Pages

27 January 2016

Jakarta, Indonesia (Part 3)

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera!

Yaa aku lagi. Hahaha... ini bahagian terakhir untuk trip Indonesia aku tahun lepas. Di Jakarta. Tapi tak ada aktiviti sangat pun sebab kami suka-suka je nak datang sini tengok apa ada di Jakarta.

8 Ogos 2015

Kan sebelum entry ni, aku ada beritahu kami berhentikan Iyan sebelum masuk highway kan? Haa masa tu pun dah petang. Pak Rahmat ada cakap ni confirm sesak ni sebab memang hujung minggu, orang akan masuk Jakarta. Sambil-sambil tengok highway tu, ada laa juga Pak Rahmat beritahu cerita-cerita mistik yang pernah jadi dekat highway tu. Cerita pasal dia pernah kemalangan, kereta rosak semua. Menarik. Tapi lama-lama semua senyap. Membuta!

Sedar-sedar dah sampai sini...


Ini kira R&R mereka laa. Aku tak ingat ada berapa, tapi sepanjang jalan tu ada beberapa R&R. Apa yang menarik? Selain banyak sungguh kedai makan (yaa kedai. Bukan kaunter banyak-banyak tu), ada masjid yang besar, ada KFC dan ada Starbucks yang siap boleh drive-thru. Pak Rahmat berhenti sini sebab nak rehat dulu. Sesak sangat jalan. Kami pun ambil peluang beli kudap-kudap dan tengok beberapa kedai di situ. Lepas tu, sambung lagi perjalanan.

Dalam pukul 11 malam, kami sampai Jakarta. Menginap di Hotel 55. Macam biasa boleh survey harga di Agoda.com, Trivago, Booking.com atau lain-lain.

Sorry, tak ingat jenis bilik. Tapi dia ada 2 single bed, 1 queen bed.

Tandas bersih, jangan risau.

TV je kurang. Sebab tak clear. Tapi bukan nak tengok sangat pun.

Nahh. Ada extra bantal dan siap sejadah.

Masa dalam perjalanan juga, Pak Rahmat ada pesan, balik bilik terus tidur sebab Jakarta ni lain sikit. Tapi, Zamir, Izzati, Fatin & Faridah tetap keluar menikmati malam di Jakarta. Aku? Kena duduk bilik diam-diam sebab masa ni dah mula demam bagai. Sedihhh

9 Ogos 2015

Okay. Ini bermula seawal 12 tengah malam. 9 Ogos, hari lahir aku! Terus dapat tidur queen bed. Hehehe... Oh. Untuk malam terakhir ni juga, aku dapat sebilik dengan kawan-kawan Machang - Farahqiah & Adibah. Farahqiah sangat sweet sebab offer nak buatkan Maggi (nak habiskan stok dia sebenarnya hehe). Tiba-tiba rasa untung sebab demam & birthday dalam satu masa.

Thank Qiah!

Lepas tu bila kawan-kawan aku yang lain dah habis pusing, mereka datang ketuk bilik, nyanyi lagu Happy Birthday depan pintu bilik. Hahaha... Gasak laa korang.

Dalam pukul 8 pagi, kami dah siap kemas barang, siap nak check-out semua. Sekali jalan, senang. Haa bilik yang kami book tu, sekali sarapan. Jadi, tak payah fikir dah. Kami ajak Pak Rahmat sekali sebab ada kupon sarapan lebih. Lagipun, kesian Pak Rahmat kena tidur dalam van sebab ada sedikit miscommunication. Maaf yaa Pak Rahmat!

Habis sarapan, Pak Rahmat bawa kami ke tengah Jakarta. Ada kawasan macam Dataran Merdeka. Oh, kebetulan hari tu hari Ahad. Dekat situ ada Car Free Day. Sama juga macam di Kuala Lumpur. Pak Rahmat berhentikan kami, kami pun jalan pusing-pusing situ tengok apa ada.

Excuse my face. Hahahaha...

Di sekeliling dataran atas ni, ada orang sewakan basikal. Kena pandai-pandai survey harga. Ada berbaloi, ada yang tak berbaloi. Kami tak sewa pun. Sebab boleh pusing kawasan dataran ni sahaja. Jadi, kami ambil keputusan untuk jalan lagi.


Tengah jalan-jalan tu, jumpa kakak atas ni. Jual baju Jakarta. Dia dekat dengan Bangi Kopitiam (ya, ada!). Sebab kakak ni je yang sudi terima diskaun kami, kami pun borong. Lepas habis beli, sambung lagi jalan.



Okay. Ada cerita kelakar lagi masa dekat Jakarta ni. Kalau masa di Jogjakarta disangka lokal, masa di Bandung disangka orang Jogjakarta, ini masa di Jakarta kami disangka orang Padang. Rasa masa tu dah cakap KL betul dah. Tapi tetap mereka tak perasan. Hahaha... Jadi, jangan risau nak datang sini. Confident je jadi local. Hihihi

Habis di kawasan dataran tu, Pak Rahmat bawa kami ke kawasan Monumen Nasional atau MoNas. Dah sampai, tapi nak masuk parking lama sungguh. Ada laa dalam 15 ke 20 minit untuk masuk sahaja. Belum cari parking. Nampak kepadatan dia tu.




Kami tak datang dekat pun ke monumen tu. Ambil gambar dari jauh je. Sebab tak tahan panas sangat.

Lunch dulu.
Ehhh. Ada Boboiboy!!

Kawasan ni sangat besar. Tapi masalahnya, sangat panas. Tu tak tahan nak pusing lama-lama tu. Sekeliling ni juga banyak jual baju, anak patung, jaket, macam-macam lah. Haa kalau sebelum-sebelum ni aku puji tandas di Indonesia ni sangat bersih walaupun tak ada flush, tandas di kawasan ni bak kata kawan-kawan aku "macam tandas dekat KL". Hahaha...

Habis MoNas, kami ajak Pak Rahmat ke Ancol. Pantai yang ada bayaran masuk. Yaa. Dia macam tol macam tu. Tapi kau kena bayar untuk cas kereta. Dah masuk dalam, jalan-jalan lagi walaupun matahari terik ditambah jalan tepi laut.


Zamir baik hati pinjamkan topi untuk budak demam. Hehehe




Zamir sibuk nak video call orang Malaysia (sebab nak habiskan kredit. haha..).

Machang buddies.


Okay. Untuk yang tertanya-tanya apa je ada di Ancol ni? Dia ada macam-macam. Ada theme park juga tapi itu kena bayar lain. Oleh sebab dah nak balik, kami pilih untuk jalan2 di tepi pantai sahaja. Kalian boleh naik bot, nak kunci mangga ala Korea, nak mandi pun boleh. Sebab memang ada kawasan mandi dekat situ. Cuma yakin tak yakin je laa. Selebihnya, boleh rasa makanan yang jual d situ atau jadi macam kami - ambil gambar banyak-banyak.

Dah puas pusing, kami ambil keputusan untuk terus pergi airport. Lagipun, Pak Rahmat boleh rehat dulu sementara tunggu pelanggan lain.

Gambar kenangan dengan Pak Rahmat. Terima kasih! Jumpa lagi, InsyaAllah.

Baiklah. Sekian sahaja coretan aku sepanjang di Indonesia. Kalau ada apa-apa pertanyaan ke apa ke sila comment ya? Aku tak makan orang. Kbai.

Coretan lain:-
Jogjakarta, Indonesia
Bandung, Indonesia
Jakarta, Indonesia


1 comment: