah tu, kami ke tempat lain pula. Tapi, tengah jalan tu macam ada perarakan macam tu. Pak Rahmat & Iyan kata, itu perarakan untuk berkhatan.

Ini perarakannya.

11.30 pagi: Sampai ke destinasi seterusnya, Kawah Putih. Mereka kata tempat ni popular sebab masuk dalam cerita yang Irwansyah dengan Acha Septriasa berlakon dulu. Aku tak ingat pula ada babak dekat tempat macam ni sampai gigih Youtube! Hahaha...

Berkeroncong perut tengok deretan makanan.

Ohh. Ini baru bahagian bawah. Berhenti sini dulu untuk berehat. Kalau nak pergi tandas, boleh pergi. Surau pun ada sini. Dan tandas dia sangat lawa!

Semua tandas dekat sini, walaupun tak ada flush, tetap bersih.


Welcome drinks & otak-otak. Air strawberi. Semua sebat sebab lapar benar.

Okay, dah habis minum semua, kita naik belah atas pula. Baru boleh jumpa Kawah Putih. Jangan risau, tak kena jalan pun. Naik van juga.




Masa kami pergi tu, punyalah ramai orang. Jadi, kena pandai-pandai pilih tempat nak ambil gambar.




My Leo. Ada seorang lagi geng Leo dari zaman sekolah tapi dia busy bebenor. Haha

Haruslah ada lompat-lompat.


Haa lupa nak beritahu. Atas ni sejuk sangat. Sebab atas bukit kan, makanya sila sediakan baju sejuk. Aku pakai 3 lapis pun sejuk lagi. Dan lagi satu, masa nak masuk dalam ni juga ramai orang jual face mask. Ikut kesesuaian lah. Kalau kau ada semput dan perlu pakai mask, belilah kot. Takut sesak nafas pula. Ehh tapi ni bukan menakutkan. Tempat dia okay je, jangan risau. Hehehe...


Ini ada pakcik main alat muzik.

Nak ber-picnic pun boleh.



Dekat atas pun ada tanda dan surau. Tapi masa kami masuk, air tiba-tiba habis. Mengamuk juga akak-akak dekat situ. Yelah. Tandas kena bayar tapi tak ada air. Tapi abang-abang situ hebatlah boleh settlekan masalah tu dengan baik.

Seterusnya kami teringin nak petik strawberi pula. Haa yang bestnya Pak Rahmat ni, dia boleh dirunding. Kau cakap je nak pergi mana, nanti dia usahakan. Tempat strawberi tu satu jalan je nak turun bawah.





Haaa rebutlah korang! 

Kiri Iyan, kanan Pak Rahmat. Setia menunggu. Makasih!

Dah puas petik strawberi, kita makanlah pula! Lapar sungguh. Ke mana kita? Sekali lagi, atas cadangan Iyan (banyak sungguh tahu tempat makan) kami ke Saung Andir untuk makan ayam brengsek. Boleh pilih lauk lain, makan dengan nasi panas, minta pula limau ais, perghh perghh perghhh sampai harini aku teringat-ingat lagi rasa dia. Mana nak cari sini?!!

Gambar dari Google.
Haa ini contoh ayamnya. Ayam goreng salut cili je pun. Tapi rasa dia tu sedap sungguh lahh. Pedas yang sedap. Faham tak apa aku cuba sampaikan? Hahaha...

Ada juga kami ambil lauk lain, tapi aku tak tahu semua gambar ada dekat mana. Dalam simpanan aku tak ada pula gambar dekat Saung Andir ni. Lagi menariknya tempat ini, ada dua tingkat. Lepastu kawasan meja makan tu kau punya je. Kau tak rasa kami yang kepenatan ni siap baring bagai dekat situ? Yessss, baring betul okay. Sikit lagi nak tidur. Hahaha...

Okay, dah habis makan semua, kita akan teruskan perjalanan ke Jakarta. Tapi untuk Jakarta, macam biasa, ada lagi satu entry. Dan ke Jakarta juga, Iyan tak ikut. Pak Rahmat sahaja ada. Dia ada urusan keluarga katanya. Okay, goodbye Iyan a.k.a Zul Yahya. Sampai ketemu lagi!


Coretan lain:-
Jogjakarta, Indonesia
Bandung, Indonesia
Jakarta, Indonesia

2 comments: